Wednesday 31 August 2022

LEMPENG DAUN PISANG SARAPAN PAGI MERDEKA


Sarapan Lempeng Daun Pisang Pagi Merdeka 2022.

Sambil menonton TV1 siaran langsung perarakan perbarisan sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Mula tonton TV3 tapi bila tengok semuanya ihsan RTM..baik tengok TV1....Ya,bila tengok TV1 pic dia lebih cepat beberapa saat berbanding TV3..
Niat asal nak ke Dataran Merdeka tidak terlaksana.

Maka TV lah sebagai altenatif sambil bersarapan pagi.Mencicip Lempeng Daun Pisang cicah sambal bilis.Sambal bilis baki Nasi Lemak Daun Simpor..hihihi


Lautan manusia dengan jumlah puluhan ribu orang membanjiri Dataran Merdeka.Semua bersemangat..Saya hanya kirimkan semangat bersama mereka di sana sedang jasad masih di depan TV🤭


Sesekali menjenguk keluar jendela bila terdengar helikopter dan jet pejuang melintas di ruang angkasa..


Menonton sehingga penghujung diakhiri dengan lagu"Negaraku"..

Sehinggalah keberangkatan pulang Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agung...terbit rasa sayu dilubuk hati paling dalam..
Terkenang ceramah Dato'Ustaz Badlishah Alauddin tentang perjuangan para pahlawan dan ulama seluruh nusantara menentang penjajahan di Tanah Melayu bukanlah semata-mata mempertahankan tanahair ..namun jauh lebih besar daripada itu adalah kerana mahu memastikan Agama Islam yang suci terus bertapak di Nusantara dan dapat diwarusi anak cucu akan datang.Tanpa titik keringat dan tumpah darah daripada perjuangan mereka...belum tentu nasib kita seperti hari ini.
Ya Allah,rahmatilah dan kurniakanlah salah satu syurgamu untuk para syuhada pejuang kemerdekaan yang telah gugur!


Lewat pukul 11.00 pagi hingga 11.30 pagi riuh dengan bunyi siren dan sayup-sayup kelihatan deretan kenderaan tentera bewarna hijau gelap dan deretan kenderaan bewarna putih dijalanraya utama sedang menuju pulang .Pastinya tadi mereka terlibat dalam perarakan di Dataran Merdeka.
Sepanjang minggu ini setiap awal pagi sebelum subuh jalanraya sana sudah riuh dengan siren.Mereka menuju ke Dataran Merdeka untuk acara raptai barangkali...

Keberangkatan baginda berdua membuatkan hati terdetik...Masihkan kita semua dapat menyaksikan dan merasai semangat ini pada detik  31 Ogos 2023?
Siapa pemerintah Malaysia pada saat itu?
Masihkan ada hayat dikandung badan pada ketika itu?

Semua itu bercampur baur...

Namun Lempeng Daun Pisang tetap disuap ke mulut..hihihi
Lempeng  Daun pisang ini adalah Lempeng Pisang.Namun yang membezakan..ianya  di bakar beralas daun pisang untuk mengelakkan lengkit pada kuali serta menerbitkan aroma harum daripada daun pisang.Bahan mudah.Hanya 4 bahan + daun pisang.Langsung tidak menggunakan minyak kerana digantikan daun pisang sebagai alas.


LEMPENG DAUN PISANG
5biji pisang raja masak ranum
5 sudu tepung gandum(saya guna cap 🌹)
3 sudu kelapa parut putih + secubit garam 

1. Lenyek pisang dan campur  garam,kelapa dan tepung.Jika terlalu kental tambah sikit air.

2. Potong daun pisang selebar tapak tangan Boleh potong bulatan atau segiempat sahaja.

3. Letak sehelai potongan daun pisang atas kuali kosong yang sudah dipanaskan.Terus tuangkan beberapa sudu adunan dan ratakan atas daun pisang tersebut ( jangan sampai terlimpah dari daun pisang agar tidak melekat pada kuali)

4. Bila nampak bawahnya garing,letak pula sehelai lagi  potongan daun pisang agar bila diterbalikkan daun pisang diatas tadi akan berada dibawah menjadi pengalas supaya kuih  tidak melekat pada kuali.

