Wednesday 30 June 2021

NAK BELI KEREPEK GADUNG...TAPI...

 Minggu tetiba teringinnya nak makan ubi gadong.Tapi mana nak cari? Dok baca old post pasal UBI GADUNG KUKUS...kat sini.Ada komen kata ada keropok ubi gadong.Wah,menarik ni..Nak kena cari..Servey kat Shopee..ada la keropok gadong..Suruh Adah order.Saya tak reti..


Dua hari lepas,balik dari tempat kerja ,belum sempat buka tudung,dapat parcel ni..Adah kata tu keropok gadong la tu..

Unboxing macam la barang berharga naw..!
Hihihi..
Excited la nak makan ubi gadong walau keropok.


Taraaaa....dah mula nampak isinya....

Eh,kenapa tak macam ubi gadong pun.Saya kenal la ubi gadong sebab dah banyak kali makan.Malah pernah sama-sama proses ubi gadong walaupun  tu zaman kanak-kanak dulu.
Hingga sekarang pun ubi gadong masih ada tumbuh meliar di kampung.Cuma tidaklah sebanyak dulu.Beberapa tahun lepas masa balik kampung lama,nampak masih ada pokoknya.Ubi gadong ni beracun macam juga ikan buntal.Tapi jika tahu cara prosesnya in sha Allah hilang racunnya & sangat enak.

Ish...ni tak macam ubi gadong pun..Macam ubi kayu sahaja...
Macam ubi kayu yang direbus,kemudian dihiria & dijemur kering tu..

Try goreng...
Bau macam kerepek ubi ja...
Try makan...keras boleh tahan gigi mokcik nak mengunyah..
Pejam mata & cuba hayati rasanya...
Memang SAH!!!
Kerepek ubi kayu la...
Hahahaha...
Jom,gelak berjemaah...
Hihihi


DOA UNTUK PAKCIK & ACHIK

 Hari ni in sha Allah pakcik akan menjalani operation..

Pagi tadi usai subuh,kami bersama-sama membaca yassin doa untuk pakcik agar dimudahkan urusan  & diberi kesembuhan.Juga semoga Allah mudahkan urusan Achik yang juga kena kuarantin bersama pakcik.

Beryassin by GM


1 family di KL..kami 3 beranak .Adah cuti.
Mak bersama anak-anak Achik @  kat rumah.
Achik & Pakcik @ hospital

Haikal yg jadi khalifah & membacakan doa.

Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk Pakcik.Mudahkan urusan Achik.Berkati kita semua

Tuesday 29 June 2021

KURMA TELUR KELAR


Kurma telur kelar.
Masak hari apa dah lupa.Masak lauk untuk anak bujang lelaki tu yang tak makan ikan.

Kurma is favourite dia.Kalau kurma ayam lagi la dia suka.Apatah lagi kurma kambing.Tapi kalau kurma telur pun dia boleh pulun ulang makan nasi.Kadang saya masak juga kurma bebola ayam atau bebola daging.Masak sama juga cuma tukar isinya sahaja.

Macam yang ni,guna telur rebus yang dikelar & kentang saya goreng dulu.Telur tu dikelar iaitu ditoreh membujur telur dengan beberapa garisan supaya kuah kurma menyerap ke dalam telur.


Nampak tak kesan kelar pada telur?
Kadang saya goreng dulu telur yang sudah direbus & dikelar.Jadilah telur tu macam satu lapisan berkulit  keras diluarnya.Kadang tak goreng pun sebab nak makan telur yang licin lembut .

Masak kurma ni kadang elok sahaja pecah minyak.Kadang dia tak mau pecah minyak sebab pekat sangat.Kalau biasa nak cantik kuahnya saya guna rempah kurma Mak Siti.Yang kali ni guna Adabi.


