My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.
Showing posts with label AKU DI PAHANG. Show all posts
Showing posts with label AKU DI PAHANG. Show all posts

Wednesday, 21 January 2026

SARAPAN @ ABANG STRAWBERRY DUA HARI BERTURUT-TURUT

 

3H 2M kat CH...sempatlah dua hari bersarapan @ Abang Strawberry  kat Kampung Sedia..Untuk peribadi ..ini kali ke 5 rasanya saya berpeluang sarapan kat Abang Strawbery..1st time sarapan sini recoment by Achik tahun 20019 sebelum covid tu...
Pastu bersama geng Memory Tercipta 2023...& latest 30 & 31 Disember 2025...hahaha lenutup 2025 ni..




Sarapan kami 8 beranak...
Nasi Lemak & aneka schone

Saya ,mak,Haikal & Adah makan nasi lemak sambal strawberry


Cheese acone yang menjadi pojaan tiap kali datang Abang Strawberry..
Biarpun dah makan scone beberapa tempat lain...scone Abang Strawberry juga menjadi ingatan...

Alaa...apa nama ni dah lupa....Aqil punya pemania mulut


Hot pancake untuk cucunda Sarah Miqayla

Hari ke-2 pun pakat makan menu sama ...Nasi lemak sambal strwberry...sclne & pancake

Gambar-gambar cantik ada kat Cella & Adah....ni ja yang ada kat saya ..share jalah untuk rujukan masa depan...hahaha



Tak cukup makan ...
siap talaw bawa balik...Sebab lastday dah nak balik ..Achik talaw untuk Pakcik..Adah tapaw untuk suami dia & saya juga tapaw untuk anak jantan kat rumah..Kiranya tapaw untuk ambil hati yang ditinggalkan la.....hihihi..

Asalnya hari ke-3 nak saralan @ Opah Strawberry .Kami datang awal & jadi orang ke-2 yang Q...Masa dah nak buka gate Opag Strwberry tu tetiba swmua deside nak juga makan kat Abang Strawberry  sebab dah tau sedap..

Setakat ni dah 5 kalo ke Abang Strawberry  @ Kampung Sedia tu ..Alhamdulillah dapat parkir dekat...
Tipsnya
1. Datang awal...seeloknya 7.30 dah sampai sini supaya dapat petak parkir dekat...( parkir berbayar ye...ada yang RM5 & ada yang RM10 per entry

*2. 5 kali datang sini...5 kali juga kami oilih parkir kat kawasan surau Kampung Sedia.memang dekat sangat dengan Abang Strawberry & Opah Strawberry tu..
Kadang orang tak perasan situ boleh parkir..
Dulu ada disediakan tabung untuk sumbangan ikhlas sesiap yang dah parkir dalam kawasan surau tu...Sekarang lebih terdusun kerana ada sorang AJK surau tu agaknya yang akan jaga dan kawal kenderaan keluar masuk sulaya pengunjung parkir ikut sususan dan bayaran juga dah ditetapkan EM5/entry...
Ok sangat kerana. dekat...Tapi apaun kuncinya datang awal & selebihnya doa banyak banyak agar masa kita sampai ada orang keluar & kita dapat parkir...Ada orang kata masa cari parkir kena baca doa makan...hahahha




Wednesday, 14 January 2026

CAMERON HIGLAND PENUTUP 2025: DAY 1

Bulan 11 Adah & Achik merancang percutian keluarga ke Cameron Highland. Kali terakhir percutian keluarga ke CAMERON HIGLAND 2019 lepas balik dari 3H2M @ VAGARI PULAU PANGKOR..Balik dari CH tu dalam dua bulan terus PKP Covid 19..

Tapi Achik ada beberapa kali ke CH lepas tu..Adah pun ada ke CH bersama suaminya & saya juga ada 2023  ke CH selama 3H2M bersama geng Memory Tercipta..Tapi dah lama takda family trip ke CH...Adah dah booked homesttay pada 19-21 Disember tapi cancel bila dengar kata jalan ke CH mengalami tamah runtuh Last minutes sebelum kami balik KL .Achik buat perancangan tergempar...Family trip 3D2N ke CH...
Walau berbelah bagi antara tanah runtuh dan jem yang tak berkeaudahan di CH....akhirnya Allah izinkan juga...


Akhirnya...menjelang pukul 1 pm dah jejak ke CH..Baru jejak ye...bukan dah boleh yak yal yey lagi...hihihi




Bukanlah CH kalau tak jem kan.....tanah runtuh tu memang ada tapi terkawal




Pukul 1 jejek CH....Pukul 4.30 masih merangkak dalam jem nak ke homwstay @ Berinchang..Tengok lah....untuk jarak tak sampai 1km mengambil masa berbelas minit.


