Saturday, 23 April 2022

MASAK MEE GORENG & BUAT PUDING CAREMEL - IFTAR RAMADHAN 20

 Salam Ramadhan ke-21.Semoga 10 malam terakhir ni Allah temukan kita sengan LailatulQadar yangmana pahalanya meyamai 1000 bulan.


Semalam 20 Ramadhan,saya masak mee untuk iftar.

Masak mee goreng & tak masak nasi.Plan asal nak adun adunan cookies untuk bakar malamnya lepas maghrib.Sekali dalam pukul 6 hujan lebat Adah call minta pick up dia.Dia balik baik ETS..mmm terus terbantut nak mengukis.

Adah ajak gi Bazar Sg Besi.Rasanya kali terakhir saya ke Bazar Sg Besi ni 2014 kot..zaman Cella masih sekolah.Dulu bazar nya kat Pekan Sg Besi.Sekarang dah pindah kat Lakefield...pekan baharu.

Tak semeriah dulu.Dulu tahun 90s hingga awal  2000an meriah..


Sekarang tengok oeniaga pun kesian.Masih ramai yang bertimbun jualan ya walaupun dah pukul 6.


Macam ramai penjual dari pembeli.



Semoga Allah luaskan rezeki semua peniaga ni.


Masa kami masuk,ada agihan bubur lambuk percuma.Penuh meja.Saya nak ambil,Adah kata tunggu ambil masa keluar nak balik nanti.
Bila keluar...bubur lambuk 
percuma tu dah habis!


Adah nak beli karipap panas.


Saya nak beli karipap inti ikan ni ...a.k.a tembosa.Kuih Trengganu nu ni..
Kalau kat Sabah ada karipap inti mihun.Kat Kedah ada inti kelapa pedas.Kat Johor ada inti sayur.Ni versi Trengganu intinya ikan pula.

Ni la karipap ikan tu..

Intinya...isi ikan


Karipap yang Adah nak tadi..Dah lembik

Murtabak .Beli kat Permaisuri RM 4..kat sini RM5

Kumpulkan sepinggan


Adah bi tauhu bergedil

Ops...saya ada masak puding caremel..Nak buat tak susah pun ..Tapi bercinta nak buat gula hangusnya tu yang malas.Resipi & tips boleh rujuk: 

3 comments:

  1. Haaaa... bab buat puding caramel tu, memang betul punya bercinta. Beli telur konon nak buat, sudahnya tinggal angan2. Kalau dihitung dah banyak papan telur habis, pudingnya illek

    ReplyDelete
  2. Kat ofis abg yan tiap hari sediakan bubur lambuk percuma.. kdg2 kak lin mkn time sahur.. ­čśČ

    ReplyDelete
  3. SA dah 2 kali buat puding caramel tapi x jadi..sudahnya erm beli je la..hahahaha

    ReplyDelete