Sunday 17 April 2022

AYAM STIM TAUCU PEDAS- IFTAR RAMADHAN 14

 Salam Ramadhan ke -15.


Semalam 14 Ramdhan...masak lauk Ayam Stil Taucu Pedas untuk lauk iftar 


Masakan yang paling senang nak masak sebab gaul saja semua & kukus..Tapi serius sedap sebab kuahnya hanya jus ayam dan bahannya sahaja tanpa tambah air.Cuma kali ni warna agak pucat kerana saya guna taucu masin tu memang warna taucu tu memang cerah pucat.Tak gelap macam selalu beli brand Bilal.


Sepatutnya warna dia macam ni.Resi c&p dari old post AYAM KUKUS TAUCU PEDAS...kat sini

AYAM KUKUS TAUCU
1/2 ekor ayam - bersihkan
1 paket taucu Bilal( +-1 sudu besar)
1/2 kiub ayam
1 ketul halia muda- racik jejari halus
3 bawang putih - cincang
1 bawang holland-hiris nipis
1 cili merah hiris
10 cili padi - ketuk pecah2
1 pokok leek/daun bawang
2 sudu kicap manis
1 sudu teh minyak bijan

1. Bersihkan ayam & gaul dengan semua bahan. **tidak perlu garam kerana taucu & kiub ayam sudah masin.
Tinggalkan sikit daun bawang untuk tabur masa hidang nanti
2. perapkan ayam dalam 15 minit.
3. Sambil tu jerang air dalam kukus @ dalam kuali hingga mendidih
4. Tuang semua ayam perap dalam bekas tahan panas & kukus 1/2 jam
5. Tabur daun bawang hiris & sedia hidang panas-panas

Ni la hasilnya.Walauoun pucat tapi sedap.


Bersama sayur kangkung ikan masin.Kangkung saya hanya kerat dua.Biar panjang-panjang baru syiok nak makan.Iftar berdua dengan anak bujang tu sahaja sebab Adah berbuka kat luar dengan kawan-kawan.Dia kata nak ronda Jalan Tunku Abdul Rahman(Jalan TAR) & nak iftar dengan kawan-kawan.

Saya pula dari lepas subuh mengadap oven untuk mengukis.

Lebih 10 jam berdiri & sekejap-sekejap saja duduk,tumit rasa sakit menampung badan yang tak berapa nak ringan ni🤭

Tapi bil tengok hasil yang  siap,rasa lega.


Beberapa dah hantar sebab ada yang nak cepat.Ni 3 hari dapat banyak ni ja.Maklumlah oven pun bukan besar mana...hihihi
Menghitung hari cuti berbaki lagi 3 hari,harapnya sempatlah semuanya termasuk untuk diri sendiri..Setiap tahun berdoa agar 17 Ramadhan jatuhnya weekday @ Ahad supaya dapat cuti Nuzul Qur'an.Janganlah ari Sabtu...hihihi




5 comments:

  1. Wah pembuat kuih raya! Semoga dipermudankan urusan

    ReplyDelete
  2. Sedap nampaknya lauk berbuka MC...
    Banyaknya tempahah... tahun depan open order utk geng blogger sama :p

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. tauke.. teballah wallet dia. Ayam masak tauchu tu makan dgn nasi tak leh campur lauk lain wpun sambal belacan.

    ReplyDelete
  4. nampak sedapnyer ayam kukus taucu

    ReplyDelete
  5. open order tak cookies tu? nak order

    ReplyDelete