5. Balik-balikkan sehingga garing san angkat

* Untuk sukatan ini sata dapat 2 pcs sederhana besar.


Saat diselak daun pisangnya ..harum aroma daun pisang tersebar disegenap deria bau.

 
Semakin hangus daun pisangnya lebih garing isi dalamnya.Namun terpulang sama ada mahu lebih garing atau cukup sekadar masak isi dalamnya..


Gandingkan bersama sambal tumis bilis dan secangkir kopi 0 panas sangat memancing deria rasa dan memori lalu terus bertandang dikotak ingatan.Saya kenal Lempeng Daun Pisang ketika tingkatan 2.Sebelum itu saya tidak kenal kerana tidak pernah nampak emak membuatnya gaya begini.Selalunya lempeng pisang emak dimasak dengan sedikit minyak seperti lempeng kelapa.

Namun,setahun selepas emak membuat keputusan berpindah membina rumah baru ditanah sendiri,kami mendapat jiran baru yang juga membina rumah baru ditanah mereka bersebelahan  menjadikan kami ada jiran baru yang datang dari Pantai Murni,Yan Kedah.Sejak  itu..setiap kali Ramadhan  hampir setiap hari jiran baru kami Chik Ma akan menghantar aneka kuih yang dibuatnya sendiri.Sesuatu yang kami tidak berpeluang merasai nikmat bertukar juadah  ketika masih menumpang di kampung lama walaupun  berjiran.Banyak kuih-muih yang saya kenal dari Chik Ma termasuklah Lempeng Daun Pisang ni.Setiap kali makan nampak Lempeng Daun Pisang ni pasti saya teringat Chik Ma.

Terima kasih Chik Ma kerana menjadi jiran yang cukup baik dan memberi kami cebisan kenangan yang masih boleh dijadikan ikutan.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-65


Salam Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ke-65 tahun.

Dok saja-saja cuti hari merdeka ni ..baca pi la


Malam tadi ke Majlis Sambutan Ambang Merdeka @ Dewan Al-Mukhlisin.Dapat jemputan daripada Masjid Al-Mukhlisin beberapa hari lepas.


Dok perati juga siapa la pengacara majlis ni..Macam ingat tak ingat.Sekali dengar En Asri cakap itu ialah Yang Jamil bersama salah sorang artis 90-an Kumpulan Utopia.Mmm..semua dah berubah fizikal dan umur termasuk yang menulis ni..hihihi


Pinggan jiran semeja..
Pinggan kita malu nak tunjuk...🤣

Nun di Kedah...mak & Aqil juga sedang menunggu Ambang Merdeka.Semua bersemangat tahun ni setelah 2 tahun sepi angkara Covid.


Ada kawan sekerja share bunga api kat Putrajaya malam tadi dia pi ngan famili.


Pagi ni seawal subuh plan nak ke Dataran Merdeka untuk sama-sama menyambut ulangtahun merdeka ni.Dari malam tadi sebelum tidur dah berniat nak pi naik LRT turun kat Stesen Bandaraya.Tak pun turun kat Stesen Masjid Jamek.Pastu jalan kaki celah-celah bangunan untuk ke Dataran Merdeka.Kalau turun awal..rasanya tak sesak sangat kot LRT.Kita hanya merancang...kannnn...hihihi


Ni ..kawan sekerja..Ekin post dalam group dia dan anak-anak pukul 6 pagi dah terpacak kat Dataran.Dapat la dok depan..


Pagi-pagi juga di Kedah sana...Aqil juga sedang menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah .
MERDEKA..!!!



Yang dok plan ni...hanya plan tapi tak pi pun...Lepas dah congak-congak..eh,masa nak pi memang la boleh susun pi awal..Nuuun masa nak balik nanti,sanggup ka nak berebut kat stesen dan dalam train sanggup ka nak berdiri lama-lama sebab sudah pasti la macam sardin manusianya ..

Akhirnya deside tengok perbarisan kat TV ja lah..

