Saturday 27 August 2022

JALAN-JALAN DALAM PASAR

 Malam tadi Cella tanya ada plan nak kemana ke pagi esok..Maksudnya pagi ni la.


Bila cakap nak ke pasar cari ubi kayu dan pisang,dia cakap dia nak ikut.Katanya dah lama tak ke pasar.Ya la..sejak dah habis sekolah rasanya dia dah tak ikut.Kalau dulu zaman sekolaj rendah hingga sekolah menengah,memang mengekor mak dia ja..hihihi

 

Tidak lah berhajat nak membeli sayur dan ikan bagai pun.


Bawang-bawangan pun tidak berniat nak beli pun..


Nampak meriah orang bersarapan dalam pasar.Ada macam-macam.Nasi lemak,mihun,nasi kerabu..kuih muih..lontong..soto..roti canai..roti john..apam balik..Eh,lempeng pun ada..Ajak Cella sarapan lempeng kat sini..Cella taknak ...dia kata takut nanti tak sempat balik nak berry pulak..hihihi


Buah-buahan pun ada tapi tidaklah semeriah 20 tahun dulu.Tempat makin tersusun dan kemas nak banding 20 tahun dulu bum berbumbung tapi kemeriahan tidak lagi seperti dulu...Banyak kenangan pasar ni.Tapi penat nak mengutip kenangan-kenangan tu..不不

Cella terpaku kat tempat siput ni.Masih lagi saya ingat 25 tahun dulu sekilo siput belitung ni baru RM1.70..hihihi....padanla dah 25 tahun kan....

Sekarang ½ kg ni RM15...Maknanya sekilo RM30 la...



Visi mencari ubi kayu dah jumpa.Sekilo RM5..Saya beli 5 kilo.Sebenarnya dah pesan kat Ros saya nak ubi kayu 15 kg tapi Ros kata dia tidak ke kebun.Dia hanya dapat gali  belakang rumah ya dapat dalam 5kg sahaja.Jadilah 5+5 dapatlah 10kg.Plan saya nak rebus ubi  cicah sambal tumis dan kelapa parut dilawankan dengan kopi 0 panas untuk makan ramai-ramai 30 Ogos ni sebelum kita sambut ulangtahun kemerdekaan pada 31 Ogos.Selalunya setiap tahun saya akan rebus ubi buat sarapan bersama anak-anak  pada 31 Ogos.Tapi tahun ni saya ubah pula nak ajak kawan-kawan makan ubi kayu rebus pada 30 Ogos sebab 31 semua cuti kan...Tapi itu perancangan saya...Ketentuan Allah tak tahu la macamana..Kalau jadi,maka saya akan cerita la kat sini nanti五

Kalau tak....saya diam-diam不不不不

Kesudahannya dah beli ubi kayu....pisang raja..

pisang emas...ayam..ketam,cili padi...timun,jering... dan...

Ni haaaa...
Pulut Udang aka Pulut Panggang.Beli 4 pcs saja sebab hanya kami dua beranak.Anak bujang tu kerja.Adah pula,pagi-pagi lagi pergi kenduri kahwin kawannya kat Batang Berjuntai...Eh,Batang Berjuntai dah lama tukar nama jadi Bestari Jaya kan....hihihi..

Selesai ke pasar,belanja la pula anak dara tu breakfast Mc Muffin.Sebab breakfast lambat tadi,maka skip la lunch...

Eh,belum Asar,perut ni dah berbunyi minta nasi...Ok....nak pi dapoq sat....kena masak nasi juga nih....Hihihihi

4 comments:

  1. Pasar SB kah? Kalau ammi gi pagi tadi confirm bersenggol bahu walaupun ammi tak kenal rupa Mamacella

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kalau tidak.... boleh la ajak makan lempeng kan...
      Dulu awal-awal tahun 2000-an saya rajin ke pasar tu..
      Sekarang setahun sekali pun jarang pergi...

      Delete
  2. Esok pagi nak ke pasar... pasar tani...pasar rakyat .... pasar ikan! Harap dapat bangun awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah....pasti seronok...Kalau dekat,nak ja saya tumpang sekali ke pasar tani tu ...hihihi

      Delete