KURMA TELUR
5 biji telur- rebus keras dan kopek kulit
1 paket rempah kurma + 1/2 cawan air
2 biji kentang - goreng
2 cawan air
¼ kotak santan
1 bawang besar- belah 8
1 asam keping
1 cili merah
5 cili padi
1 sudu teh garam
4 sudu minyak

Bahan Tumis:
2 bawang putih
1 tangkai daun kari
1 helai pandan - simpul
2 hiris halia- racik

1. Panaskan mjnyak dan tumis semua bahan tumis hingga harum
2. Masukkan pes rempah kurma.Masak hingga naik minyak
3. Tambah kentang dan 2 cawan air.
4. Masak hingga kentang empuk baru tambah asam keping , bawang dan garam
5. Masukkan telur dan santan pekat.Nak cepat,saya goreng dulu kentangnya.Masak hingga pekat  naik minyak
6. Sesuailan rasa dan perlahankan api supaya kuah naik minyak.


SAMBAL KERING TEMPE vs TERUNG GORENG


Sambal Kering Tempe..

SAMBAL KERING TEMPE
3 keping tempe (tempe plastik saiz selebar tapak tangan dewasa)
½ cawan bilis bersih
¼ cawan cili blend
2 sudu bawang blend.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula perang
2 sudu air asam jawa pekat
Minyak 

1. Tempe dikerat 4 dan hiris nipis.Goreng garing.

2. Bilis bersih dibasuh & gaul sikit garam supaya rangup.

3. Panaskan minyak anggaran 4 sudu .Tumis bawang blend & tambah cili blend & sikit air.Masukkan juga,air asam,garam & gula perang.

4. Masak hingga naik minyak & sedikit gelap.Sesuaikan rasa & matikan api 

5. Bila sambal sudah sejuk suhu bilik,masukkan tempe & bilis goreng.Gaul rata & siap.

Terung goreng..

TERUNG GORENG
1 biji terung panjang
( kerat 4 dan belah 8)
2 sudu tepung Bestari
2 sudu tepung beras
Air  & minyak

1. Tepung Bestari + tepung beras dibancuh macam tepung goreng pisang.tak perlu tambah garan sebab tepung Bestari dah masin.

2. Panaskan minyak yang banyak.

3. Celup terung dalam adunan tepung & goreng seperti menggoreng pisang.

SESAK,SUSAH & MISKIN? AMALKAN DOA NABI SAW INI

 SUSAH, SESAK DAN MISKIN? AMALKAN DOA NABI SAW INI

Saban hari kita dengar berbagai kisah keperitan dan kesusahan rakyat akibat pandemik COVID 19. Walau bagaimana sukar sekalipun, jagalah diri daripada terlibat dengan perkara haram seperti riba. Amalkan doa Nabi SAW ini yang punyai kisah tersendiri:


عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ


Ertinya: Ali RA menceritakan seorang hamba Makatib (hamba yang mahu menebus diri daripada tuannya dengan jumlah harta tertentu) datang bertemunya dan mengadu: “Aku tak mampu (mencari harta untuk) menebus diriku, maka bantulah aku!” Ali berkata: “Mahukah aku ajar padamu beberapa patah perkataan (doa)  yang pernah Rasulullah SAW ajarkan padaku, yang mana jika kamu miliki hutang sebesar bukit Sir (sebuah bukit di Yaman berhampiran perkampungan kabilah Tay’) Allah pasti akan selesaikannya. 

Bacalah! 

YA ALLAH CUKUPKAN AKU DENGAN (REZEKI-MU) YANG HALAL BERBANDING HARTA YANG HARAM (PADA SISI-MU) DAN CUKUPKAN BAGIKU DENGAN KURNIAAN-MU YANG (LUAS, HALAL DAN BERSIH) BERBANDING YANG SELAIN-MU (tidak mengharap bantuan kepada selain dari Allah

(Sunan al-Tirmidhi, 3486).