Mmm....sembang ja berdegar mengalahkan Mat Kilau ..Baru nak jalan kaki & berdiri dalam train ja pun dah tak sanggup!!!

Apapun Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

Tuesday 30 August 2022

NASI LEMAK DAUN SIMPOR

Semalam saya agak rajin...🤣


Saya masak Nasi Lemak Kuning Daun Simpur untuk dinner.

Tengok Nasi Lemak Daun Simpur auto teringat SK dan Sis Lin sebab depa selalu sebut makan kat Kongkong Laut...hihihi


Saya masak nasi versi nasi lemak kuning Kedah.Masak 2cawan beras perang Tapi resipi Semua c&p..resipi nasi dan sambal tumis ni saya hanya C&P dari oldpost saja.Tu yang sukatan dia agak banyak...

NASI LEMAK KUNING  KEDAH..
3cawan beras (sebaikknya beras jenis nasinya lerai)

3 cawan air( ikut jenis beras)

1 sudu teh garam
1 sudu besar gula(opsyen)

1sudu teh serbuk kunyit(boleh  guna pewarna kuning telur star brand 1/2 sudu)

1 daun pandan simpul
2 sudu minyak+ 1 sudu marjerin

Bahan Tumis:
2 biji bawang merah kecil- hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1 batang kulit kayu manis ( anggaran 3cm)
5 biji buah pelaga
2 kuntun bunga lawang
10 bunga cengkih
1/2 sudu besar lada hitam biji
1 helai pandan digunting2

1. Panaskan minyak+ marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan 3 cawan air( ikut beras). Kalau nak cepat..masukkan air panas baru mendidih
3. Tuang kan dalam rice cooker dan biar mendidih semula.Tambah garam,gula dan pewarna kuning
4. Sementara tu basuh beras dan toskan.
5. Bila air tumis dalam rice cooker dah mendidih baru masukkan beras dan pandan simpul..
6. Tanak hingga masak dan lerai2kan nasi semasa masih panas supaya terlerai cantik.



SAMBAL BILIS SIMPLE SEDAP

1mangkuk bilis belah bersih

1 mangkuk cili blend(-+ 30 biji cili kering) 

1/2 cawan bawang blend (1 biji bawang besar) 

1 sudu bawang putih blend(5 ulas) 

1 asam keping(boleh ganti 1/2 sudu teh pes asam jawa adabi) 

1 sudu teh penuh garam

1/4o keping gula nisan kerek (2 sudu gula melaka) 

1 cawan minyak

1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga rangup. 

2. Tanpa mengangkat bilis dsri minyak, terus masukkan bawang blend, cili blend & kacau rata. Masak hingga mendidih

3. Tambah asam keping, garan dan gula nisan/gula melaka. 

4. Masak dengam api perlahan hingga naik minyak. Sesuaikan rasa.


Daun simpur.Daun yang orang dulu-dulu buat bungkus tempe.

Ni pic tempe bungkus daun simpor ni dari oldpost saya 
TEMPE DAUN....kat sini

Ada yang panggil daun simpo..ada yang sebut simpor..ada yang cakap daun simpul..
Kalau mak saya sebut "daun sipo" ja...lagi pendek..hihihi

Sebelum ni saya pernah tulis sebagai NASI LEMAK DAUN SIMPO...kat sini
 


Daun simpur ni lebar dan licin mudah nak bungkus makanan.Lagi pun bila bungkus makanan sebenarnya dia ada aroma tersendiri.Tidaklah seharum daun dibungkus daun pisang tapi tetap ada aromanya sendiri.


Makan nasi lemak terus isi dalam pinggan kalau banding dengan makan dalam bungkusan daun..lain feel dia.
Makan dalam bungkusan bila buka saja bungkusan tu..aroma daun menerpa hidung .

Kena pula dengan kopi O panas..Memang mengasyikkan.

Oleh kerana saya hanya berdua dengan anak bujang ,saya hanya buat empat bungkus sahaja..Rajin kan saya?

