Tuesday, 1 June 2021

HARI NI MASAK SAMBAL BILiS TIN SAHAJA

 Baru sehari lockdown.Dah ketandusan idea masak dah.Yang sebenarnya malas tu yang lebih.Hihihi


Masak sambal bilis tin sahaja.Selain tak berapa rajin nak masak bersusah payah,tekak  juga memang teringin nak makan sambal bilis tin ni.Beberapa tahun lepas masa tinggal berdua beranak sahaja dengan Cella selalu la masak sambal bilis tin ni.Walau tingga berdua tapi masa tu memang tahap kerajinan memasak tu tinggi.Bermacam idea & bermacam menu .Lagi-lagi kalau bulan puasa.Lauk pauk & kuih muih memang bertukar setiap hari.
Tapi itu dulu la...hahaha
Sekarang ni tahap kemalasan tu yang semakin tinggi.Hihihi

Sambal bilis tin ni kalau pekena dengan nasi lemak syok ni.Tapi dah malas namanya,tak la masak nasi lemak.

Kalau jumpa sambal bilis tin biasanya memang saya akan beli beberapa tin buat stok.Paling sedap kalau dapat brand REX

Tapi bukan terus makan dari tin @ panaskan sambal ni semata-mata.Pada saya sambal ni sebenarnya agak manis & bilis dia pun macam dorang guna bilis jenis  keras.Cuma mungkin sebab ditinkan,bilis tu jadi agak lembut.Bau dia pun bukanbau sambal tumis sangat.Warna dia pun agak pucat.Tapi kalau campur dalam sambal tumis bilis yang kita masak sendiri,itu yang lebih sedap.Gabungan rasa bilis tin ni tang agak manis & ada aroma nostalgianya sebab dulu- dulu zaman kanak-kanak seingat saya pernah juga sekali dua emak masak sambal bilis tin.Masih jelas gambar pada tin sambal bilis tu ada sepiring sambal bilis beserta beberapa batang serai.Tapi brand dia memang tak ingat la sebab tu zaman kanak-kanak masa kami masih tinggal dikampung lama dekat rumah tokwan.


Untuk sambal hari ni saya cuma campur dengan sambal bilis frozen.Baki sambal bilis yang dimasak sebelum ni saya difrozenkan.Selalunya sambal frozen ni untuk kegunaan nak cicah roti canai atau lempeng.Hehehe


See..perbezaan sambal bilis tin & sambal bilis frozen yang kita homemade. Nampak la sambal bilis tin tu agak pucat.Tapi bila bergabung dengan sambal bilis homemade memang gabungan yang cukup sedap pada tekak saya.

Siap.

Nasi putih
Sambal bilis tin
Goreng telur dadar.
Ulam pucuk samak.


8 comments:

  1. Sekarang ni banyak betul makanan yang ditinkan dan siap utk dimakan. Masa raya hari tu, kakak sy cuma panaskan sambal kacang dalam tin, sedap jugak rasa dia tapi tak puas makan la sebab sikit beno, heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan..makanan ditinkan dipack cantik & banyak memudahkan orang yang makan sikit.Hahahaha
      Untuk orang yang makan banyak macam kita better masak la..hihihi

      Delete
  2. Time takde lauk memang boleh berebut ni makan nasi panas dengan sambal ikan bilis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan..Dulu zaman kanak-kanak dapat sambal bilis pun dah sedap sangat.Sekarang Allah kurniakan rezeki yang melimpah....makanan beraneka..Syukur Alhamdulillah

      Delete
  3. kalau dapat makan dengan ubi rebus, sedap ni

    ReplyDelete
  4. saya pun lepas menyambal ikan bilis jugak. ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh,sama menu kita yer...menu lockdown ..hihihi

      Delete