Elakkan yang haram terutama sekali urusan hutang yang melibatkan riba kerana ia dosa besar yang diancam perang oleh Allah dan Rasulullah sendiri (al-Baqarah 2:279),


#dipanjangkanDariTazkirahUstazKamarulHafidz

Monday 28 June 2021

MAKAN KACANG EDEMAME

 Dua hari lepas masa singgah  Tesco tengah cari nugget nampak kacang edamame.Dah capai sepaket masuk dalam trolly.Adah keluarkan semula & dia cakap yang sepaket dekat rumah tu pun membeku dah berbulan sejak belum puasa lagi.Ini lagi mau tambah fosil?

Hihihihi...akhirnya kita pun akurlah..Dah tua-tua disekolahkan pula oleh anak-anak.



Memandangkan dah masuk 3 bulan kacang ni bertelaku dalam freezer,maka kita keluarkan la ..

Dah bersalji pun...
Hihihi

Kalau ikut arahan pada paket tu memang ready to eat...

Macamana nak eat penuh ais macam kat kutub utara ni?


Kalai ikutkan lepas defros boleh terus makan & dah memang salty .Tapi saya selalu akan rebus  juga semula dalam 10 minit sebelum makan.

Selepas ¼ jam defros dah boleh makan dah.Dulu saya ingat kacang ni sama dengan kacang bulu.Pernah baca komen dari seseorang dalam old post edamame ni dulu.Komentar tu cakap kacang bulu tak sama dengan edamame.Bila cari info,ye betul tak sama.Rupa nampak sama buahnya.Tapi isi kacang bulu warnanya putih.Edamame isinya hijau..Selebihnya ..wallahu'alam

Makan juga la beberapa biji.Tapi tak puas la ...Nak juga rebus semula..hihihi



Dah rebus,warna dia tak la sehijau segar macam tadi.Warna dah pudar sikit dah.Tapi baru la puas nak makan..
Nyum..nyum..nyum...
Makan sengsorang.Depa tiga beradik tu tak mau..
Alhamdulillah...
Hihihihi...

Kopek banyak-banyak makan macam makan kacang kuda..Eh,tak syok la ..kena kopek satu-satu baru syok makan..


DAUN SEMPO & SEBAHAGIAN AYAM GORENG -BUKAN REZEKI

Pagi tadi otw ke tempat kerja,singgah hantar biskut dahlia rumah kawan.

Hari ni,Adah temankan merangkap supir...
Cella tak dapat temankan sebab pukul 9 ada final presentation..Dari semalam dia tunggu giliran sampai lemau.Dari pagi sampai pukul 5 petang,elok nak sampai turn dia pensyarah cakap sambung esok..hihihi pishang..kata budak-budak sekarang!
So,hari ni Adah teman.
Tapi tu la dia merungut lambatnya.Ala,bukan lama pun,beberapa jam sahaja..hihihihi..
Dia kalau kena tunggu seminit pun dia rasa lama.Tapi kalau kita tunggu dia,berjam pun dia buat muka seposen macam tak bersalah.Spesis Kent,kucing Wak Warisan Petani..hihihi..

Masa balik plan nak berenti tepi jalan nak ambil daun sempo nak buat bungkus nasi lemak konon.


Tapi hari ni masa balik ,jalan sebelah kanan ditutup..Jalan belah kiri dibuka jadi jalan bertentangan dua hala.Sedangkan pokok sempo tu kat belah kanan...


Pandang sahaja daun-daun sempo seberang jalan belah kanan tu..
Nampak kan daunnya tu lebo- lebo kata orang Selatan..Hanya boleh pandang sahaja...huhuhu
(snap pic sambil kereta bergerak laju..daun tu tal syap jadinya)

Singgah Aj beli ayam sekor,tempe,cili padi  & sikit sayur.Tapi rasa dah penat nak masak.Nak beli nasi kat Warung Simple,Isnin tutup.