🤣🤣🤣🤣

Monday 29 August 2022

UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL TUMIS IKAN BILIS vs KOPI O PANAS

Saya baru dapat mencicip Ubi Kayu Rebus ni tepat pukul 12.20 tengahari.Kesibukan urusan dunia....hingga tak sempat nak sarapan tadi...sempat teguk air kosong sahaja sebotol kecil...hihi



Ni baru ada kelapangan dapat menjamah Ubi Kayu Rebus ni.


Sambal yang sedap ni Kak Izzah masak dan bawa mai.


Saya amik sikit sambal..
Dulu zaman anak-anak masih sekolah, saya akan buat sarapan nostalgi setiap pagi Hari Merdeka.Kali ni nampaknya pagi merdeka saya akan sarapan sorang-sorang.Maka,sarapan nostalgia tu kita advance kan makan hari ni.....aci la kan..hihihi

Ubi tu pula beli kat pasar hari Sabtu 5kg.


Ros pula bawa dalam 10kg.Ni sebahagian pic ubi yang Ros hantar kat saya bgtau dia dah cabut ubi tepi rumah dia.
 

Brrrrr.....sambil makan sambil menaip entri ni..hihihi
Elok habis taip...habis makan...
Alhdulillah...

Sunday 28 August 2022

MEE MAGGI KETAM SEKOR


Tadi masak Megi Ketam.
Cella request sejak semalam...

Upah dia teman pergi pasar.Dia minta nak makan ketam.Hihihi...sejenis hidupan laut yang sangat jarang saya beli.Selain harganya  4½ kali ganda daripada harga ayam...haiwan ini juga saya tidak pandai nak pilih yang mana elok dan yang mana sebaliknya...Sering terjadi masa beli nampak elok tapi bila bawa balik ia membusuk dan isinya medak iaitu seperti isi reput..


Namun,bila anak yang meminta,seorang mak itu jarang berkata tidak.Tawakkal saja la pilih 2 ekor ketam betina...tidak sampai ½kg. 400gm++ RM22


Setelah buka cengkerang dan keluarkan isi perutnya,Cella request lagi agar jangan dikerat ketamnya.Dia nak makan sekor-sekor.Cengkerang ketam juga dia nak..Nak masak dengan megi katanya.Maka selepas dah kopek cengkerang dan basuh maka dipasangkan semula cengkerangnya untuk nampak.seekor ketam..

Panas dua sudu minyak.Tumis bawang cincang.Tambah tomato cincang dan cili padi hiris.Tuang air dalam   1½ cawan.Bila mendidih tambah serbuk perencah megi kari dan biar mendidih hingg ketam masak,baru masukkan mee meginya..Bila mee kembang terus matikan api.Tabur daun sup dan perahkan sedikit limau nipis agar beraroma segar.


Mee Maggi Ketam Sekor.

NASI GORENG PETAI SARDIN


Tengah makan Nasi Goreng Petai Sardin ni ..


Tinggal berdua dengan Cella..malasa nak masak lauk bagai..Cella tengah  membaking...mood rajin apakah dia tak tau la tetiba rajin nak baking...hihihi

Oleh kerana dia takmau makan nasi...maka saya goreng nasi letak sardin.Dah beberapa kali bila saya masak sardin dan dia makan..matanya auto membengkak semula.Maka dia dah tak berani makan sardin.Ni saya masak nasi goreng petai letak sardin sebab dia kata dia tak mau makan nasi goreng ni.Dia nak buat megi ketam jap lagi katanya.

Semerbak bau petai....hihihi..


Selambak isi petai..Besar-besar isi petai ni..
Kebetulan ada stok sambal belacan dapat banyak masa beli laksa johor.Ada ke siberinya 1 palastik lauk tu sambal belacannya..Saya simpan buat goreng nasi dan buat masak sardin.Memang mudah kerja.

