Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Friday, 6 December 2019

SUKATAN AIR UNTUK AGAR-AGAR TALI


Agar-agar Sirap
Bau daun ros+pandan

Mak aku masak hari Rabu
Pagi-pagi nampak masak agar-agar ni & puding caremel..
Mak aku cakap ada potluck
Ngan geng ofis & cleaner
Mak aku kata joint dorang buat Jamuan Akhir Tahun.
Walaupun post about agar-agar & puding caremel tetapi mak kata catat pasal shkatan air utuk masak agar-agar supaya boleh jadi rujukan..
Sebelum ni dah pernah catat sukatan air untuk masak agar-agar dalam post
AGAR-AGAR SIRAP MERAH... kat sini





Agar-agar yang mak aku guna
(pic google) sebab lagi clear.

Bahgaian belakang pack
Walaupun kat pack tu dah bagi sukatan airnya 1400ml
Tapi mak aku cakap sukatan tu menghasilkan agar-agar sangat keras
So...ini sukatan just nice
Tidak terlalu keras
Tidak lembut & cantik dipotong smooth ditelan


AGAR-AGAR SIRAP
1 paket agar-agar strips(20 gm)
2 liter air (8 cawan)
1 1/2 cawan  gula
1 sudu sirap rose
1/4 sudu pewarna pink
1 daun pandan
1 helai daun limau purut(untuk bau lebih harum)
1. Basuh agar2 dan masak dengan air hingga mendidih dan agar2 larut sepenuhnya
2. Masukkan gula dan daun pandan & daun limau purut
3. Bila gula larut masukkan pula sirap rose + pesarna pink
4. Tapiskan dalam loyang atau acuan yang disukai.


Inilah agar-agar sirap yang yang mak aku masak

Dalam bekas tupperware biru tu mak aku nak bawa ke pot luck
Yang kecik tu tinggal kat rumah

Puding caremel pun mak aku masak juga
1 bekas loyang bulat kecik tinggal kat rumah

Yang bekas 4 segi ni bawa pot luck
Ni pic by mak aku snap kat pot luck yang mak aku joint dengan group ofis & group cleaner tu
Mak aku cakap sebab xde bekas hidang kat situ...
Loyang tu di upside down atas pinggan kecil menyebabkan pacah



Ni agar-agar yang kat rumah
Selepas dah disejukkan dalam peti ais..
Potong..
Makan..
Yummmy

Selit lagi 1 pic by mak aku
Mak aku post kat aku by whatsApp
Bgtau mak aku juga masakkan Nasi Lemak Kuning Utara & yang lain bawa lauk...
Mmm... tu jer nk citer...
Nak sambung kemas bilik
2 hari ni plan nak kemas bilik
Nk let go segala buku-buku & pakaian yabg dah x pakai

Saturday, 5 October 2019

TELUR DADAR HALIA - PETUA UBATI SEMPUT

 Minggu lepas balik Kedah coz nenek x sihat
Nenek demam.. Semput.. Bercampur tiada selera makan etc
Mungkin nenek ellergi dengan cuaca jerebu yang teruk kali ini
Banyak tempat termasuk KL memang sekolah ditutup..
Minggu yang sekolah tutup tu lah nenek semakin tidak sihat
Minggu depannya mak aku amik cuti hari jumaat & balik Kedah


Mak aku masak Telur Dadar Halia untuk nenek
Kata mak aku petua ni dapat dari media sosial.
Menurut sumber tersebut, dikatakan orang Cina jarang terkena asma kerana mengamalkan makan banyak halia..
Patutlah orang Cina suka halia & bawang putih..
Halia sangat bagus untuk mengubati  orang semput.
Kata mak aku lagi halia memang antara makanan sunnah yang sangat dicadangakan sebagai makanan kesihatan merana halia bersifat panas dan membantu pengaliran darah yang baik..
Haaaa.....ok x penerangam macam tu..?
Tapi kebanyakan kita (aku ler tew) tal suka makan halia kerana rasanya yang pedas dan x sedap
Mak aku jer suka sangat makan  halia d minum teh halia
Agalnya sebab tu untuk petua ni halia dimasukkan ke dalam telur dadar supaya  tidak terasa sangat pedas dan bau halia


Telur Itik vs Telur Ayam Kampung
Namak sama jer kan..
Shell dia warna putih..

