Sunday 24 April 2022

ADAH BELANJA PIZZA HUT -IFTAR 21 RAMADHAN

 Kerana berkayuh nak siapkan 48 bekas biskut dahlia hijau kuning tu..Sampai maghrib saya bersauna.Maklumlah oven kita tak besar mana.Bukan oven kormesial..Hanya projek setahun sekali untuk cari sikit  side income..


Kerana saya non stop..Adah kata dia nak belanja pizza hut sebab dia dah gaji.Lagipun kami berdua saja.Anak bujang tu balik kampung ada urusan.


Dia order online tapi pick up sendiri.Sekali tengah makan,dia terjerit kecil.Katanya dia lupa nak bayar tadi.Memang order online tapi dia pilih bayar cash ..

Laaa...nak buat macamana..makan ja la dulu..Nanti pi bayar.Yang cashier tu pun tak perasan agaknya.

Lepas Isyak...Ada kata nak pi bayar & lepas tu nak keluar KL ngan Nurul nak tengok orang shoping.Pukul 5 tadi baru sampai rumah.Katanya KL meriah dengan jem sampai pagi...Orang balas dendam betul sebab tak dapat raya 3 tahun..!

3 comments:

  1. Masyukkk emaknya.. campur tak payah masak berbuka = bahagia.

    ReplyDelete
  2. Iftar 21, SA kat KL..hehehe...best la Adah belanja mak so mak x payah masak..

    ReplyDelete
  3. sana sini rakyat jelata membeli belah ;)

    ReplyDelete