Adah suggest beli ayam goreng crispy  singgit kat sebelah Speedmart.Saya pula terus setuju sebab dah dengat Azan Zohor dah masa tu.Nak masak dah penat.Terus pesan Adah suruh beli banyak sesiap 20 ketul.Biar jadi lauk sampai ke malam.

Banyak jugak la 20 ketul walaupun bukan la besar sangat ayamnya.Padan la dengan harga.
Dah plan, ni masak nasi,makan ayam goreng dengam kicap dah la.
Sambil tu basuh ayam yang dibeli di Aj & simpan dalam peti ais.Stok esok,Adah kata dia nak buat ayam masak merah esok.

Saya ambil seketul,nak ratah..Eh,bau lain macam la...Kelebek-kelebek cium...
Sah..!
Memang busuk..
Suruh Adah check yang lain...
Yaaa...ada yang busuk,ada yang ok.Bahagian yang bertulang busuk.Bahagian isi macam ok tak ada bau..
Saya dengan anak bujang pilih cari yang tak ada bau,makan juga dengam nasi.Adah & Cella tak makan pun
Beli ayam mentah RM20.50.
Beli ayam goreng tu RM20...tapi separuh busuk...bukan rezeki.
Daun sempo pun belum rezeki..
Ayam yang dalam peti ais pun belum tentu jadi rezeki kita.Kata orang,kalau bukan rezeki,dalam mulut pun boleh jatuh...!
Malam ni nampaknya macam rezekinya nasi goreng lagi la...Hanya saya & anak bujang makan nasi tadi sedikit sahaja berusik..!







MASAK BUTTER CHICKEN-TAK PAYAH LAUK LAIN

Masak butter chicken kegemaran anak-anak


Kalau masak lauk ni tak payah lauk lain


Nak masak pun tak susah

BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE

Bahan ayam

2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)

4 sudu tepung ubi + sikit garam + serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas Bestari jer) 

1 cawan minyak untuk goreng


Bahan Sos:

1/4 blok butter

1  tin susu cair

2 sudu  serbuk cheese super ring

10  cili padi

1kiub ayam


Bahan Tumis:

1 bawang besar

3 bawang putih

3 pelepah daun kari

10 cili padi cincang

1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm


2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit


3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan


4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali


5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana buttermudah hangus


6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )


7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata


8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak


9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api


Cheese Super Ring yang saya guna nak kasi lemak+ warna cantik.Slice cheese tak ada.Lagi yang ni  pun mudah simpan.


Untuk ambil gambar....

Hakikatnya penuh kuah 1 kuali.Sebab semua request nak kuah extra.Saya tak minat sangat lauk macam ni.Untuk saya,saya minta Adah goreng ikan bilis + bawang & cili.Itu sahaja.

**Ni lauk 3 hari lepas rasanya.Dah karang malam tadi nak post pagi tadi.Tapi ni baru sempat menjenguk..Eh,mana post butter chicken?...
Laaaa...dalam draff lagi...tak klick publish...hihihi macam tanak nasi tak on suiz la...hihihi...
Ok...nak balik dah...dah lapar..Hari ni goreng nugget sahaja..Balik kang baru fikir nak masak apa...







BUKAN URUSANMU UNTUK MEMBAHGIAKAN SEMUA ORANG....

 

"Bukan urusanmu untuk  membahgiakan semua orang,akan tetapi yang menjadi kewajipan bagimu ialah jangan sesekali menyakiti sesiapapun!”


Sunday 27 June 2021

HARI INI BAKING BISKUT DAHLIA

 Malam tadi sebelum lena,buka whatsApp.Ada kawan minta tolong buatkan biskut dahlia tiga bekas.Bila tanya bila nak,dia cakap bila-bila sahaja.


Makanya bangun pagi ni membaking.Walaupun tidaklah rajin,tapi memaksa diri juga untuk rajin.hihihihi..


