Saturday, 19 June 2021

KARI IKAN GORENG

 Cerita semalam punya semalam masa masak kurma bebola ayam untuk anak bujang sebab dia tak makan ikan.


Untuk kami yang perempuan & makan ikan,saya masak Kari Ikan Goreng.Saya masak kari versi pekat & ikannya digoreng dulu.

KARI IKAN GORENG

2 keping ikan 

2 paket kecil rempah kari ikan

10 batang bendi

5 cili padi

¼ kotak santan

(+2 cawan air)

1 asam keping 

1 sudu teh garam

4 sudu minyak

3 bawang merah +2 bawang puti - hiris

1 sudu teh halba campur


1. Ikan digaram kunyit & goreng hingga garing.Goreng juga bendi & ketepikan.

2. Panaskan minyak anggaran 4 sudu besar & tumis bawang merah,bawang putih & halba campur.

3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.Tambah asam,garam & masak hingga naik minyak.

4. Masukkan santan +air & biar mendidih.

5. Masukkan ikan goreng  bendi goreng & cili padi.

6. Biar mendidih dengan api perlahan supaya kuah naik minyak.

7. Sesuaikan rasa


2 keping ikan salmon yang dibeli sejak bulan puasa.

Dipotong-potong & gaul garam kunyit 
Kalau nak biar sekeping-sekeping lagi cantik,tapi saya suka potong.


Goreng garing


Kari Ikan Goreng in the making.


Bendi ni lebih sedap kalau goreng dulu.Cuma kalau goreng dulu rupa dia akan kecut sikit tapi sedap.Ni,saya lupa nak goreng masa goreng ikan tu.So,guna bendi segar tanpa goreng

Kalau saya masak kari,memang akan jumpa bawang putih gedabak dalam kuah.Sebab saya akan masukkan juga beberapa ulas bawang putih yang dikerat dua dalam kuah tu.Pastu nanti makan dengan nasi.Dah tua-tua nak buang angin la konon.Hihihi....


Bagi yang takdak idea nak masak.Jika ada baki ikan goreng,boleh la masak kari ikan goreng.Hihihihi...

4 comments:

  1. Lain kali boleh dicuba ni, goreng ikan dulu sebelum dimasak kari, tukar selera orang kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu untuk tukar selera.Saya lebih suka ikan goreng dulu.Tapi selalu terjadi terus masak tanpa goreng..hihihi

      Delete
  2. Ikan kayangan ni. Memang elok goreng dulu, tak risau pecah / hancur sewaktu digulai.

    ReplyDelete
  3. Wahhh nanti boleh try masak resepi nih.. tukar cara masak kari ikan pulakk ­čśČ

    ReplyDelete