Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Sunday, 8 March 2020
AYAM KUKUS TAUCU
Ayam Kukus Taucu
Untuk lunch tadi
Specialnya Ayam Kukus taucu ni 90% aku yang masak tau..
10% lagi mak aku tolong bagitau bahan
Sedap gilerk..
Kukus pun aku buat tau
Haaaa... Dari basuh ayam..
Gaul semua bahan
Marinate ayam
Kukus hingga masak
Serve kat meja makan
& sampai makan pun aku yang makanlebih
Hahaha... Sebab sedap baq hang
Awal pagi lagi mak aku dah kuar
Mak aku kata ada meeting
Mak aku pesan soh aku buat breakfast
Mmm... Aku buat roti telur jer makan ngan abang..
Kakak xnak..
Pastu abang gi pasar
Abang beli ayam
Abang soh aku bersihkan ayam..
1 jam aku amik masa bersihkan ayam
Dari pukul 11 sampai pukul 12 aku bersihkan ayam🤣
Habis segala lemak segala lendir aku kikis
Masa mak aku balik mak aku tengok ayam yang aku bersihkan tu mak aku bagi 5⭐⭐⭐⭐⭐
Sebab mak aku cakap aku basuh ayam lagi beraih dari mak aku
Haaaaaaaa..
Mak aku cakap sebab ayam yang abang beli ni fresh lagi.
Elok masak stim..
Lagipun dh pukul 2 petang semua dah lapar..
So, mak aku cakap masak 1 lauk ni jew
AYAM KUKUS TAUCU
1/2 ekor ayam - bersihkan
1 paket taucu Bilal( +-1 sudu besar)
1/2 kiub ayam
1 ketul halia muda- racik jejari halus
3 bawang putih - cincang
1 bawang holland-hiris nipis
1 cili merah hiris
10 cili padi - ketuk pecah2
1 pokok leek/daun bawang
2 sudu kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1. Bersihkan ayam & gaul dengan semua bahan. **tidak perlu garam kerana taucu & kiub ayam sudah masin.
Tinggalkan sikit daun bawang untuk tabur masa hidang nanti
2. perapkan ayam dalam 15 minit.
3. Sambil tu jerang air dalam kukus @ dalam kuali hingga mendidih
4. Tuang semua ayam perap dalam bekasa tahan panas & kukus 1/2 jam
5. Tabur daun bawang hiris & sedia gidang panas-panas
**resipi ni mak aku cakap bukan ori dari mak aku.. Tapi inspire dari google. TQ kepada pencipta resipi
Campur jer sumua bahan
Jangan termasuk garam lak
Sebab taucu dah cukup masin
Kasi gaullllll
Haaaaa... air tangan aku tau
Biar jap 15 minit kasi marinate
Jerang air dalam kuali hingga mendidih d letak alas kukus
Selalu mak aku kukus dalam rice cooker jer
Tapi hari ni masak banyak & bekas ayam tu agak besar x muat dalam rice cooker
Guna bekas tahan panas
Ni mak aku soh guna bekas aluminium yang besar macam pinggan ni
Kukus 1/2 jam
Haaaa... Mak aku tengah mandi tu masa aku jaga ayam kukus ni
Syyyyy sambil jaga kukus sambil layan handphone
Hihihi..
Jangan la lupa tutup kukus tu plak
Kang x masak ayam weiii...
Taraaaaa.... Dah siap
Ayam Kukus Taucu 90% air tangan aku
Vanggaaaaaaaa....
Oh tak pernah tau resepi ni. Boleh la cuba untuk ayah, dia mesti suka 😍
ReplyDeleteSedap ayam ni ..kita suka
DeleteAyam dia sedap & juicy
terbaik..
ReplyDeletepasni cuba try ayam stim cencaluk plak ye. pun best gak
Cencalok kiter lum pernah makan...
DeleteBudu sudah
Tempoyak sudah
Pekasam sudah
Cncalok macam mak kiter lum pernah masak jer.
Nanti kiter tanya mak kiter ..heee
Cencalok macam belacan basah..bula.masak.tak bau lagi tapi menyedapkan
DeleteWahhh..x tau plktaucu pun sedap masak dgn ayam. Agak2 cmana rasanya..?? Kalau taucu ikan selalunya berkuah dan letak juga air asam or asam keping ..yg taucu ayam ni mmg tak payah letak ye..
ReplyDeleteTq ye cella share resepi..n tahniah dah berjaya masak..pasni boleh masak selalu..baking la plk cella..
Rasa dia sedappp...
DeleteMmmmm xde plak kita letak asam..heee
Rasa dia macam masak kicap tapi kuah dia paling sedap sebab juice ayam..
Kiter langsung xde latak air tau...
TApi kuah juice ayam tu penuh bekas tu..Kuah dia memang sedap sangat...