Wednesday 13 January 2021

KETUPAT UBI KAYU

 

Ketupat Ubi Kayu. Saya buat semalam punya semalam. Dua tiga hati ni menu ubi kayu lah nampaknya.. Maklumlah bekalan ubi kayu percuma dari mak.. Hihihi



Saya buat 2 versi. 
Yang kontot ala ketupat Kelantan tu versi lemak manis
Yang lonjong panjang tu versi lemak masin


Ubi kayu diparut halus

Perah airnya hingga ubi kering berderai. 
Boleh perah gunakan kain maslin atau guna penapis teh tarik. Mendapkan air perahan 15 minit & buang air serta ambil pati tepung ubi. Campur pati tepung tu bersama ubinyang sudah diperah tadi.. Untuk versi saya ni, saya campurkan 3 cawan ubi parut bersama 1 cawan kelapa parut & 1/2 sudu teh garam.Saya guna kelapa bagi mengantikan santan kerana takut lembik dan susah nak bungkus. 
Kala versi mak saya, gunakan santan pekat & campur sikit garam & gula. Santan kena pekat sebab nak guna sikit sahaja supaya adunan tidak berair. Gaul rata. Bungkus menggunakan daun palas seperti membungkus ketupat palas. 

Oleh kerana saya nak buat 2 versi iaitu lemak masin & lemak manis. Maka saya campur garam sahaja dulu. Bungkus beberap biji & ubi selebihnya baru saya tambah gula untuk versi lemak manis. 

Untuk bezakan yang lemak masin & lemak manis. Saya bungkus 2 bentuk berbeza. Bungkus cara Kelantan untuk versi lemak manis  & bungkus cara Kedah untuk versi lemak masin. 



Dah siap bungkus, boleh lah dikukus anggaran 30  minit sehingga masak. 



Biarkan sejuk dulu sebelum dimakan supaya isinya lebih kenyal bila dah sejuk


Tapi secara jujurnya yang versi lemak manis lagi sedap sebab cukup rasa. Kalau yang lemak masin ni macam tak lengkap pula rasa dia sebab tiada pencicah. Mungkin kalau makan dengan sambal tumis @ ikan masin lebih sedap. Hihihi... 


Taraaaaaa... 
Saya post dalam group family whatsApp. 
Mak saya tengok, dia cakap rasa terliur. 
Mak kata kebetulan mak kat kampung. Terus mak ambil daun palas bawa balik ke rumah kat pekan tu & gali ubi serta terus buat juga ketupat ubi kayu. 


Ni ketupat ubi mak saya.. 
Lebih kemas  & cantik
Mak kata mak buat versi lemak manis. Mak pernah cerita, dulu-dulu buat ketupat ubi kat huma. Huma tu kira kebun yang baru diteroka. Banyak tanam ubi, keladi, jagung & padi huma.Padi huma tu ada orang panggil padi bukit. Tidak seperti padi sawah, padi huma tidak ditanam dalam air tapi ditanam atas tanah kebun atau lereng bukit. Kata mak makan nasi beras huma sangat sedap & wangi. Mak juga pernah cerita bakar ikan dalam tanah liat masa dalam makan di huma. Kata mak, ikan haruan disiang tanpa buang sisik. Kemudian ambil tanah liat bersih  &  balut ikan  dengan tanah liat tu. Kemudian dicampak sahaja dalam unggun apu atau bara api dari memerun. Memerjn tu maknanya bakar hasil tebangan pokok untuk bersihkan kebun. Bila tanah liat yang balut ikan tu kering merekah menandakan ikan dalamnya sudah masak. Bila dipecahkan tanah liat tu, sisik ikan melekat pada tanah liat & isi ikan yang putih bersih terpisah dari kulitnya. Dapatlah ikan bakar yang sedap kata mak. 
Sekarang ni bila tengok ada cheff yang masak ikan dengan menimbus dalam timbunan garam kasar, saya terbayang mungkin macam tu lah agaknya mak saya bakar ikan haruan dalam tanah liat. Tanaman lain seperti  ubi, keladi bagai juga ditanam sebagai tanaman makanan. Ketupat ubi, lepat ubi selain daripada ubi direbus & dibakar dalam bara api 


Mak punya ketupat ubi ni nampak lebih mulus sebab mak kata mak blend ubi hingga halus & mak perah guna penapis teh tarik yang  kain tu. Kemudian mak guna pati santan pekat, garam & gula . Pastilah lebih sedap versi mak punya. Saya guna kelapa sebagai ganti santan, so,bila kunyah ada rasa berhampas skit. Lepas ni nak tiru versi mak pulak lah guna santan pekat. 

12 comments:

  1. Org dulu.bijak menggunakan sumber alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Shima..
      Sedapnplak tu orang duku masak walaupun simple

      Delete
  2. Kalau boleh dipos ni, nak jer sy order doploh biji, apa2 pun makanan tradisi yg dimasak mak cella sungguh mengecorkan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kalau boleh pos saya buka order la m. Jadi suplier ketupat ubi la pulak.. Hihihi

      Delete
  3. Yang lemak masin tu makan dengan sambal bilis cili api sedap kot kan.. isyyy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Jaja..
      Lupa pulak ada serondeg daging. Ni dah habia ketupat baru ingat..hmmmm

      Delete
  4. Cantik mulus ketupat ubi tu!
    Sekali pandang ada rupa ketupat pulut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batul....
      Yang mak masak tu halus mulus. Mak kata sedap sangat & kenyal macam ketupat pulut susu

      Delete
  5. Hasil tangan mak2 memang tiada tandingan. Apa2 pun kedua2nya nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Saya lebih suka yg lemak masin. Isteri baru selesai buat yg lemak manis. Saya kata yg lemak masin lagi sedap.

    Dah muncung, "Kalau nak yg lemak masin, awak buat sendiri!"

    Gurau suami isteri 30+ tahun bersama

    ReplyDelete
  7. lama dh cari resepi kt google baru ade..susah betul cari ketupat ubi dkt pekan pahang ni dulu kecik2 selalu beli dengan org menjual dkt pasar kuala skrg org tu dh x niaga xde la merasa...last makan 6 tahun lepas..lepas ni blh la buat sendiri terima kasih

    ReplyDelete