Sejak cucunda sorang ni dah pandai makan nasi dan lauk..saya memang willing nak masakkan lauk untuk Sarah setiap pagi.Lagipun memang pepagi akan tanak nasi sesiap & masak sekurang-,kurangnya satu lauk untuk isi rumah.Siapa yang ada,siapa yang balik kerja belum makan,sekurang-kurangnya dah ada nasi dan lauk.Sesambil tu la masakkan lauk untuk bekal Sarah ke rumah pengasuh.
Biasanya dada dan fillet ayam jadi pilihan u tuk masak sup,kicap,stew dan goreng kunyit.Sesekali tukar menu ikan tenggiri,isi udang dan telur.Pernah beberapa kali cuba bagi salmon tapi nampak Sarah tidak menyukai salmon( Alhamdulillah🤭🤣)Buatnya dia nak salmon je taknak lauk lain ..hah sudah!!
Beberapa kali mencuba ikan tuna segar & ternyata dia suka..dimasak sup,dipindang dengan bendi ,dimasak kicap maupun digoreng,semua dia suka.Cuma nak dapatkan ikan tuna pasaraya dan pasar basah dekat rumah saya takda jual ikan tuna.Yang ada hanya tongkol putih dan tongkol hitam Dulu saya sangkakan ikan tuna dan tongkol tu ikan yang sama.Tapirulanya ternyata salah.Cuma .er3ka dari keluarga yang sama termasuk juga tenggiri.Ada beza dari segi kulit luar dan ras.Namun masing masing ada keistimewaan dan peminat masing-masing.Ikan tongkol hitam memang kesukaan say,tapi memandangkan isinya agak berserat,saya memilih tuna untuk Sarah.Nak dapatkan ikan tuna perlu ke pasaraya lain yang gak jauh dari rumah,tapi berbaloi Biasanya saya memilih ikan tuna yang saiznya sekitar 2 hingga 3kg .Ada yang saiznya hingga 5kg seekor tapi tidaklah dapat menandingin sais tuna yang pernah saya tengok di Pasar Tawau yang saya pernah bandingkan sebesar bas🤣 & mak saya pula sacap ikan tuna tu sebesar anak lembu.Hahahaa...ni kalau kami dapat tengok tuna di Jepun yang sebesar kapal tu mau pengsan kami...hahaha.Masih terbayang kesedapan tuna Tawau yang pernah saya masak kari di rumah Adah dulu..Apa lagi nasi kuniing Mak Hajah yang berlaukkan sambal tuna...
Hari Khamis saya beli lagi sekor ikan tuna seberat 2kg++ dapat la dalam 10 kepong setelah 2 jari.Selain untuk stok lauk Sarah...saya juga dah plan nak cuba buat tuna spread sendiri..Dulu saya pernah buat guna ikan tongkol hitam.Macam ada bau hanyir sikit mungkin sebab gaul semua isi hitamnya.Kali ni try guna ikan tuna rebus & buang hitamnya..
Wei....sedap wei....lagi sedap daei tuna spread dalam tin yg readymade tu...Cucunda Sarah bokeh habiskan semangkuk kecil(mangkuk sos) makan dengan sebatang batang sadri kecil...





No comments:
Post a Comment