Saturday, 5 June 2021

GULAI TULANG LEMBU

Pagi-pagi buta menyelongkar peti ais mencari bahan apa yang boleh dimasak

Pencarian menemui tulang lembu.Maka jadilah gulai tulang lembu.Tulang lembu mak bekalkan masa balik hari tu.Dalam peti ais mak penuh drawer bahagian freezer tu dengan khazanah lembu.Ada tulang,daging & organ dalaman lembu.Mak memang tak boleh makan daging dah.Kata mak simpan untuk sesapa balik atau sesapa datang boleh masak.Tapi kalau dah berfosil dalam freezer tu sapa saja yang rajin nak ngerjakan.Mak suruh bawa balik KL,tapi nak ambil banyak mana sangat.Peti ais kami slim macam mak.Hihihi


GULAI TULANG LEMBU

1kg tulang + daging (rebus empuk)

½ cawan serbuk kari daging

½ cawan serbuk kari ikan

1/4 cawan kerisik

3 biji kentang-belah 4

1 batang carrot - potong 4 & belah 4

½ kotak santan

5 cawan air

2 sudu teh garam

1/4 cawan minyak


Bahan Tumis :

4 bawang merah-hiris

3 bawang putih-hiris

5 keping halia- mayang

5 buah pelaga

2 bunga lawang

5 bunga cengkih

1 kulit kayu manis

1 tangkai daun kari

1 helai pandan


1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis

2.Masukkan rempah kari yang digaul bersama kerisik & dibancuh dengan 2 cawan air

3. Masak hingga naik minyak & masukkan tulang rebus .

4.Masukkan kentang,carrot dan gaul rata

6. Tambah air rebusan &air secukupnya dan masak hingga daging dan kentang empuk

7. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya

8. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah cantik.Sesuaikan rasa.

9. Boleh dimakan bersama Roti Jala...Roti slice ...nasi..capati...roti canai...

*


Rebus tulang hingga mendidih & buang air rebusan pertama.Rebus semula tulang dengan air baru & tambah seketul halia ketuk & 5 ulas bawang putih ketuk hingga daging lembut.Halia & bawang putih untuk hilangkan bau kelembuan.

Tumis bahan tumis & rempah kari hingga naik minyak

Masukkan tulang rebus


Masukkan kentang,carrot & air rebusan daging.Tambah air secukupnya.Masak hingga empuk.Tambah garam & santan.Masak dengan api perlahan supaya naik minyak & kuah cantik.


Tulang besar- besar gedabak.Tak ada parang tak ada kapak.So,tak dapatlah nak tetak.Nasib lah,pepandailah kokak.Hihihi

Tambah juga tiga biji telur.Itu telur ayam,bukan telur lembu.Ampa pernah makan dak telur lembu?

Saya pernah makan masa kanak-kanak dulu la...Hihihi,


** Sebaiknya dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya kuahnya pekat dan sebati

4 comments:

  1. Eh, kita pun masak tulang lembu tapi buat sup aje. Sebetulnya memang simpan tulang tu nak masak gulai (kari) tapi bila PI request nak makan bihun sup, tulang tu la kita lebur dalam periuk 不不不

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun asalnya nak masak sup tapi masa rebus macam ada sikit aroma kelembuan.Tu yang tukar plan jadi kari.Alhamdulillah,remoah ratus tu menghilangkan bau kelembuan..Hihihihi..
      Wow,periuk cap apa boleh lebur tulang不不不不sesekali jafi pembaris...hihihi

      Delete
  2. Ya Allah! Baru teringat sebelum raya ada beli tulang lembu. Nak buat sup time raya tapi tak jadi. Eh... nak pi buka freezer nak selongkar jap! Mesti dah ditimbuni benda lain. Kena bubuh kat belah atas supaya senang nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tulang memang selalu berpotensi jadi fosil sebab malas nak ngerjakannya..
      Tapi kalau dah jadi sup....sedappp

      Delete