Friday, 18 June 2021

BEBOLA AYAM RAMLY MASAK KURMA

 Kering idea..Tapi masak tetap masak.

Bebola Ayam Ramly Masak Kurma


Guna bebola ayam Ramly.Daging ayam takdak.Stok lauk lain pun ada ikan 2 keping & ada tulang lembu 1 bekas.Jalan yang cepat guna bebola ayam ni sahaja sebagai lauk anak bujang.Kami yang lain boleh makan ikan.


BEBOLA AYAM MASAK KURMA

20 biji bebola ayam.

1 biji kentang - belah 4

1 bungkus kecil rempah kurma.

4 sudu minyak.

1 cili merah.

½ bawang besar -belah 4

¼ cawan santan pekat + ¾ cawan air.

garam & sikit gula


Bahan Tumis:

2 bawang merah- hiris.

2 bawang putih-cincang.

1 ketul kecil halia muda - mayang.

1 helai pandan (opsyenal)


1. Panaskan minyak & goreng kentang yang dibelah 4 hingga masak.Ketepikan.

2. Dalam minyak yang sama,tumis semua bahan tumis hingga harum.

3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan ½ cawan air.Masak hingga naik minyak.

4. Tambah bebola ayam & kentang.

5. Tambah santan,garam,secubit gula & masak hingga pekat.Tambah bawang besar & cili merah.

6.Sesuaikan rasa.


Sebaiknya masak beberapa jam awal supaya nanti kuah pekat & cantik naik minyak.Ni hasil sebaik sahaja masak terus hidang,kuah kurang cantik  tak pecah minyak.


4 comments:

  1. Sedapnyeee..feveret ahnaff ni masak kurma. Dia paling suka kurma ayam. Ayam dah habis, makan nasik,kuah kurma n telur goreng pun on ­čśé

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni boleh masak kurma bebola ni untuk Ahnaff.
      Semoga Afnaff & "baby" kat dalam tu sihat.TC Jaja...

      Delete
  2. Sedap makan kuah kurma dengan nasi. Lemak berempah, boleh menambah nasi dalam pinggan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...dalam rumah ni saya & anak bujang sahaja suka kurma.Anak dara dua orang tu tak makan kurma.Tu yang jarang masak kurma..

      Delete