Saya hanya panaskan minyak.Tumis sambal belacan.Masukkan 1 tin kecil sardin macerel dan garam gulanya..Tambah isi petai..terus masukkan nasi.Saya gunakan nasi beras perang sebab tiada stok beras putih.Saya dan anak-anak memang menyukai beras perang.Cuma hari tu try nak tukar Beras Perang Somaly..Oh,no....rasanya tawar sangat..Sempat masak sekali sahaja.Terus back tu Beras Perang Jasmine Sun Brown...Tanak guna air sikit saja baru rasa sedap "berkacang".Kalau masak guna air banyak..rasa tawar...Tekak saya la..🤭


Petai kiriman mak hari beberapa hari lepas.
Semalam cerita petai belalang ..Tu haa petai belalang kat belakang.Dua jenis petai la...

Mata petai terbeliak macam mata burung hantu

Cerita semalam ..Mengarang pun semalam ni ..Tapi lupa nak publish ..Hari ni baru perasan..hihihi

Saturday 27 August 2022

PERNAH MAKAN PETAI BELALANG?

Hari Jumaat kelmarin,saya ada urusan di LHDN, Bangi .Adah drive kerana kebetulan Jumaat tu dia cuti.Lagipun saya risau parking susah.Jadi kalau berdua,sekirang-kurangnya dia tunggu dalam kereta,saya boleh masuk dalam.Tapi mungkin sebab pergi awal,belum 7.30 kami dah sampai maka parking visitor  masih banyak.Masuk parking kat visitor parking  belakang bangunan  tu.Parkingnya setinggi aras satu.


Tepi dinding parkingnya berjuntai dahan dan ranting pokok petai belalang liar ini.Saya menjenguk ke bawah tembok,ingin melihat dimana pangkal pokok petai ini.Oh rupanya pangkal pokoknya betul-betul di luar pagar bertenggek di tebing sungai yang luas...Bermaksud pokok ini tumbuhnya di rizab sungai dan bukan milik perseorangan.Boleh la saya petik. hihihi ...


Lebat betul buahnya..Ada yang baru berputik muda dan ada yang sudah tua..Nampak isi mata petainya terjojol menandakan sudah tua.
Kalau di kampung zaman kanak-kanak berebut kami mengait petai belalang ini.
Selalunya pokok Long Sakri  dan pokok Mok Haq menjadi tumpuan kami semua.Buah yang masih muda dan rangup bila dipatahkan menjadi pilihan mak-mak untuk dijadikan ulam .
Buah tua kami koyakkan kulit,makan isinya.Buah muda kami kunyah hingga berbuih mulut...Kemudian berlawan hembus nafas siapa paling kuat bau petainya..Tak senonoh betul..!!


Tidak kurang yang sudah hitam..Sangat banyak dan boleh dicapai tangan.


Ada yang menjadikan biji-biji petai belalang yang sudah kering ini sebagai teh untuk mengubati penyakit kencing manis..Wallahua'lam....
Tapi saya pernah menonton youtube daei seberang...Biji -biji petai belalang yang sudah kering ini di rendam menjadi kecambah petai 
( tauge petai belalang) dan dimasak menjadi lauk yang enak.
Unik kan?
Saya kongsikan link youtube yang saya maksudkan iaitu
TAUGEH PETAI BELALANG ( tapi merek sebut petai belalang ni sebagai "Klandingan")
untuk pengetahuan kita bersama.Alang-alang menonton..boleh bantu like, subcrib & share...🤭Saya tiada apa kepentingan,cuma sebagai sokongan kerana  seronok mendapat info kuliner dari warga nusantara sana...hihihi


Inilah hasil petikan petai belalang  semalam tu..🤭

Ada dalam 3 jambak saya petik buah yang sudah tua...

Jom ,kita koyakkan kulitnya untuk ambil biji petai belalang..

Saya masak Nasi Goreng Beras Perang bersama biji petai ni...ala-ala nasi goreng petai la ..versi petai belalang..


Biji yang tua campur nasi goreng.Buah yang masih muda saya kunyah rangup sekali..


Ini buahnya yang masih muda..rangup dan sangat sedap dijadikan ulam mentah.

