Tuesday, 8 June 2021

ASAM PEDAS IKAN PARI RASA MACAM AYAM

 Saya jarang masak ikan pari & ikan keli.Sebabnya saya tak makan dua makhluk tu.Hihihi....

Dulu-dulu zaman kanak-kanak ,ikan keli adalah fav nak makan & nak siang.Sebabnya ikan keli takdak sisik,mudah nak siang.Kalau ikan haruan,jenuh nak buang sisik,nak buang sirip & kena belah perut dia dari leher sampai hujung ekor.Dah la ikan haruan tu susah nak mati.Ketuk kepala dengan parang pun dia still melompat 100m....hihihihi...

Tapi lepas dok KL saya dah tak makan ikan keli.Bukan berlagak tapi sebab ikan keli KL tak sama dengan ikan keli bendang yang pernah saya suka.Ikan pari pula saya tak makan dia sebab pernah ada sejarah buruk.Hihihi.

Tapi sesekali saya masak juga untuk anak-anak sebab depa suka ikan pari & keli.Adah&Cella memang suka keli goreng garing & sambal keli.Ikan pari tu pula depa 3 beradik suka termasuk anak bujang yang kata tak makan ikan tu.Ikan pari dia makan sebab dia kata ikan pari isinya rasa macam ayam & takdak tulang...Mmmm...ikut suka lah.Ikan lain tak makan ,ikan pari tu makan pula...



Nak cakap lebih-lebih pun,kadang saya pun sama..Ikan pari tak makan,tapi kuah dia makan pula..Mak ngan anak sama jer...Hihihi.....Sesekali masak ikan pari suka la depa..Tapi ni masak untuk lunch depa semalam.


Masak asam pedas ikan pari untuk depa.Kena masak awal beberapa jam supaya bila nak makan kuah dah makin pekat & sebati.Lauk berkuah lebih sedap jika dibiar beberapa jam sebelum makan.Itu tekak saya la...


Ikan pari yang beli kat kedai Acheh masa turun ke bumi 2 hari lepas.
Beli dua keping ikan pari.Balik potong jadi 8 pcs.Masak asam pedas plain tak ada campur bendi terung bagai.Hanya ikan pari & daun kesum tu pun nasib baik Rose bagi hari tu.Cuma cara saya kalau masak asam pedas ikan atau ayam tau daging waima ikan sardin tin pun ,saya suka letak lengkuas.Saya suka bau & rasa lengkuas.
Orang kata antara asam pedas Melaka & Johor pun banyak beza.Apa lagi ni asam pedas orang kutub utara yang masak...hihihi..
Actually tempat saya dulu-dulu asam pedas ni dipanggil asam tumis.Asam pedas kami is asam rebus tu.Tapi sekarang nak bezakan dipanggil la asam pedas tumis & asam pedas rebus.

Memang anak bujang tu la yang makan banyak sebab dia kata ikan pari rasa macam ayam.

ASAM PEDAS PARI
2 keping ikan pari
1 sudu asam jawa + 2 mangkuk air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 tangkai daun kesum( kalau ada stok)

1 serai - ketuk
4 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting &rebus
1 bawang besar
2 bawang putih
2hiris lengkuas

1. Panaskan minyak & tumis serai & bahan blend hingga naik minyak 

2.Masukkan ikan & biar ½ masak.Kemudian baru masuk air asam jawa ikut kepekatan kuah yang diingini.

3. Tambah garam,gula & masak hingga mendidih.Tambah daun kesum

4.Kecilkan api & masak api perlahan hingga naik minyak.Sesuaikan rasa.


Malam tadi kak Mel call bersembang panjang sampai bab lauk pauk.Kata kak Mel lauk asam pedas tu kalau makan ngan burasak terangkat tu..Aduhhh...craving burasak la pula.Dah la selalu nampak burasak kat blog cikgu Amie.Mana nak cari niiii...?


9 comments:

  1. Apalagi kak... buat la burasak.. hihi... sy pun x pernah mkn burasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...seru lah banyak-banyak kali Mim..kot tersampuk,dapat juga makan burasak..

      Delete
  2. ramai jga kata rasa ikan pari cam ayam
    cuma akak x reti makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la,anak bujang ninkata macam ayam..Harga 2 potong ikan pari tu memang sama dengan harga sekor ayam..hihihi..tapi saya tak rasa nak makan

      Delete
  3. pernah terbeli ikan pari yg br lps beranak, mak aih bau dia x blh tahan, lps tu sampai skrg x pernah beli pari dah walaupun dlm hati teringin sgt nak mkn pari bakar cicah air asam..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...tu la pernah juga dengar orang kata kalau ikan pari baru beranak bau dia hancing.Katanya ikan pari juga ada haid macam orang perempuan,tapi saya tak pernah tengok...Wallahua'lam

      Delete
  4. Memang ada ikan pari rasa dia sedap macam ayam. Bonda saya suka masak kicap bubuh lada hitam lebih sikit. Allah... teringat masakan air tangan Bonda. Rindulah pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh,belum pernah try masak kicap pari.Macam sedap sebab ada lada hitam..Nanti bokeh try untuk anak-anak..

      Delete
  5. Memang berbeza rasanya asam pedas letak lengkuas. Sy pun skrg suka masukkan lengkuas dan serai dalam asam pedas

    ReplyDelete