Saturday 30 April 2022

IFTAR @ SORU AMPANG-RAMADHAN 27

 Salam Ramadhan 28


Semalam Jumaat kami iftar @ Soru Ampang.
Adah belanja.Dia dah siap booking.

Risau jem teruk ..sebab kita nak lalu MRR2..sebab orang dah mula balik kampung ke pantai timur

Adah dah booking beberapa hari 

Kami sampai pukul 7..
Makanan dah siap atas meja..
Saya pilih lamb grill

Cella pula cheezy lamb

Ada pesan chiceken wing..mac & cheese dan apa lagi entah.Tapi 2 pesanan lagi tu agak lambat dapat.So,tak ada pic.

Pukul 8.15 kami beransur mencari temoat solat.Akhirnya kami singgah Petronas Taman Dagang.
Kemudian terus balik kerana nak siapkan sikit kuih raya untuk  bawa balik kampung..



Friday 29 April 2022

LAKSA SARDIN vs NASI GORENG AYAM-IFTAR RAMDHAN 26

 Salam Ramadhan 27

Semalam beriftar sorang-sorang.Maka masak yang tekak nak makan.Ulang masak laksa sardin lagi.

Telur pun takdan rebus.Ulaman sahaja penuh pinggan

Bila tuang kuah..habis tenggelam ulam..hanya nampak kuah pekat melekat 


Dah dikacaukan baru nampak laksanya...hihihi


Puas anak tekak dapat makan laksa kuah pekat macam ni
Seperti biasa,pilihan saya laksa lemak Kedah:

LAKSA KUAH LEMAK SARDIN

1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)

1 tin sardin macerel(tin sederhana)

1 paket kecil rwmpah kari ikan

1/2 kotak santan kara

4 cawan air

3  asam keping

1 bunga kantan/1 pokok daun kesum

1 sudu teh garam

½ bawang besar -blend

3 sudu minyak

Bahan Ulam

2biji telur rebus

1/4 batang timun - hiris

1/4 bawang besar - hiris

1 pokok daun selom - hiris

1 limau nipis

Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.

Buat Kuah:

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & sesuaikan rasa.
5. Biar mendidih sekali lagi beberapa minit .Hidang bersama laksa dan ulamannya


Masak juga nasi goreng ayam..

Akhirnya nasi gpreng jadi juadah sahur


Thursday 28 April 2022

NASI GORENG DAGING - IFTAR RAMADHAN 24

 Masak Nasi Goreng Daging sahaja untuk 24 Ramadhan

 Tanak nasi dan buat nasi goreng...sebab dah kesuntukan masa.Malas nak masak lauk bagai..hihhihi


Bukan nasi sejuk tapi guna nasi panas.Guna beras herbaponi faiza..nasinya berderai cantik.
Rencahkan daging hiris nipis..
Achik kirim daging fresh masa anak bujang balik kampung beberapa hari lepas.Sedap la sebab guna daging fresh

Adah beli takoyaki.


Juga begedil tauhu.Dua-dua tu saya tak jamah pun.Saya hanya makan nasi goreng daging yang sedap tu...hihihi sendiri puji diri masak sedap..🤭
Sebenarnya sebab lapar kan puasa seharian..Tapi seriusnya memang sedap pun😁

Air apple...


AYAM BERLADA & SAYUR KAILAN- IFTAR RAMADHAN 25

 Salam ke 26...Kita sudah menghampiri fasa 3 malam terakhir Ramdhan dah.

Semalam masak ayam berlada untuk lauk iftar..

Goreng ayam,telur rwbus dan kentang hingga garing.Pastu blend:

  20 cili padi merah
2 cili  merah
1 tomato masak
1 bawang besar
5 bawang putih.
Blend kasar-kasar sikit baru best 

Tumis bahan blend dalam minyak bekas goreng ayam tadi dan perisakan secukupnya.Masukkan ayam goreng,kentang dan telur rebus yang dah goreng..Masak sampai naik minyak.Siap

Pastu masak sayur broccoli 
Celur broccoli dan angkat rendam dalam air sejuk supaya tidak terlalu empuk.
Cincang ½ labu bawang putih dan goreng hingga keemasan.Angkat dengan minyaknya.Bekas gorengan bawang tadi masukkan sayur broccoli dan 2 sudu kicap manis.Tambah ½ cawan air tepung ubi(½ cawan air +½ sudu teh tepung ubi)..
Angkat masukkna dalam bekas hidang dan curahkan bawang putih goreng tadi bersama minyaknya..

Hanya berbuka dengan nasi putih,ayam berlada,sayur broccoli dan air kosong.Kemudian sambung mengukis hingga hingga menjelang sahur...Tidur sekejap dan terus sahur & terus siap-siap gi kerja.Esok sehari lagi nak kerja...Pastu nak beraya

Tuesday 26 April 2022

MASAK LAKSA KUAH SARDIN- IFTAR RAMDHAN 23

 Salam Ramadhan ke 24..

Semalam untuk iftar hanya masak laksa kuah sardin.Teringin nak makan laksa.Tapi nak makan laksa lemak Kedah ni.Takmau laksa yang belacan.So,laksa lemak Kedah ni lah pilihannya



LAKSA KUAH LEMAK SARDIN

1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)

1 tin sardin macerel(tin sederhana)

1 paket kecil rwmpah kari ikan

1/2 kotak santan kara

4 cawan air

3  asam keping

1 bunga kantan/1 pokok daun kesum

1 sudu teh garam

½ bawang besar -blend

3 sudu minyak

Bahan Ulam

2biji telur rebus

1/4 batang timun - hiris

1/4 bawang besar - hiris

1 pokok daun selom - hiris

1 limau nipis

Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.