Sebabnya mengenangkan hari ni weekend.Esok nak gi tempat kerja,akan lalu jalan tak jauh dari rumah kawan yang order biskut dahlia ni.Untuk lebih ekonomik & praktikel maka,elok bawa hantar sekali biskut ni.


Makanya selepas subuh tadi menyelongkarkan la "stor bakery".Stor saya bukan bilik khas pun,tapi hanya sekadar 2 tong Toyogo yang besar sahaja..hehehe..

Satu penuh dengan peralatan bakery. Segala tray,mold,spatula,mixer,

papercup bagai.Satu lagi penuh dengan stok segala bahan bakery.Tepung gandum,tepung kastad,tepung jagung,tepung kek,gula,ceri & beberapa jenis bahan lagi

Stok 4.8 kg buttercup..Tapi isi dalamnya tinggal dalam 2 kg sahaja kot.Ceritanya masa raya hari tu sebab plan takmau open order kuih raya dah.Tapi dalam masa yang sama ,saya hanya beli dalam 5 pail buttercup yang setiap satu seberat 1 kg.Tapi bila ada juga yang pm tepi nak juga cookie,sampret & tat nanas.Maka 5 pail butter tu tak cukup la.Last minutes ada 4 balang lagi biskut belum siap,tapi butter dah habis.Cari merata sampai Rakan,Tesco,Aeon semua tak ada stok.Yang ada hanya butter block.Akhirnya jumpa butter pail ni kat bakery.Tapi tu la beratnya 4.8kg..Maka bakinya tutup elok-elok,nasib baik masih elok.


Antara bahan yang saya guna.Tepung kastad saya setia dengan Bird's.Tapi yang dalam paket la.Yang dalam tin mahal sikit.Tepung jagung pun,kalau dulu mak wajib beli brand Brown & Polson  (cap kupu-kupu)yang dalam tin tu.Tapi sekarang saya hanya guna yang dalam paket.


Masih ingat dulu mak masak tepung jagung Brown & Polson tu untuk adik yang masih baby.Macam makan gam pun ada...hahaha..Kadang mak ke bendang,adik lapar ,saya akan hidupkan dapur kayu & masak bubur tepung jagung tu bagi adik makan.Satu suap untuk adik,satu suap untuk kakak..Hihihi

Satu hari,masa mengasuh adik,saya dukung bawa panjat tangga kayu nak naik rumah mak saudara.Tinggi juga la rumahnya.Sebaik sampai di muka pintu,saya nampak sepupu  perempuan tengah makan sesuatu bewarna putih  dalam mangkuk.Sepupu saya ini juga ada baby sebaya umur dengan adik kecil saya.Saya minta sikit sebab adik manangis.Dia tak bagi,tapi kata sepupu saya.."balik lah buat sendiri...”.Bila saya tanya buat macamana.Katanya bancuh sahaja tepung gandum + air & gula.

Kelam kabut saya dukung adik yang masih kecil turun tangga,balik rumah terus selongkar dapur cari tepung gandum & gula.Saya bancuh dalam mangkuk & terus makan.Gembira hati sebab adik suka.Habis semangkuk sebab sambil suap adik,suap juga mulut sendiri.

Bila mak balik dari bendang,dengan bangga saya ceritakan kepada mak,saya dah tak perlu masak tepung jagung sebab sepupu ajar hanya bancuh tepung gandum + gula & air.Siap,tak payah masak!...Adik suka sebab adik makan banyak..saya dengan yakin beritahu mak.

Sepantas kilat,mak capai adik dari dukungan saya & mak menepuk-nepuk  perut adik sambil mulut mak tak henti beristighfar..

Kata mak,tak pernah dibuat orang makan tepung gandum mentah!

Dah tu bagi budak kecik baru pandai merangkak makan tepung gandum mentah tu..Jenuh kembong la anak aku!Sambil mak melumur minyak angin pada perut adik.Teruk saya kena marah dengan mak kerana bagi adik makan tepung mentah!

