Tuesday 22 June 2021

AYAM SUP CICAH KICAP

 

Dah memalam tayang sup jer lah...walaupun sebenarnya nak post sambal...hihihi...asyik menyambal sahaja sepanjang minggu ni...


Sup pun terus dari periuk ja...Sejak-sejak PKP dah lebih setahun ni,banyak kelonggaran undang-undang di dapur.Bahan masakan boleh ganti apa sahaja yang ada.Sesuai tak sesuai kena sesuai juga..kikikiki..

Hidang dalam periuk dalam kuali pun sudah dihalalkan...hahahaha


Ayam sekor pun bahagi ikut bahagian..Yang isi digoreng atau disambal.Yang tulang,leher,kaki dijadikan sup.Hikmahnya bila PKP ni lebih menghargai makanan & rezeki.Bersyukur..!

SUP AYAM PKP

1 kg ayam + bahagian tak banyak isi..leher,kaki,sayap

(orang Kelantan sebut kropeh)

1 batang carrot-kerat & belah 4

2 biji kentang- belah 4

½ limau nipis

5 cili padi ketuk(jika nak pedas)

4 sudu minyak

Garam & secubit gula

daun sup 


Bahan Tumis:

1 bawang Holland - cincang

3 bawang putih-ketuk

1 ketul halia -ketuk/mayang

1 bungkus rempah sup tulang 

(walaupun hanya tulang ayam,bukan tulang lembu..tulang jugak kan😁)


1. Panaskan minyak & tumis bahan tumis.

2. Masukkan ayam & kacau biar ayam kecut baru.masukkan air anggara banyak mana nak kuahnya.

3. Tambah kentang & carrot.Masak hingga semua empuk.

4. Tambah garam,secubit gula,cili api & perahkan limau nipis.

5.Sesuaikan rasa & tabur daun sup


Siap & dah boleh teruskan WFH...

Dalam PKP ni undang-undang makan bersama macam dah tak dipraktikkan.Sapa free boleh makan dulu.Sapa belum nak makan,boleh makan kemudian.Jadual kita tak sama.

Huhuhu,adakah semakin lama nanti,barokah makan bersama juga akan semakin hilang..?


Potong cili padi,hiris bawang merah,tuang kicap manis & perah limau nipis.Lawankan dengan sup ayam.Sapa nak makan baru goreng telur dadar untuk tambah.

Lagi pedas,lagi minum minuman panas...menggigil,tapi berkesan mengurangkan pedas...hihihi..


2 comments:

  1. Memang cukup berkesan kalau kepedasan terus minum air panas. Saya begitulah, kalau ada lauk pedas memang siap sedia secawan air panas. Berair mata sekejap, menggigil sekejap tapi puas makan pedas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah....
      Selalu nampak post cikgu,minum air panas bila pedas..& memang effective!
      Menggigil macan nak terbakar lidah tapi sekejapan hilang rasa pedas.Kebas lidah sekejap..hihihi

      Delete