Yang masih dalam tray telur tu telur Ayam Kampung..
Telur Itik tu nenek kata Achik belikan coz nenek request nak Masak Lemak Telur Itik +Suhun..
Tapi dah achik masak nenek lak xde selwra nak makan
Telur ayam tu plak mak aku beli kat Mydin RTC masa otw balik Kedah tu...
Haaa... Selalain nak belanja barang dapur...
RtC tu juga wajib singgah coz da Herold Bread yang sedap tu..
Syyyy... Masa balik baru ninaku perasan dah ada beberapa brunch Herold Bread ni sepanjang PLUS..
Masa arah ke utara namapak kat  Pwtronas R&R Sungai Buluh & RTC Simpang Pulai la
Masa balik plak mema g singgah beli kat Herold Bread R&R Tapah..
Pastu nampak lagi 1 brunch baru buka kat Hentian Sebelah Ulu Bernam..
Kat Ulu Bernam tu nampak dr hiway jer sebab mak aku x singgah pun situ..
Ops... Herold Bread xnak kasi discount ke untuk aku yang tolong promote ni.. 😁
Takdelah aku nk minta free...
Just minta discount jerk coz aku memang beli kalau jumpa Herold Bread.. 😀

TELUR DADAR HALIA
2biji telur ayam/telur itik
1 ketul halia tua (sebesar ibu jari)
¼ sudu teh garam
2 sudu minyak

1. Pecahkan telur dan pukul kembang bersama garam
2. Kupas halia & tumbuk lumat
3. Masukkan halia tumbuk kedalam telur dan kacau rata
4. Panaskan minyak hingga betul-betul pnas. (tujuannya supaya telur akan mengembang dan beropol cantik)
5.Tuangkan adunan telur dan biar bahagian bawahnya garing baru diterbalikkan.
6.Perlahankan api & sentiasa balik2kan telur dadar supaya diluarnya garing rangup.


Halia sudah ditumbuk
Ni mak aku cakap guna Halia Bentong
Halia Bentong tu camaner?
Mak aku cakap serupa dia sama jer macam halia biasa tetapi biasanya dijual dengn hrga lebih mahal kerana halia Bentong  lebih pedas...
Bentong tu nama tempat di Pahang yang terkenal dengn penanaman halia ni
Ooooo...


Ni guma telur ayam. Kampung
Egg yolk dia memang terang & serupaacam telur itik..
Mmmm... Aku suka sangat telur Itik masak lemak cili api
Tapi dah balik 2 hari jer mak aku x sempat nak masak
Makbaku cakap asalnya nak minta 3 biji telur itik tu kat nenek
Tapi lupaaaa
Mmmm..... huhuhuhu

Masukkan balia tumbuk  kedalam telur
Halia kena guna halia yang dah tua supaya lebih berkhasiat

Kacau semua hingga sebati

Buat la telur dadar


Nenek juga minta nak. Ikam Masin
Mak aku goreng  Ikan masin & Ikan Goreng


Lauk untuk nenek
Telur Dadar Halia
Sup Labu Air + Suhun
Ikan Goreng..
Mak aku cakap banyak juga nenek makan mak aku suapkan...
Selalu Achik @ kakak suapkan sepanjang nenek x sihat..
Kata mak aku Achik la anak yang baik
Selalu jaga nenek dari dulu hingga sekarang..
Belanja barang dapur untuk nenek setiap bulan..
Belikan TV bafu & siap baar Astro untuk nenek setiap bulan..
Bukan untuk nenek jer
Untuk we all pun..
Every raya @ jika ada svent mesti achik yang belikan baju baru untuk semua..
Semua ok..!
Semua tu mean nenek, abang, kakak, aku & included mak aku sekali
Balik minggu lepas pun achik belanja 2 psang baju baru kat mak aku..
Achik tanya aku nak baju apa
Tapi aku cakap xnak apa-apa
I malu laaaaaaaa🤭

Thursday, 26 September 2019

PETAI RENDAM AIR... TETAP SEGAR RANGUP

Jom makan...