Pucuknya juga tidak kurang enak sebagai ulaman..
Sayangnya kerana ulaman sesedap ini tiada siapa yang peduli.Terbiar kering dipohon.Di tempat kerja saya juga ada beberapa pohon petai belalang ni tapi pohonnya tinggi dan tak tercapai tangan.Di persekitaran perumahan saya juga sangat banyak pepohon petai belalang ni tumbuh liar di tanah DBKL tu.Selalu menjadi bahan bakar dan semak samun tidak terbela sahaja.Namun saya segan nak pergi petik...Bukan takut semak-samun tu tapi lebih kepada takut orang pelik tengok ....hihihi
Karang orang ingat saya membalak secara haram pulak🤣🤣

JALAN-JALAN DALAM PASAR

 Malam tadi Cella tanya ada plan nak kemana ke pagi esok..Maksudnya pagi ni la.


Bila cakap nak ke pasar cari ubi kayu dan pisang,dia cakap dia nak ikut.Katanya dah lama tak ke pasar.Ya la..sejak dah habis sekolah rasanya dia dah tak ikut.Kalau dulu zaman sekolaj rendah hingga sekolah menengah,memang mengekor mak dia ja..hihihi

 

Tidak lah berhajat nak membeli sayur dan ikan bagai pun.


Bawang-bawangan pun tidak berniat nak beli pun..


Nampak meriah orang bersarapan dalam pasar.Ada macam-macam.Nasi lemak,mihun,nasi kerabu..kuih muih..lontong..soto..roti canai..roti john..apam balik..Eh,lempeng pun ada..Ajak Cella sarapan lempeng kat sini..Cella taknak ...dia kata takut nanti tak sempat balik nak berry pulak..hihihi


Buah-buahan pun ada tapi tidaklah semeriah 20 tahun dulu.Tempat makin tersusun dan kemas nak banding 20 tahun dulu bum berbumbung tapi kemeriahan tidak lagi seperti dulu...Banyak kenangan pasar ni.Tapi penat nak mengutip kenangan-kenangan tu..🤣🤣

Cella terpaku kat tempat siput ni.Masih lagi saya ingat 25 tahun dulu sekilo siput belitung ni baru RM1.70..hihihi....padanla dah 25 tahun kan....

Sekarang ½ kg ni RM15...Maknanya sekilo RM30 la...



Visi mencari ubi kayu dah jumpa.Sekilo RM5..Saya beli 5 kilo.Sebenarnya dah pesan kat Ros saya nak ubi kayu 15 kg tapi Ros kata dia tidak ke kebun.Dia hanya dapat gali  belakang rumah ya dapat dalam 5kg sahaja.Jadilah 5+5 dapatlah 10kg.Plan saya nak rebus ubi  cicah sambal tumis dan kelapa parut dilawankan dengan kopi 0 panas untuk makan ramai-ramai 30 Ogos ni sebelum kita sambut ulangtahun kemerdekaan pada 31 Ogos.Selalunya setiap tahun saya akan rebus ubi buat sarapan bersama anak-anak  pada 31 Ogos.Tapi tahun ni saya ubah pula nak ajak kawan-kawan makan ubi kayu rebus pada 30 Ogos sebab 31 semua cuti kan...Tapi itu perancangan saya...Ketentuan Allah tak tahu la macamana..Kalau jadi,maka saya akan cerita la kat sini nanti🤭

Kalau tak....saya diam-diam🤣🤣🤣🤣

Kesudahannya dah beli ubi kayu....pisang raja..

pisang emas...ayam..ketam,cili padi...timun,jering... dan...

Ni haaaa...
Pulut Udang aka Pulut Panggang.Beli 4 pcs saja sebab hanya kami dua beranak.Anak bujang tu kerja.Adah pula,pagi-pagi lagi pergi kenduri kahwin kawannya kat Batang Berjuntai...Eh,Batang Berjuntai dah lama tukar nama jadi Bestari Jaya kan....hihihi..

Selesai ke pasar,belanja la pula anak dara tu breakfast Mc Muffin.Sebab breakfast lambat tadi,maka skip la lunch...

Eh,belum Asar,perut ni dah berbunyi minta nasi...Ok....nak pi dapoq sat....kena masak nasi juga nih....Hihihihi