Saturday 12 June 2021

PERCUBAAN BUAT BURASAK

 Pernah beberapa kali makan burasak.1st time makan burasak pada tahun 90's dulu.Kemudian,pernah kirim kawan beli burasak dari Johor.Penah beberapa kali beli & yang terakhir raya tahun lepas  pemberian Haziq iaitu kawan anak bujang saya.Bukan sahaja burasak tapi juga diberi bersama lepat loi.Katanya abang iparnya orang Sabah & memang itu hidangan raya mereka.


Ini percubaan pertama saya membuat burasak.


Ada hampir 20pcs burasak hasil air tangan saya.

Selalu nampak kat rumah Cikgu Amie.Sekarang ada dalam rumah saya..hihihu

Setelah mendapat serba sedikit tunjuk ajar dari blog Cikgu Amie & berguru dengan google,memberanikan & merajinkan  diri mencuba.

Tidaklah sempurna tapi padanlah untuk beginer macam saya..hihihihi

Seusai subuh semalam,sudah memulakan projek burasak.

Dari panduan saya agak caranya lebih kurang cara masak ketupat palas.Cuma versi beras biasa & menggunkan daun pisang


Harum bau beras diaron bersama santan.Saya menggunakan 4 cawan beras biasa,lebih kurang 4 cawan juga santan,1 sudu garam & 1 sudu teh gula.Dimasak seperti masak nasi lemak tepi versi separuh masak sahaja.Semalam punya semalam,anak bujang balik kerja awal.Minta dia belikan kelapa,ayam & daun pisang kat kedai Acheh block sebelah  tu.Perumahan kami tiada lot kedai.Seberang jalan & sebelah pagar,ada sahaja kedai Acheh & mamak,tapi saya jarang pergi.
Alhdulillah dapat daun pisangnya walaupun tak la cantik.

Bau dia pun macam nak buat ketupat palas la ..


Nasib baik tali benang besar ni pun ada.

Burasak yang pernah makan kali pertama lapisan dalamnya dibungkus dengan pucuk pisang yang masih kuning.Harum dia macam lemang dulu-dulu.Lapisan luar pula baru dibalut dengan daun pisang hijau.Manakala burasak yang dibeli memang semuanya menggunakan daun pisang hijau.Tapi masih ada keharumannya.


Belum pukul 7 pagi,aaya sudah mula merebus.Satu rumah bau harum daun pisang rebus. Hi hihihi

Setelah lebih kurang 3 jam merebus.Angkat,toskan dalam tapisan & gunting benang ikatannya .Biar sejuk

Ketika azan Asar berkumandang,burasak sudah sejuk sepenuhnya.Jom,buka tengok hasilnya.....

Ada yang nampak sedikit gelap burasnya...


Buka yang lain pula...Ada yang putih isinya .Azan Asar jelas kedengaran .

Kesimpulannya masih banyak perlu dibaiki.Sepatutnya saya kena isinya semasa bungkus supaya burasnya lebih lembut. Sebab saya dapati ada yang isinya lembut cantik & ada yang agak keras kerana terlalu penuh.Juga saya kena belajar "mengurut" burasnya supaya menipis lebar & kemas.

Plan asal nak masak asam pedas sardin nak makan dengan burasak ni..Cadang juga nak buat serondeng kelapa.

Tapi untuk sementara makan dulu dengan sambal tumbuk tempe.
Hari ini saya plan nak masak serondeng kelapa & asam pedas sardin nak makan dengan burasak ni.Satu lagi impian nak masak Coto Makassar belum terbuat.Doakan saya rajin ....Hihihi

***Adah dengan excited buka bungkusan yang disangkanya lepat pisang kegemarannya.Sekali isinya burasakkkkkkk la...hihihi







6 comments:

  1. Alaaa sedapnyaa... puashati buat sendiri nii.. banyak juga dapat tuuu... fokus kita tgk satu-satu video Mama buat tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau nak belajar kena berguru pada ahli & pakar Lin..

      In sha Allah akan dibaiki pada masa akan datang.Pun kalau rajin nak buat lagi la...hihihi

      Delete
  2. Ya Allah! Memang betul-betul rajin Mama Cella ni. Orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ye Mama Cella. Try & error. Lama-lama sempurnalah burasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan punya pasal...Banyak lagi kena baiki..Apapun Tq terinspirasi dari blog cikgu...hihihi

      Delete
  3. Aduh.. bak sini sikit mambang rajin tu...

    Burasak ni senang dapat kat tempat sy, boleh dikatakan nak makan hari2 pun boleh. Anak buah ibu sy, ramai yg kahwin bugis, dorang tunjukkan sy, burasak ni ada acuannya, begitu jugak loi. Sy rasa Mak Cella ikat burasak tu ketat sgt kot, sampai ada muscle, hihi. Tapi kalau dah masuk perut, memang tak ada bentuk jugak kan, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Nak makan punya pasal..
      Sini memang saya tak jumpa lagi orang jual burasak @ mungkin juga jenis open order kot.
      Oh,ada acuannya ke....hihihi mana nak cari..
      Memang betul tu ,saya isi beras tu banyak & ikat pula ketat sangat.Kena baiki lagi.In sha Allah berguru lagi..hihihi

      Delete