Mak aku masak Sambal Petai
Petai ni dah 2 minggu abang bawa balik dari kampung
Mak aku simpan dengan cara rendam dalam air bersama kulitnya dan simpan dalam peti ais


Hasilnya sampai hari ni petai still fresh & rangup


See...
Petai tu masih fresh
Tapi kulit petainya dah mula gelap
Isi petai still fresh


Mak aku masak Sambal Petai dengan Bilis Tin

SAMBAL PETAI BILIS TIN
1 tin sambal bilis
1cawan isi petai
1 asam keping
1/2 cawan bilis kering
1 sudu teh garam
2 sudu minyak

BAHAN BLEND
10 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panas minyak dan goreng bilis.
2. Tuang bahan blend dalam kuali berisi bilos goreng bersama minyaknya
3. Masukkan asam, garam masak hingga naik minyak
4. Tambah bilis tin dan petai
5. Masak hingga pekat & sesuaikan rasa


Sedap baq hang


Mak aku juga goreng mandai ddengan bilis


Jom makan

Tapi ni pinggan mak aku...

Monday, 16 September 2019

PETUA SIMPAN PETAI DALAM AIR & SAMBAL PETAI CILI PADI

Petai....
Ni pic petai yg  nenek kirim abang bawa balik KL hari Ahad minggu lepas
Sebab banyak..
Mak aku simpan dalam air dalam peti ais nak kasi kekal fresh


Ni la petai yang dah seminggu verendam dalam air tapi disimpan dalam peti ais la
Dah citer  dalam post
 SAMBAL KERING BILIS TEMPE & PETAI... kat sini


Ni hasilnya selepas dah dibuang airnya
Masih segar  dan hijau

Kulitnya masih kekal rangup
Mak aku cakap nak masak sambal denvan kulitnya sebab kulitnya still fresh


See...
Memang fresh
Mak aku cakap tips simpan petai rendam dalam air ni bukan idea asal dari mak aku
Mak aku cakap ni tak tahu siapa yang jumpa formula ni & share kat media sosial
Diviralkan dan mak aku reshare plak kat sini
Semoga orang yang bagi dan kongsi idea ni dirahmati Allah kerana berkongsi perkara yng bermanfaat


Ni plak bahan untuk blend nak masak Sambal Petai Cili Padi

SAMBAL PETAI CILI PADI DENVAN SARDIN
3papan petai
1 tin kecil sardin
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
3 sudu minyak

Bahan Blend:
1 cawan cili padi merah
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan asam, garam, gula dan masak hingga pekat
3. Masukkansarsin dan sosnya
4. Tambah petai dan masak beberpa minit hingga mendidih
5. Sesuaikan rasa

Siap


Memang menjadi la guna tips siman petai dalam air ni
Ada lagi sebungkus dalam peti ais
Mak aku cakap nal tengok berapa lama agi boleh kekal fresh
Selagi kulitnya hijau maknanya masih eloklah...

Ni plak ulam bendi rebus  dengam ulam raja


Ulam daja ni pun dah seminggu masih fresh
Ulam raja ni mak aku cakap yang abang bawa balik dari kedah dah seminggu
Masih fresh tanpa masuk peti ais..
Mak aku cakap caranya dengan membasuh ulam raja ni dan dalam keadaan masih basah masukkan dalam plastik yang longgar(plastik beli barang dapur) dan jangan ikat sulaya boleh bernafas
Hasilnya ulam raja ni kekal segar

