Tuesday, 1 June 2021

NASI GORENG SARDIN & ULAM PUCUK SAMAK

Salam 1 Jun & selamat berlockdown..

Nasi goreng sardin bersama telur rebus.


Hidangan dinner malam tadi.Makan tepat pukul 7.00 malam sambil mengadap TV kerana sudah tersampuk drama waktu maghrib "$abarlah Duhai Hati".Benci betul bila sudah tersampuk susah nak tinggal.Sudah 3kali dalam bulan Ramadhan rasanya saya terperangkap dalam drama pukul 7.Puncanya sebab bila bulan puasa buka TV nak dengar azan maghrib.Sebelum azan & selepas azan tertengok drama.Tahun lepas cerita apa tu yang Aida Jebat jadi tomboy kahwin dengan Remy Ishak tu yang nenek dia tak suka tu..Tahun ni pun kes nenek tak suka cucu dia kahwin dengan bukan pilihan dia juga tu.Adoi,sejak pertengahan bulan puasa saya terjebak hingga lah sekarang dah lebih setengah bulan Syawal.Setiap hari pulak tu.Nasib baik esok episod akhir dah.Lepas ni saya akan haramkan buka TV antara pukul 7 hingga 7.59 malam...Nak dengar azan dengar sahaja dari masjid & surau ...Hihihihi


Masak Nasi goreng sardin pun kalut-kalut.Sayur apapun tak bubuh sebab dah pukul 6.45 baru nasi dalam rice cooker  masak.Nasi panas-panas kita dah goreng. Takut terlambat siap sebelum pukul 7.00 malam.Eiii...berdosanya


NASI GORENG SARDIN

2 cawan beras - tanak jadi nasi.

1 tin sardin makerel.

2 sudu cili blend bersama bawang.

3 ulas bawang putih.

3 sudu minyak 

1 sudu teh garam.

Telur rebus 


1. Panaskan minyak & tumis bawang putih cincang.

2m Masukkan cili blend & masak hingga garing.

3. Tambah sardin & sosnya sambil lenyekkan ikan supaya hancur.

4. Tambah nasi & gaul rata hingga naik wap.

5. Renjis garam halus & goreng balikkan beberapa minit.Siap


Minuman air tebu segar yang baru dimesin.Order dari Rose.Mereka ada kenun tebu & anak-anak lelakinya yang masih bersekolah semua rajin mencari duit poket dengan mengusahakan tanamn tebu & bisnez air tebu segar.


Air tebunya memang sedap.Selain tebu segar yang baru ditebang,kulit tebu dikupas & dibasuh  bersih.

Selain air tebu ni,saya ada order cili blend dari Rose.Masa balik dari tempat kerja pukul 2 tu saya dah ke rumahnya untuk ambil cili blend.Tapi masa tu air tebu belum siap.Anak-qnak bujangnyansedang mengupas kulit tebu.Saya balik & bila petang minta anak bujang saya pula pergi ambil air tebu tu.Dua jam baru anak bujang sampai rumah.Katanya tersesat sebab banyak jalan tutup & semua jalan jem teruk.


Rupanya Ros juga mengirimkan ulam ni untuk saya.


Wah,sukanya saya dapat banyak ulam.Ulam ni Rose kata orang Kelantan panggil Pucuk Serai Kayu


Beginilah rupa pucuk & daunnya.



Di tempat saya @ Kedah ulam ni dikenali sebagai pucuk samak.


Cuma yang ni spesis daunnya sedikit berketak-ketak.


Ni spesis daun  samak yang lurus tidak berketak.Pic dari old post.Pokok ni tepi tembok pagar antara tempat kerja kami & kuaters sebelah tu.Masa saya snap pic ni pokok samak tengah berbuah lebat yang menjadi rezeki burung.Saya pun suka makan buah samak ni kerana rasanya seperti buah keriang lada yang menjadi rebutan zaman kanak-kanak dulu.



Memang kelaparan saya semalam.Awal pagi lagi ke tempat kerja bersama Adah.Nak ambil tugasan bawa balik rumah,nak kemaskan apa yang patut & settlekan apa yang patut sebelum total lockdown 1 Jun 2021.Adah dah beli nasi lemak ayam masa otw tu.Saya taknak sebab tak rasa lapar konon.Anak bongsu kat rumah pula abangnya dah belikan nasi & minuman untuk lunch masa balik kerja.Sudahnya saya seorang yang belum makan.Tu yang lapar tak sangga tu.Salah sendiri la kan..hihihi.

Makan nasi goreng sardin bersama telur rebus & berulamkan pucuk samak.Hirup pula air tebu yang manis & sejuk.Nyaman...

Alhamdulillah....

Selamat berlockdown & sama-sama kita beristighfar & berdoa untuk kesihatan & keselamatan diri,keluarga,masyarakat,agama & negara kita tercinta.



6 comments:

  1. Replies
    1. Hehe..saya pun jarang beli air tebu.Sesekali minum nikmat sungguh rasanair tebu fresh ni

      Delete
  2. Masa bulan puasa, seminggu dua tiga kali Pak Inche beli air tebu dalam botol, sedap betul hirup manis2 sejuk2, hihi. Ulam pucuk samak tu sy tak pernah jumpa, makan buahnya apatah lagi. Pucuk janggus pun dah kahwin baru pandai makan, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan air tebu dalam botol tu memang pure kan.Sepanjang puasa konon saya takmo minum manis.Masyuk Syawal habis semuanya.hahahaha
      Pucuk ulam tu mungkin juga kat Kola Ketil depa panggil nama lain ka.Sebab macam daun kesum tu orang tua2 belah Baling depa panggil daun cenohom.Panggilan lain-lain.Apapun tahniah dah pandai makan pucuk janggus...hihihi

      Delete
  3. Saya pun ikut berselera tengok nasi goreng sardin siap bertelur rebus berulam pucuk samak tu. Memang sakit hati kalau dah tersampuk drama bersiri, lagilah dekat-dekat waktu Maghrib hihihiiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...memang sedap cikgu...Tapi sini tak ada la sup kosong macam kat Sabah..heeee...
      Tu la lepas ni nak taubat dah ..harap2 tak tersampuk lagi...hihihi

      Delete