Tuesday, 1 June 2021

REZEKI DARI KEBUN ROSE

 Semalam ke rumah Rose untuk mengambil cili blend stok sepanjang lockdown ni.Memang sejak Rose open order homemade cili blend,rasanya dah dekat setahun saya tak blend cili sendiri.Bulan puasa hari tu order 4 balang,baru jer habis masak rendang 2 hari lepas.Ni kira topup stok la..Hihihi...

Semalam pergi rumah Rose,bukan takat ambil cili blend sahaja.Tapi bermacam-macam Rose bagi.


Daun limau purut.Siap ada sebiji buahnya


Ulam serai kayu @ pucuk samak/pucuk salam



Pucuk tenggek burung.Mak saya panggil pucuk tapak itik.Abang saya @ Kulim kata depa panggil pucuk cabang tiga



Pucuk ketereh @ pucuk gajus.Kami panggil pucuk janggus.Bahasa kampung saya panggil pucuk janguih.



Daun kunyit.Musim raya baru ni kat pasar pun sehelai RM1.50


Daun kesum.Dulu pernah dengar tok tiri saya yang berasal dari Baling panggil daun ni sebagai daun cenohom.Kalau omputih rasanya depa panggil Vietnam basil.Budak-budak muda sekerang panggil daun laksa ja..sebab daun ni dimasukkan dalam kuah laksa.Hahaha..senang sungguh depa!


Ni...ragi Kelantan pun Rose bagi jugak ni.


Bukan takat ulam,selonggok ubi kayu ni juga pemberian Rose untuk saya semalam.Katanya dalam lockdown nanti masa boleh masak.

Ya,Allah kau mudahkanlah urusan &  limpahkanlah lagi rezeki kepada Rose & keluarganya...Amiinnn...!



6 comments:

  1. Wahhh.. banyak betul hasil tanaman Pn Rose ni, rumah dia mesti atas tanah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa suami isteri ni memang suka bercucuk tanam.Tinggal kat kuaters rumah teres & rezeki depa dapat corner lot.Kerana minat bertani depa sanggup sewa tanah di Langat mengusahakan kebun tebu.Ayaq tebu tu beli dari depa la SK

      Delete
  2. lama dh x mkn pucuk gajus.. sedapnyaaaa ulam sambal belacan.. kira langkah knn lah akak hari ni.. td sy pun ambik daun kunyit jugak belakang umah.. dh bg jiran dh.. buat dia masak rendang daging utk jualan di grab food.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Tu la rezeki langkah kanan .Wah,mim pun tanam banyak kunyit ke..Sedapnya kalau kunyit berbunga ambil bunganya buat ulam Mim.Kunyit muda pun sedap buat ulam.Berpeluh makan & kunyit baik sebagai antibiotik dalaman(doc tak bertauliah ni)hihihi

      Delete
  3. Banyaknya ilmu saya dapat dari sini. Daun cenohom tu daun kesum. Daun salam tu nama lainnya daun serai kayu. Ada jumpa daun salam di LD tapi dijual kering. Sekali jew pernah jumpa pucuknya di pasar tani. Pucuk tenggek burung tu balik kampung jew baru dapat makan.

    ReplyDelete
  4. Ada ragi
    ada ubi kayu
    bolehlah buat tapai ubi

    ReplyDelete