Monday, 4 April 2022

IFTAR HARI PERTAMA - JUADAH BAZAR RAMADHAN

Selamat dah satu hari puasa.Hari ni dah masuk hari ke 2 puasa.Diusia begini kenangan berpuasa zaman kanak-kanak pastinya sangat menggamit memori.Namun itulah yang semakin jauh kita tinggalkan...

Berbuka apa semalam?
 

Saya berbuka makan laksa.Nampak pun dah tau la kan ...itu laksa beli.


Sesuatu yang seingat saya..tak pernah lagi saya tak masak 1st day puasa.Tapi sesuatu yang tak pernah tu tak mustahil kan.五

Asalnya memang plan nak masak tapi anak bujang teruna tu ajak gi bazar.Terlanjur depa dua off weekend...maka usai solat asar terus ke bazar.


Ramainya manusia macam konsert alayarham Sudirman kat Chow Kit tahun 80-an dulu..hihihi
Banyak juga gerai dah kehabisan jualan walaupun belum pukul 6 petang.Gerai yang masih ada makanan beratur panjang laaa.

Berhimpit-himpit semua.
Agaknya sebab dah 2 tahun PKP atau mungkin juga memang suasana kat bazar macam tu.Maklumlah selama hidup,jumlah saya kenbazar boleh dikira dengan jari saja.Silap-silap tak sampai 10x pun selama hayat.Selalu anak-anak ja ke bazar.Saya akan setia memasak..Tapi tahun ini  1st pun dah kebazar ni...hihihi

Anak bujang tu beli mee kari

Dia juga beli roti farina

Adah beli Nasi Ayam Kunyit Mat Rock

Pastu beli mango ice blended.Saya dah pesan beli sorang 1 cup ja...saya taknak jadi lambakan nanti.Adah beli 1 cup tapi anak teruna tu bantai beli cendol 1 bungkus(1 jug,)Sudahnya memang terbazir la sebab maknya yang selalu jadi "Alam Flora" ni berazam tak mau minum ais五

Beli murtabak.Beratur 45 minit baru sampai turn.Beli 5 keping.
2 buat depa dua beradik tu makan sorang sekeping.3 lagi saya frozenkan.Saya memang tak minat murtabak.Yang frozen tu boleh la panaskan bebila nak makan.Takyah la nak beratur ½km lagi不



Baki lemang masih ada

Rendang frozen.Masak masa nak balik kampung Deepavali hari tu.Simpan untuk anak bujang tu tapi dia tak makan pun sebab malas nak defross..Maka semalam kita selesaikan.

Ops ada beli kuih serba 3 biji..Tapi nak senang kira beli juga 10 五.Memang membazir la separuh.Makannya saya sorang ja

Terliur nak makan abuk-abuk ni.Dah tu takkan nak beli 2 ketul kuih ja beratur panjang-panjang kan...Sayangnya kuih ni bila gigit kering berderai.
Pernah ja buat KUIH ABUK-ABUK SAGU.Tapi sekarang dah malas.

Kak Ani ada kirimkan  buah abiu..
Kali pertama makan BUAH ABIU ni juga dari pemberian kak Ani.


Kali ini buahnya hanya berbiji satu.

Manis banget...
Adah dab abangnya tak nak...
Alhamdulillah...dapat saya makan puas-puas sorang takyah berebut不.


Merisik khabar anak dara bongsu tu nu di Pantai Timur.Apalah agaknya juadah iftarnya..
Makan nasi kerabu katanya...
Dia tanya apakah juadah istimewa di KL...
Kata dia ...mesti masak special tiap kali Ramadhan...
Hahahaha....pastinya dia pun tak percaya...maknya langsung tak masak五
Apapun Alhamdulillah...semua dapat beriftar dengan rezeki Allah
Begitulah rezekinya iftar pertama ramadhan ini







15 comments:

  1. walau hidangan dari Bazaar ..tetap la menarik dan nampak menyelerakan..tp kuih abok2 tu jelas nampak keringnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..taktau pasaipa jadi macam tu..Patutnya lembab kenyal..ni bila makan berderai

      Delete
  2. Hat pantai Timur Tu bikin ngences salam Ramadhan semua

    ReplyDelete
  3. Sesekali ke bazar best jugak tapi tang bersesak dan kene beratur lama tu memang tak tahan la.... geram tengok kuih abok-abok tu insyallah nanti nak buatla dekat sini takde orang jual memang kene buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana...
      Saya jarang pi cuma anak-anak ja .Tapi kali ni saya ikut..hihihi

      Delete
  4. Sini pun sama MC, hari pertama suami ke bazar pukul 6... mostly food dah habis.. semua orang teruja agaknya nak ke bazar ramadhan ni since 2 tahun tak beroperasi kan..
    Apapun, PH tetap setia di dapur haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya di mana-mana pun macam tu.Tadi baca paper online pun katanya banyak bazar sesak..Rezeki peniaga tahun ni.Semoga murah rezeki mereka

      Delete
  5. Macam terjangkit penyakit Pak Inche kita ni, sanggup beratur nak beli murtabak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kebanyakan orang lelaki suka murtabak kan...
      Kalau bubur & kuih manis tak ramai lelaki yang suka..Taktau la fakta ka auta五

      Delete
  6. ammi dah nak masuk 4 ramadhan ni masih belum ke bazaar..semalam buka dengan juadah dari surau je sbb lauk yg orng sedekah melimpah ruah. Daripada membazir baik kita buat buka hahahah (aci tak ayat daripada membazir tu).. malas cakap jelah malas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mulakan pergi bazar Ammi不不不
      Eh,rezeki tu orang sedekah tak payah masak.Jimat duit dan tenaga serta masa.Orang yang sedekah pun dapat pahala...kan

      Delete
  7. Seronok ingat kenangan zaman kanak kanak berpuasa dulu. Paling best masa berbuka ramai ramai tu. Sekarang mana mana pun sesak ramai orang. Lagilah Bazaar Ramadhan. Dah masuk Bazaar Ramadhan, banyaklah mengangkut bawak balik. Beli sikit sikit boleh elakkan pembaziran berlaku.

    ReplyDelete