Wednesday 2 June 2021

UBI KAYU REBUS & 15 IDEA MASAKAN DARIPADA UBI KAYU

 

Sarapan ubi rebus cicah sambal bilis


Akan lebih sedap jika digandingkan kopi O pekat


Tetiba teringin nak makan telur rebus.Jadilah ala-ala nasi lemak versi ubi kayu


Ubi kayu pemberian Rose.Tapi ni bakinya selepas saya dah rebus seketul yang besar & panjang.Rose suruh abil lagi banyak,tapi saya yang kemalu-maluan...hihihi.
Rose ni rakan sekerja,sebaya saya.Tapi mempunyai kelebihan yang ketara berbanding saya.Super mom kepada 6 orang anak.Lima lelaki & seorang perempuan.Seorang yang tak reti duduk diam,buat kerja macam lipas kudung.Tak pandai nak mengumpat orang.Sejarah hidupnya & adik-adiknya  dibela oleh kakak & abang ipar yang sangat baik  setelah  kehilangan orangtua ketika masih bersekolah.Suaminya orang Melaka.Kata Rose masa baru  kahwin setiap hari dia menangis kerana suaminya cakap kasar.Rupanya  orang Melakau memang macam tu...hahahaha..Gurau kasar tapi hati baik...!
Depa suami isteri minat berkebun.Walau tinggal di KL,demi minat mereka sanggup sewa tanah di Langat untuk tanam tebu ,ubi kayu bagai.Dapat kuaters pula rumah teres corner lot.Memang penuh segala tanaman pada setiap inci tanah.Saya antara yang selalu dapat tumpang rezeki segala ulam,sirih & paling win teh tarik Rose memang menjadi sebutan rakan-rakan di tempat kerja.Kalau ada makan-makan ,semua akan request Rose buat teh tarik.Resipi dari Rose,untuk 1 cerek dia guna 21 uncang teko teh Lipton & 3 tin susu pekat.Rose cakap dia isi air dalam cerek bersama uncang teh & jerang hingga mendidih.Kemudian tambah 3 tin susu pekat.
Tapi tak pasti la pulak berapa liter isipadu cerek tu.Nanti lepas ni berguru semula dengan Rose.Hihihi. .

Hasil seketul ubi.Memang banyak

Ubinya fresh & empuk gebu.Rasa pun lemak-lemak gitu..Hihihi benda free memang sedap!

Gandingkan dengan SAMBAL BILIS TIN....kat sini


Brrrrrrr....Alhamdulillah.
Ada baki ubinya lagi tu,tengah berfikir nak diapakan....
Mungkinkah akan jadi..


























Tak pun,sagat nipis goreng jadikan kerepek pun boleh jugak kan.
Kalau rajin semua jadi.Yang risaunya takut M.A.L.A.S jer ni...hihihi


4 comments:

  1. lama tk mkn ubi kayu rebus tp slalunya cicah kelapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..saya kalau @ Kedah pun memang cicah kelapa yang dicampur gula & sikit garam.Dok KL ni terikut pulak cicah sambal bilis.Hihihi

      Delete
  2. Haaa.. tu dia.. macam2 juadah dari ubi kayu. Paling terliur tentu yang cicah sambal tumis bilis, hihi.

    Sy pun suka buat teh tarik guna teh lipton. Selalu sy rendam 5 -6 uncang teh dengan air panas mendidih sebab malas nak jerang atas api. Tuang susu pekat dan letak susu sejat sikit. Dapat kena seminggu sekali, manyak syiokk sebab tak boleh nak minum hari2. Peliknya masa muda dulu tak suka minum teh tarik, dah tua baru suka, eh, bukan tua.. remaja purba, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 uncang tu berapa banyak air SK...Saya tak pandai nak agak buat teh tarik ni.Kadang sedap.Kadang cayaq ceroi..hihihi..

      Kalau apa yang zaman muda tak suka & tetiba suka tu memang tanda2 memasuki alaf remaja purba la tu.hihihi

      Delete