Buat Kuah:

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & sesuaikan rasa.
5. Biar mendidih sekali lagi beberapa minit .Hidang bersama laksa dan ulamannya


Hanya laksa dan minum air kosong sahaja kami dua beranak...

Monday 25 April 2022

DAGING MASAK ASAM PEDAS CAIR + SAWI-IFTAR RAMADHAN 22

Salam Ramdhan 23


Semalam masak asam pedas daging.Tapi saya masak versi asam pedas cair-cair gitu.Campur dengan sawi.Takda sawi jeruk,kita guna sawi segar saja..Tapi serius sedap sebab rasa macam sawi jeruk la..
Mungkin sebab kuah tu masam-masam menyerap dalam sawi.

Terung goreng tepung pedas

Telur dadar

Ulam

Pizza leftovers


Pelam harumanis

Anak bujang balik kampung.Achik bekalkan buah pelam ni & juga daging lembu segar .

Sunday 24 April 2022

ADAH BELANJA PIZZA HUT -IFTAR 21 RAMADHAN

 Kerana berkayuh nak siapkan 48 bekas biskut dahlia hijau kuning tu..Sampai maghrib saya bersauna.Maklumlah oven kita tak besar mana.Bukan oven kormesial..Hanya projek setahun sekali untuk cari sikit  side income..


Kerana saya non stop..Adah kata dia nak belanja pizza hut sebab dia dah gaji.Lagipun kami berdua saja.Anak bujang tu balik kampung ada urusan.


Dia order online tapi pick up sendiri.Sekali tengah makan,dia terjerit kecil.Katanya dia lupa nak bayar tadi.Memang order online tapi dia pilih bayar cash ..

Laaa...nak buat macamana..makan ja la dulu..Nanti pi bayar.Yang cashier tu pun tak perasan agaknya.

Lepas Isyak...Ada kata nak pi bayar & lepas tu nak keluar KL ngan Nurul nak tengok orang shoping.Pukul 5 tadi baru sampai rumah.Katanya KL meriah dengan jem sampai pagi...Orang balas dendam betul sebab tak dapat raya 3 tahun..!

SAYA TAK SEMPAT. NAK BLOG WALKING

 Seminggu dah saya tak dan nak berjalan-jalan blog kawan-kawan 

Alhamdulillah hasil seharian semalam..Dapat siapkan sekotak ni 48 bekas.
Dah selamat sampai rumah tuannya dah pun sebentar tadi.


Ni order dari seorang guru dari salah sebuah sekolah kat KL sana( lupa nama sekolahnya)

Dia nak biskut dahlia tapi nak warana hijau kuning Katanya untuk majlis khatam Al-Qur'an

Maka semalam memang mengadap ni la 

Citarasa manusia berbeza..Ada yang suka plain.Ada yg nak dwi warna macam ni.


Saya tak sempat blog walking...Semoga rakan-raakan semua dimudahkan urusan dan dikurniakan rezeki bertemu Al Qadar..

Saturday 23 April 2022

MASAK MEE GORENG & BUAT PUDING CAREMEL - IFTAR RAMADHAN 20

 Salam Ramadhan ke-21.Semoga 10 malam terakhir ni Allah temukan kita sengan LailatulQadar yangmana pahalanya meyamai 1000 bulan.


Semalam 20 Ramadhan,saya masak mee untuk iftar.

Masak mee goreng & tak masak nasi.Plan asal nak adun adunan cookies untuk bakar malamnya lepas maghrib.Sekali dalam pukul 6 hujan lebat Adah call minta pick up dia.Dia balik baik ETS..mmm terus terbantut nak mengukis.

Adah ajak gi Bazar Sg Besi.Rasanya kali terakhir saya ke Bazar Sg Besi ni 2014 kot..zaman Cella masih sekolah.Dulu bazar nya kat Pekan Sg Besi.Sekarang dah pindah kat Lakefield...pekan baharu.

Tak semeriah dulu.Dulu tahun 90s hingga awal  2000an meriah..


Sekarang tengok oeniaga pun kesian.Masih ramai yang bertimbun jualan ya walaupun dah pukul 6.


Macam ramai penjual dari pembeli.



Semoga Allah luaskan rezeki semua peniaga ni.


Masa kami masuk,ada agihan bubur lambuk percuma.Penuh meja.Saya nak ambil,Adah kata tunggu ambil masa keluar nak balik nanti.
Bila keluar...bubur lambuk 
percuma tu dah habis!


Adah nak beli karipap panas.


Saya nak beli karipap inti ikan ni ...a.k.a tembosa.Kuih Trengganu nu ni..
Kalau kat Sabah ada karipap inti mihun.Kat Kedah ada inti kelapa pedas.Kat Johor ada inti sayur.Ni versi Trengganu intinya ikan pula.

Ni la karipap ikan tu..

Intinya...isi ikan


Karipap yang Adah nak tadi..Dah lembik

Murtabak .Beli kat Permaisuri RM 4..kat sini RM5

Kumpulkan sepinggan


Adah bi tauhu bergedil

Ops...saya ada masak puding caremel..Nak buat tak susah pun ..Tapi bercinta nak buat gula hangusnya tu yang malas.Resipi & tips boleh rujuk: