Wednesday 9 June 2021

SPAGHETTI BOLOGNESE vs LAKSA JOHOR

 Hari ni takdak idea nak masak lauk.


Masak spaghetti bolognese ja untuk depa tiga beradik tu

Pun guna sos segera dalam botol sahaja.Selalu saya suka guna brand Adabi.Kali ni try pula brand Yakin.Tambah sosej sahaja sebab meatball takdak.

Pastu rebus sebungkus spaghetti.Pukul 4 tadi dah merebus spaghetti & masak sos bolognese tu


Untuk bekal anak bujang kerja

Bakinya untuk dua anak dara kat rumah.
Saya memang penggemar pasta tapi kalau bolognese saya tak bopa nak jalan.Kalau carbonara,olio @ kalau goreng pedas bodo-bodo pun saya suka...kecuali bolognese...hihihi

Maka untuk saya,saya panaskan kuah laksa Johor yang saya frozenkan.Hari tu masa masak laksa Johor ,kuah dia saja masak lebih & frozenkan.Ada dua bungkus dibekukan.Satu dah panaskan hari ni.Ada baki lagi sebungkus.


Walaupun tak cukup ulamannya tapi dah cukup sedap pada tekak saya.Hari ini spaghetti 2 in 1 menjadi menu lunch.Petang & malam nanti kita fikir lain pasni...

5 comments:

  1. Spaghetti 2 dalam 1. Bijak!
    Sejak bujang-bujang tu balik Malaya, lama dah tak masak spaghetti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah...kalau Covid dah reda boleh la depa terbang balik Sabah pula.Boleh masak spaghetti..heee

      Delete
  2. Unik, kan spaghetti ni, boleh dimakan dengan macam2 jenis kuah.. Kalau sy pun kurang minat blognese, selera kita sama, tapi laksa Johor, ofkos la jadi pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Johorean...
      Kat tempat saya di KL ni ada laksa beras biasa tu dimakan bersama kuah laksa Johor.Nama menu tu "SAJOR"

      Delete