Singgah The Sheep Sanctuary...  nak cuci mata & bagi alpaca makan..tapi sebab hujan lebat...tak dapat nak masuk dalam sanctuary tu....just bagi makan kat alpaca yang ada kat liar tu ja......cuci mata ja la sambil makan jagung & keledek kukus sebelum meneruskan perjalanan ke Berinchang untuk check in homestay...


Budak tecik ni tak nak balik...dapat pegang streng buggy sambil nyanyk "Wheel on thebus...round & round"...
Untuk rujukan ...banyak ruang parkir di bahagian belakang turun bukit jauh jugak...Berbayar guna T&G/ Bank card...Tapi ealau jauh,bagusnya ada buggy yang akan angkut naik ke Sanctuary tu..buggy tak payah bayar & kekerapan rasanya dalam 5 minit sahaja...so,tak da la tertunggu lama...Kami pi weekday...Kalau weekend mungkin agak sesak...

Sekitar pukul 6 kami dah gerak ke homestay...Patut check in pukul 3.00 pm...tapi kami masuk pukul 6++.


Sebelum maghrib kami dah gerak ke Hijjaz  Steamboat & Grill...Kami pilih pi sebelum waktu maghrib supaya tak sesak sangat & plan jamak waktu isya' nanti...




Banyak ja steamboat  kat CH ni....Kami pilih Hijjaz sebab dwkat dengan homestay...lebih lurang 7 minit perjalanan...Selepas makan pusing-pusing kejap terus gerak balik homestay ..Parkir kereta kat homestay & jalan kaki gi Pasar Malam Berinchang...lebih kurang 300m sahaja dari homestay...Pasar Malam Berinchang ni beroperasi Jumaat,Sabtu & Ahad ..Tapi musim cuti sekolah dibuka setiap malam...So,walaupun kami pi Isnin,Selasa Rabu  ..pasar malam open... 
Da




Perut dah kenyang tapi pi juga pasar malam nak cuci mata saja asalnya ..Depa pakat nak beli strawberry coklat ja ..
Mak ,Haikal,Aqil,Ada & Mikayla beli jaket tebal sebab kebetulan beberapa hari tu cucca
 sejuk 24°C ...waktu siang...
Achik beli lady winter warm yang macam selendang tu buat selimut..Cella & saya hanya beli stoking bulu ...Taktau kenapa malam pertama tidur CH saya langsung tak rasa sejuk..malah saya berguling atas tile kerana nak rasa sejuk tile lantai  tu...mungkin simpanan lemak agak banyak🤣🤣🤣

Day 2- to be continue

Thursday, 1 June 2023

KE KUANTAN

Weekend,di bumi Kedah Darulaman..
Mencuri masa dengan menaiki bas untuk balik ke negeri kelahiran,kerana hari-hari lain yang ada dirasakan penuh dengan urusan duniawi.


Seusai solat Subuh pagi Selasa,dari KL terus pula bergerak ke Kuantan.

LPT lengang..mungkin kerana hari bekerja.Mungkin juga sebab awal pagi.

Cuaca cerah mengiringi perjalanan


Perjalanan dipermudah



Pukul 8.00++ pagi dah melewati R&R Temerloh.Plan asal nak sarapan sini,tapi tak jadi & perjalanan diteruskan.

Lebih kurang 3 jam perjalanan.


Bumi Kuantan

Taman Tasik Paya Besar


Singgah mengisi perut.Walau Pahang terkenal dengan ikan patin tempoyak,namun diwaktu begini kami perlukan tempat yang dingin dan tenang.
Patutlah kepala teramat sakit.Rupanya bila baca news:


Selesai makan, kami meneruskan langkah.
Ada keperluan yang mewajibkan kami bermusafir ke Gambang dan Kuantan.
Jejak bertapak.....

Tuesday, 19 October 2021

DUA PERISTIWA DI KUANTAN

 Last story about rentas negeri 3D2N.Walaupun tidak sampai 24 jam berada di Kuantan,berlaku dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan.


Peritiwa 1 berlaku @ Stesen Petronas Km 4 Jalan Gambang pada 17 Oktober lebih kurang 9.45 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke hotel selepas ke Teluk Cempedak.Masa kami berhenti tempat pam angin tu tiba-tiba air cond tak rasa sejuk dan   temperature warning!  full bar merah...Semua terpanic sekejap.Anak bujang terus matikan enjin,keluar buka bonet depan untuk memeriksa.Saya dah panic dan cuba menggogle untuk cari dan call workshop mana yang terdekat dan muncul dalam Google.Dah la hari Ahad...Weekend pastinya banyak workshop pun tutup.Kalau ada yang buka pun tentu dikenakan extra charge sebab nak panggil mereka ke sini.Saya pula dah la cepat panic.Mula la migrain memunculkan diri.
Anak bujang tu gigih mencari punca kipas tidak berpusing.Hampir 10 minit mencari punca,akhirnya anak bujang tu dapat detect keadaan berpunca plug tidak rapat.Plug tu baru tukar minggu lepas masa service kereta ni.Mungkin terhentak masa drive balik dari Teluk Cempedak tu menyebabkan plug tu terenggang sikit.Lepas dibetulkan,elok semula kipas berpusing.
Air cond pun dah sejuk.
Alhamdulillah...syukur ya Allah...!
Selepas hidupkan enjin,bonet masih dibiar terbuka.Kata anak bujang tu biar sejuk dulu baru tutup.


Ketika itulah lalu sebuah kereta Proton Perdana hitam dan berlalu pergi.Sekejap kemudian kereta tu u-tern dan terus berhenti menghadapkan bonet depannya ke bonet depan kereta kami.Pemandunya bertanya adakah memerlukan jumper...?
Owh,barangkali pemandunya menyangka kereta kami tak dapat dihidupkan kerana masalah bateri ,maka dia tawarkan jumper untuk jumping.
Bila kami katakan kereta kami ok,beliau mengangkat tangan dan terus berlalu sambil senyum dan memberi isyarat 👍
Saya sempat ingat no platnya.

Semoga Allah membalas kebaikan pemandu Perdana hitam ini atas niat baiknya mahu menolong kami.

Dalam perjalanan ke KL selepas check out hotel kat Kuantan tu..
Langit Lebuhraya Pantai Timut nampak hitam sarat di sebelah barat.

Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebat.
Ketika itu dengat handphone Adah berdering.Kata Adah,Skytree Hotel call tanya adakah tertinggal sesuatu dibilik.Saya dengan confiden berkata tiada apa-apa yang tertinggal kerana saya sudah double,triple check dah sebelum tutup pintu tadi.
Dalam hati saya mula teringat masa keluar bilik  ada house keeping,wanita India dalam lingkungan 30-an  menyapa saya sambil tolak trolly penuh dengan cadar.Apa pulak yang dijumpai housekeeping tu.Takkan saya tinggalkan sampah pun dia nak lapor kot.

Adah kata pengurusan skytree hotel bagitahu ada jumpa earing kat bilik yang saya dan Adah menginap tu.



Terus tangan saya meraba kedua belah telinga...
Sah....!
Hanya sebelah sahaja subang saya .Sebelah lagi telinga dah kosong..

Adah minta pihak hotel simpan,nanti Adah akan minta tolong kawannya yang sedang berkursus di Kuantan ambilkan.


Hari ini,Adah balik dari  staycation tu bawa bersama subang tu.

Kata Adah,kawannya dah ambilkan.Kawannya balik KL sebab Cuti Maulidurrasul...
Alhamdulillah, subang ni masih rezeki saya ..!
Adah cakap dia dah belanja makan kawan yang ambilkan subang tu..
Terima kasih kepada kawan Adah yang berkursus kat Kuantan tu bersusah payah tolong ambil  subang kat hotel tu dan hantarkan  kepada Adah.

Terima kasih Veni( saya agak Veni  mungkin housekeeping yang menyapa saya masa saya keluar bilik nak checkout tu..Semoga Allah membalas kebaikan dan kejujuran Veni dan juga pihak Skytree Hotel...!
Syukur Alhamdulillah,Allah menghadirkan dan menemukan kita dengan  orang-orang yang baik ..
Semoga kita juga menjadi orang yang baik dan bermanfaat kepada orang lain juga...🤲🤲🤲
Aamiinn...


KE TELUK CEMPEDAK

 Bila terjadi hal yang tak dijangka..maknanya perancangan kita tidak dapat mengatasi perancangan Allah ...


Takdirnya kami bermalam di Skytree Hotel.Singgah solat jamak kat R&R Ajil pukul 5.30.Teruskan perjalanan & dekat pukul 8 malam jugak la sampai Skytree Hotel ni.


