Wednesday 13 April 2022

LAKSA LEMAK KEDAH KUAH SARDIN-IFTAR RAMADHAN KE-10

 Salam Ramadhan penuh barokah.Dah hari ke 11 Ramadhan

Semalam saya masak laksa...Eh,masak kuah sebenarnya kan..Laksa tu beli laksa kering & rebus ja..hihihi

Saya buat laksa lemak Kedah guna ikan sardin tin.Sebab iftar sengsorang ja,saya tak masak nasi.Lepas solat asar terus masak kuah dan rebus laksa sesiap.Masak sikit ja kan...tidak la lama.
Pastu barulah luruskan kaki dan badan sekejap sementara nak tunggu waktu berbuka.

Bunyi azan maghrib ja terus iftar berlatarkan suara azan berkumandang.Ni la antara jenis laksa yang selalu saya masak.Laksa Lemak Kedah.Kadang  masak LAKSA KUAH LEMAK KEDAH... ni saya guna ikan fresh.
Kadang saya hanya masak LAKSA KUAH SARDIN TIN..sahaja sebab tak ada stok ikan segar atau sebab malas.Jadi guna ja sardin tin...
Resipi ni oun saya C&P dari old post ja..


LAKSA KUAH SARDIN
1 Keping laksa kering - rebus hingga lembut, basuh & toskan

KUAH SARDIN
1 tin sardin macerel
1/4 kotak santan kara
3 cawan air
1 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
1 bawang merah - hiris
1 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan rempah kari yng dibancuh xengan 1/2 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang diblend  bersama sosnya. Tambah 3 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulam



Sebelum tuang kuah

Dah campur kuah..Tetiba ada bunga kunyit tu kan..🤭


Makan laksa lemak Kedah ni...Ada ul pucuk putat baru kena...Ni dapat kat pokok Pak Man gardener tanam.Benih saya bawa dari kampung,minta Pak Man tanam.Alhamdulillah dah boleh makan hasil..


Selain pucuk putat tu,saya juga dapat sekuntum bunga kunyit.Tapi seingat saya,saya tak pernah bagi benih kunyit.Saya syak ni bunga temu pauh sebenarnya..sebab saya ada bagi benih temu pauh lebih setahun yang lalu.Saya suka ulam bunga kunyit dan bunga temu


Saya guna sardin tin..Mecerel sebenarnya.


Bunga kantan yang Ita bagi sebulan yang lepas.Saya masuk dalam plastik dan simpan dalam frezer...Elok lagi..tak jejas pun


Macam biasa saya guna rice cooker ja untuk rebus laksa.Saya guna laksa kecik.Cepat sikit..hihihi


Masak kuah sardin


Makan sepinggan penuh untuk iftar...


Cella post dia berbuka dengan kawan-kawan.Dia makan Nasi Goreng Tom yam katanya...Tengok pinggan kawan-kawan sebelah tu semua western,dia makan nasi goreng pulak.Agaknya teringin nak makan nasi goreng kot.Asyik makan nasi kerabu ja ..hihihi
Apa la yang Adah & anak bujang tu makan  untuk iftar?
Saya pun tak tanya apa depa makan sebab semalam keletihan..Lepas maghrib terlepas.Sedar bila suara azan isyak dari surau.Bangun mandi.Lepas tarawikh mengantuk yang amat.Terlelap lagi.Sedar-sedar Adah dah balik.Anak bujang tu balik pukul berapa pun tak tau...Hanya sedar alarm sahur bunyi pukul 4.45.

Gorengkan megi sahaja untuk sahur anak bujang tu + telur baki makan dengan laksa tu.

16 comments:

  1. Akan ada satu hari dalam ramadan nanti, nak buat Laksa, tapi tu laa anak bujang tak suka, kena juga masak menu lain huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajuuuu Lin comment🤭
      TQ Lin...
      Try la laksa lemak Kedah ni...Ada iras-iras laksa johor jugak ni...😁

      Delete
  2. Dania dah request laksa cuti Nuzul Al- Quran nanti...melaksa la kita nanti aih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa ..lagi seminggu Nizul Al-Quran dah kann...
      Jom..jom melaksa..

      Delete
  3. Setiap kali nampak Laksa Lemak Kedah di sini, mesti teringat kenapa mak mertuaku atau kak iparku tak pernah masak ni. Depa lebih masak stail Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua orang suka laksa lemak ni SK..
      Kalau hari raya dalam sekampung tu mungkin ada stu dua rumah ja masak laksa lemak ni.Yang lain kebanyakan masak laksa asam(laksa Penang)
      Dalam old post ada 1 komen kata dia panggil.Laksa Pendang🤭
      (Pendang bukan Penang tau)

      Delete
  4. sy teringin laksa sarawak dr semalam lg ni kak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la KL Mim...ada laksa Sarawak kat Dayang Sarawak & Dapur Sarawak ni...🤭
      Hari ni baca news...tiket Sabah Sarawak naik berganda yer😥

      Delete
  5. wak tak berapa pandai makan laksa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bujang saya pun tak pandai makan laksa ni..tu sebab masak megi ja u tuk dia🤭

      Delete
  6. Pucuk putat dengan daun kunyit tu yang tambah menambah nak makan laksa lemak Kedah tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa ni saya tak masukkan daun kunyit.Bunga kunyit tu saya ngap ja sebab tak masak nasi🤣

      Delete
    2. Salah tulis - bunga kunyit, bukan daun kunyit hehehee.

      Delete
  7. Kelmarin baru makan pucuk putat... lawan dengan budu la tapinya. Berbuka puasa di kampung, mak masakkan gulai lemak kuning ikan tenggiri. Ulam-ulam kutip sekitar rumah mak. Menarik jugak berbuka dengan laksa ni. Saya tak pernah buat sendiri laksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedak jeligho kalu ule pucuk putak ni cicoh budu gop demo ooo..😁

      Delete