Petai sambal
Ulam raja
Bendi rebus
Ikan goreng

Jom makan...
Tapi ni semalam nyer
Hahahaha

Monday, 9 September 2019

CARA BASUH AYAM - AKU DAH PANDAI

Cara basuh ayam
Hahahaha... gelak la gelak
Jangan tak  tahu ada jer orang tak pernah basuh ayam
Contohnya..?
Heeee... yang pasti bukan aku
Sebab aku dah tahu.. Dah pernah basuh ayam
Ni tadi scroll kat draff yang lebih dari 100 tengah Q nak masuk publish
Yang tahun 2018 pun ada sampai ada yang dah lupa apa kaitan cerita dengam pic tersebut
Ada jyga 2017 wei
Contohnya ni la
Pic aku basuh ayam
Ini tengok kat draff tu bertarikh 16/8/2017
Hahahaha...
Maknanya aku tengah basuh ayam ni dah lebih 2 tahun
Kikikiki...
Actually aku pilih draff mi untuk post coz ada ceritanya....
Ceritanya dari mak aku la
Kata mak kisah yang mak aku lalui
Kata mak aku ada event yang ada bermacam menu makanan secara kumpulan sesama staff
Antaranya Rendang Ayam
Mak aku cakap, mak aku antara beberapa orang yang mencedok dan makan rendang ayam
Tapi yang peliknya group yang masak rendang tu xnak makan rendang tu
Kemudian siap boleh ketawakan sesapa yang dah makan rendang tu..
Bila dah habis rendang tu dimakan orang lain barulah kumpulan tersebut ceritakan keadaan sebenar iaitu ayam tu dibasuh oleh beberap orang kanak-kanak lelaki . Bila dimasak kira tak bersih lah ayam tu. Sebab tu kumpulan staff yang masak rendang tidak makan kerana hanya mereka yang tahu ayam tu tidak bersih..
Ko aser..?
Geram pulak aku dengar cerita mak aku..
Boleh ke benda yang kita tak tergamak nak makan.. tergamak  pula bagi orang lain makan?
Tapi kata mak aku.. bila sesuatu yang kita x suka orang buat pada kita...
Kita ambil iktibar & pengajaran  agar mita tidak melakukannya kepada orang lain
Itu namanya "YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPDAN"
Walaupun kita bukan terbaik tetapi jangan pernah berhenti untuk berusaha melakukan kebaikan kerana :

فمن ىعمل مثقال ذرة حىرا ىره
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya" 

ومن ىعمل مثقال ذرةشرىره
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya pula" 

2 potong ayat Al-Qur'an ni mak aku selalu guna ketika berhujjah dengan aku atau ketika aku mengadu sesuatu pada mak aku.
Kata mak aku ayat ni fair & square kerana ditujukan kepada semua umat manusia. Peringatan kepada orang lain dan peringtan kepada kita...

(syyyyy... ayat tu ditulis semula dengan berpandukan ayat asal dan ditulis semula menggunakan bahasa Melayu Jawi)




Ok.. Citer basuh ayam..
Sebelum 2017 tu memang aku x pernah basuh ayam kerana mak aku yang x kasi aku basuh
Selalunya time balik pasar @ belanja barang dapur, mak aku akan basuh ayam dan siang ikan semua.
Sementara aku akan tolong mak aku simpan sayur & barang lain dalam peti ais.
Tapi masa ni memang mak aku beli ayam je
Aku minta mak aku ajar aku basuh ayam
Dah keluarkan ayam dari plastik mak aku soh msukkan dalam basin besar supata senang aku nak basuh
Mak aku suruh tabur 1 sudu tepung
Hahahaha... Mula aku ingtkan nak buat ayam celup tepung.
Tapi xkan nak celup tepung tanpa cuci ayam tu
Yarky....!


Rupanya mak aku cakap gaul dengan tepung tu untuk hilangkn bau hamis ayam dan untuk mudahkan basuh ayam kerana banyak kekotoran dan lemak serta lendir ayam  akan melekat pada tepung.
So, memudahkn kerja mencuci ayam
Tapi masih kenabasuh seketul demi seketul supaya segala sisa  bulu-bulu ayam dan kekotoran yang patut dibuang boleh dibersihkn

Walaupun dah nampak bersih
Tapi mak aku pesan masih ada 1 step lagi yang paling penting dan buat


Step tu ialah "MENCUCUR AIR" a.k.a melalukan air bersih dari paip air keatas ayam sambil berselawat.
Kata mak aku mencucur air itu wajib menggunakan air yang bersih macam yang kita guna untuk wudhuk la
Bukan sahaja untuk ayam tetapi untuk semua basuhan lain
Kata mak aku lagi...
Step mencucur air bersih inilah yang membezakan cucian orang Islam dengan orang lain.