Dinner,Adah &abangnya turun beli kat mamak saja.Adah beli mee goreng & megi goreng.Anak bujang tu lepak mamak kot.Lepas makan saya hanyut.Hujan lebat pula tu.


Pagi masih renyai.renyai hujannnya.Tak ada arah nak tuju...

Adah & abangnya cakap ..boleh tak kalau kita tidur saja kat Kuantan tapi pagi kita ke Kuala Trengganu semula untuk habiskan itinerary tu??🤣🤣

Tunggu hujan berhenti,Adah kata kita akan  ke Teluk Cempedak.Lebih kurang 20 minit dari sini.



Sampai TC tengok parking penuh walaupun masih awal...Agaknya mereka bermalam dihotel,motel,chalet,guesthouse atau hotel  bajet sekitar sini.


Kami singgah satu gerai tepi parking.Sarapan nasi lemak yang tak lemak🤣

Ayam pun besar sudu sahaja.Tak apalah dah itu rezeki kami.

Masa deside nak tidur kat Kuantan tu pun saya dah bagitau sesiap dah kat depa dua beradik tu...dari pengalaman saya beberapa kali ke Kuantan jangan nak expect makanan macam kat Trengganu..Baik dari segi menu makanan maupun harga...Kita kena raikan perbezaan tu....hihihi

Kita yang sesekali datang.Mereka yang memang tinggal di sini mungkin lebih tahu port makan menarik dan kelebihan Bandar Kuantan ni..


Tapi ada dua peristiwa yang menggambarkan kebaikan orang Kuantan..Nanti saya ceritakan dalam next entri



Anak bujang jumpa bakso memang wajib dia order la.


Pakcik kedai makan ni peramah.Katanya masa PKP memang makan tidur sahaja.Ni baru berniaga semula bila Pantai TC dah buka.

Adah nampak laut,macam budak kecik terus masuk air.


Rugi la...ada view cantik depan mata...tapi dok asyik ngadap handphone..
😅


Nak juga rakam kenangan kat sini...😁


Adah tu geram nak mandi laut.
Saya cakap kat TC ni boleh mandi sebab pantainya berteluk,terlindung dari ombak kuat.Dah namapun Teluk Cempedak.. Dia kata kalau tau kat sini boleh mandi,dia dah bawa  baju untuk mandi..hihihi


Depa sibok layan bayu laut...Saya sibok kutip kulit kerang ..Nak bawa balik isi dalam mini akuarium untuk ikan puyu kat rumah..Biar ikan puyu tu seronok sikit😁


Geram tengok rumput cantik,ambil gambar lah kat sini...


Laaaa....rumput karpet tiruan ..Cantik la...
Inspire...
Berangan nanti nak bentang rumput karpet tiruan ni kat rumah di Kedah ...
Cantik betul.Saya siap selak bawahnya nak tengok basah ke tidak sebab awal pagi tadi hujan lebat...
Elok sahaja tak ada air bertakung pun..
Ish,macam tak sabar nak buat..
Berangan bukan kena bayar kan...
🤣

Inspire jugak ni...
Kalau la semua tempat riadah ada macam ni..Bagus ni..!

Tak berlama sangat kat TC tu sebab panas.Lagipun Adah nak guna kereta kerana  ada janji nak jumpa kawannya kat pekan Kuantan tu.
Balik hantar kami dua beranak kat hotel..Dia keluar semula...
Sementara tunggu Adah balik,layan mata kejap,mandi & kemas untuk check out.

Siap-siap untuk check out..Yang kemas tu katil mak.Yang  selerak tu katil anak dara.So,mana yang lebih sesuai nak buat menantu?🤣


Ni bilik anak bujang tu tidur.Kata katil queen..tapi rupanya dua kati single dirapatkan..jadi la queen🤭
Kata anak bujang tu,malam tadi katil tu rapat..Bangun pagi katil tu dah jarak...handpone pun dah ada bawah katil🤣

Ni la Skytree Hotel tu..Hotel 3 star.Lepas check out...terus bertolak balik KL...
Ingat nak singgah Temerloh..makan ikannpatin tempoyak...tapi tak berenti pun.Tak boleh nak menyinggah sebab Adah ada reunion  staycation pula dengan kawan-kawan sekolah kat KLCC pukul 3 petang.
Dari Kuantan ni dia terus ke KLCC...Tak balik rumah pun dia.Cuti sakan dia...Tak cukup kat Kuala Trengganu & Kuantan,sambung lagi staycation.Depa dah plan lama katanya...
Saya &anak bujang saja terus balik untuk menghadapi Monday Blues esoknya 🤭🤭🤭