Thursday 10 June 2021

SPM 2020 UMUM HARI INI

 Keputusan SPM 2020 hari ini 10 Jun 2021.Walaupun tiada anak maupun anak saudara yang menjadi calon SPM 2020,namun doa tetap dititipkan agar anak-anak calon SPM 2020 dikurniakan kejayaan cemerlang ,bukan sahaja dalam peperiksaan terpenting ini,tapi juga cemerlang di dunia & akhirat.

Anak-anak calon SPM 2020  ini tidak lagi dapat merasai pengalaman berduyun-duyun dalam debaran  ke sekolah bersama rakan untuk mengambil slip keputusan SPM.Suasana bercampur baur antara gembira,sedih,kesal,bahagia,terharu semuanya kali terakhir di lihat & dirasai oleh calon SPM 2019.Antara calon batch 2019 termasuklah anak bongsu saya,Cella.

Semoga anak-anak calon SPM 2020 & seterusnya dimudahkan urusan, dikurniakan kejayaan yang cemerlang...

4 comments:

  1. Kolej sy dah mula program gerak gempur spm 2021 ni.. tapi dalam suasana pandemik ni ibu bapa pun macam percaya tak percaya aje nak lepaskan anak sambung belajar, sebab asyik ada pindaan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.La ni takleh nak jangka.Hari ini lain,esok dah lain.Kadang memang fenin.Tapi nak buat macamana,kena ikut keadaan semasa.Semoga Allah mudahkan urusan kita semua

      Delete
  2. Tahniah kepada semua calon SPM 2020 yang mendapat keputusan pada hari ini

    ReplyDelete