Tapi saya tak tahu kesudahannya,apa nasib adik saya malam tu samaada sakit perut,kembong atau bagaimana,kerana bila dah kena marah,biasanya saya akan gantung kelambu & akan tidur awal tanpa makan malam.Sama kes macam kena marah sebab habiskan gula merah nak buat bengkang ubi juga!Rasa macam dah selamat la kalau dapat masuk dalam kelambu & pura-pura tidur..Hihihihi.

Peristiwa itu tak pernah saya lupa walau sudah berpuluh tahun berlalu..!

Bli dikenang,bayangkan tepung dibancuh macam nak buat jejemput tu,kasi adik makan...Banyak kekhilafan saya sebagai kakak dalam menjaga adik..!

Hahaha...jom balik ke tahun 2021...


Makanya pepagi tadi,satu rumah,bau biskut..Basic biskut ni saya  guna.Nak masak banyak,gandakan sukatan..Macam hari ni saya buat lebih kerang 2½ adunan la.
Patut 1 tray tu 9bari x6pcs biskutnya.Tapi tray pertama  & ke dua sahaja ikut peraturan.Masuk tray ke-3 sumbat dah tak ikut baris sebab nak bg mauat juga 3 tray tu.Tak cukup tray 3..himpit tray ke-2 sebab malas nak guna tray ke-⁴.Malas nak basuh banyak2..hahaha

SAMPRET DAHLIA...

1 ketul butter
(250gm)= ±1 cawan
³/⁴ cwn gula icing
1 kuning telur
1 camt esen vanila
1 cwn tpg kastad
1 1/2 cwn tpng jagung
Tepung gandum ikut keras yang sesuai
ceri-potong

1. Mix butter & gula icing sampai putih.Guna senduk kayu sahaja
2.Tambah telur & vanila
3. Tambah tepung jagung & tepung kastad.Mix lagi sampai rata
4.Guna tangan untuk tambah tepung gandum sikit demi sikit hingga agak2 boleh picit dalam acuan...Cuba masukkan dalam acuan & tekan untuk pastikan keras atau lembik..
Adunan kena lembut baru mudah nk picit...Tapi jgn terlalu lembik sbb kalau lembik sangat nnt masa bakar bunganya akan "tidur".. Kalau keras susah nk tekan..agak2 la ye..
6. Tekan dalam dulang & hias dengan ceri potong
7.Bakar suhu 180 & agak2 dlm 20-25 minit..

Tips: guna gula icing lebih baik dari gula kaster..kerana gula icing senang hancur...Kalau gula kaster x betul2 hancur nanti masa bakar bunganya mengembang & x cantik..

Beberapa jam kemudian,biskut dahlia dah siap.

Untuk 3 balang ni saya guna 650gm buttercup.Mula dah timbang 500 gm konon lebih kurang 2 ketul butter la.Pastu rasa macam takut tak cukup pula sebab biasanya kalau untuk tempahan sekali adun saya guna 1 pail sekilo butter.Tapi tak ingat dapat banyak mana.
Nasib baik tambah lagi 150gm butter tu.Rupanya elok-elok dapat 3 balang ni & hanya berbaki tak sampai 10 pcs.Eloklah,kalau berbaki banyak pun bukan sapa nak makan.Budak-budak ni bukan suka biskut mak-mak ni.Depa suka biskut hipster..!  hihihi

Balang saiz M setiap satu isinya 55-57 pcs.
In sha Allah esok,sambil ke tempat kerja,boleh singgah hantar biskut dahlia ni ke rumah kawan.Eh,dia nak buat apa ek,biskut dahlia sampai 3 bekas..?.Raya hari tu dia dah order 2 bekas..Tapi ni bukan raya..
Nak tanya ke tak payah?
Tak payah...!!!!!
Jangan nak nyibok,ikut suka dia la nak buat apa pun kan....jangan jadi bz body