Monday 28 June 2021

MAKAN KACANG EDEMAME

 Dua hari lepas masa singgah  Tesco tengah cari nugget nampak kacang edamame.Dah capai sepaket masuk dalam trolly.Adah keluarkan semula & dia cakap yang sepaket dekat rumah tu pun membeku dah berbulan sejak belum puasa lagi.Ini lagi mau tambah fosil?

Hihihihi...akhirnya kita pun akurlah..Dah tua-tua disekolahkan pula oleh anak-anak.



Memandangkan dah masuk 3 bulan kacang ni bertelaku dalam freezer,maka kita keluarkan la ..

Dah bersalji pun...
Hihihi

Kalau ikut arahan pada paket tu memang ready to eat...

Macamana nak eat penuh ais macam kat kutub utara ni?


Kalai ikutkan lepas defros boleh terus makan & dah memang salty .Tapi saya selalu akan rebus  juga semula dalam 10 minit sebelum makan.

Selepas ¼ jam defros dah boleh makan dah.Dulu saya ingat kacang ni sama dengan kacang bulu.Pernah baca komen dari seseorang dalam old post edamame ni dulu.Komentar tu cakap kacang bulu tak sama dengan edamame.Bila cari info,ye betul tak sama.Rupa nampak sama buahnya.Tapi isi kacang bulu warnanya putih.Edamame isinya hijau..Selebihnya ..wallahu'alam

Makan juga la beberapa biji.Tapi tak puas la ...Nak juga rebus semula..hihihi



Dah rebus,warna dia tak la sehijau segar macam tadi.Warna dah pudar sikit dah.Tapi baru la puas nak makan..
Nyum..nyum..nyum...
Makan sengsorang.Depa tiga beradik tu tak mau..
Alhamdulillah...
Hihihihi...

Kopek banyak-banyak makan macam makan kacang kuda..Eh,tak syok la ..kena kopek satu-satu baru syok makan..


2 comments:

  1. Saya suka beli yang masih berkulit berbanding yang sudah dikopek. Ada rasa kepuasan kalau makan yang berkulit.

    ReplyDelete
  2. Kita hari tu (lama dah), beli dua bungkus kacang ni, sebungkus dah wassalam tapi malas nak post kat blog sebab gambarnya tk cantik. Memang warnanya pun tak hijau lepas kukus semula. Ni ada lagi sebungkus, asyik lupa aje nak kukus, memang syok kopek sambil makan dari kopek semua dan makan, hihi.

    ReplyDelete