Haaa....ingat lagi tak jenis2 air?
Air mutlak
Air mustaqmal
Air Musyammas
Air mutannajis
Kalau x ingat... Sila baca semula...

Imam Hasan al-Basri pernah berkata:


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan."

Monday, 29 April 2019

TALBINAH- BUBUR BARLI UNTUK ORANG DEMAM

Talbinah...
Pernah dengar..?
Aku pun 1st time dengar
Mak aku masak semalam untuk abang
Dah 2 hari abang demam...
Semalam pagi mak aku ada event kat UPNM
Pagi-pagi mak aku dah siakan Bubur Nasi  untuk abang.
Mak aku pesan soh aku pastikan abang makan bubur nasi tu & makan ubat
Aku dah jalankan amanah tersebut..
Hahahaha....skema
Lepas zohor mak aku balik terus masuk dapur
Dengar bunyi blender memang berdengung telinga..
Ingatkan apa lah mak aku buat
Rupanya mak ku tengah blend barli..
Mak aku cakap pernah baca info about Talbinah ni bagus untuk orang demam
Kata mak aku sepatutnya guna Tepung Barli untuk masak Talbinah ni
Tapi sebab xde tepung barli...
Sebab tulah bunyi bising sebab mak aku tengah blend barli
Blend kering lak...
Memang berdengung jer telinga...
Hahahaa
Aku tanya mak aku...naper x rebus jer dulu barli tu..than blend la...
Haaaa...mak aku cakap rasa dan texture dia lain..
Kata mak aku kalau rebus dulu baru blend...barli akan melekit & sedikit berlendir.


Talbinah  ni mak aku kata just Bubur Barli versi guna Tepung Barli
Dimasak bersama air dan susu
Dicampur madu


Mak aku cakap sepatutnya guna Whole Barley
Tapi dah xde...just guna barli yang orang rebus buat air barli jer
Susu Segar
Madu

BAsuh barli dan lap kering
Kemudian blend kering


Ni la Tepung Barli
Asalnya



Guna 1/2 cawan tepung barli
Bancuh dengan 2 cawan air  dan kacau rata


Masak atas api hingga mendidh dan pekat.
Kacau anggaran 1/2 jam
Jika perlu tambah lagi air
Kalau ikut info kena masak lagi lama...


Bila pekat tambahkan susu danmasak lagi hingga mendidih semula dan pekat



Cedok dan bairkan suam sebelum ditambah madu secukup rasa..
Untuk abang semangkuk ni..
Bang makan separuh sahaja..
Abang kata x lalu
Mak aku soh aku rasa..
Aku kongsi semangkuk ngan mak aku..
Hmmm...rasa dia sejibik macam.nestum baby
Abang pun cakap macam tu..
Rasa dan bau dia macam nestum baby..
Aku pun makan 3 suap jew..
Sebab tetiba aku rasa macam aku xnak jadi baby...
Hahaha...
Mak aku habiskan semangkuk yang kingsi ngan aku...
Kakak langsung xnak rasa bila cakapmmacam nestum..
Mak aku cakap antara khasiat makan bubur ni ialah mampu menenangkan hati..
Mak aku cakap sedap..
Siap makan sambil pejam- pejam mata...
Memang tenang betul tuh...!
Hahaha...
Aku lebih suka barli yang mak aku selalu masak ngan ayam & sayur..
Sedap..
Tapi dah lama mak aku x .asak macam tu..
Jap nak cari old post....
Mmmmmmmm.....ok dah jumpa
SUP BARLI & AYAM ....macam.kat sini....
Kalau ada yang demam mak aku selalu masak bubur & air barli panas...
Kadang mak aku masak dua- dua macam MAKANAN ORANG SAKIT ...kat sini