Friday 19 August 2022

KEK PANDAN GULA MELAKA TIMBAL BALAS BUBUR ASYURA

 

Alhamdulillah...
Semalam dapat rezeki Kek Pandan Gula Melaka yang sedap ni...


Kisahnya saya nak panjangkan kepada Juliana bubur asyura yang saya bawa balik tu.
Anak-anak saya takda sorang pun yang suka bubur asyura.Jadi yang bawa balik tu,malamnya saya terus alter..tambah santan dan kacau semula hingga capai citrasa lidah saya..hihihi.Pastu saya masukkan dalam bekas untuk bagi kepada Juliana.
Juliana @Jue ni dulu sama tempat kerja tapi sekarang dah bertukar jauh sikit.
Lagi sorang buat saya terkenang bila masak bubur asyura ni ialah Kak Manja..Tapi nak hantar jauh naw kat Kampung Tok Dagang NS nun...

Beg berisi bubur asyura tu saya tinggalkan kat pondok jaga untuk Jue pick up


Bila wasap Jue bagitau nak bagi bubur asyura tu,kemain suka Jue.
Jue ni bukan orang utara,tapi orang Selayang,Selangor.Tapi dia punya suka bubur asyura utara.Sebab tu kalau buat bubur asyura teringat kat dia.
Eh,sekali dia wasap cakap dia ada hantar sesuatu..


Dalam pukul 11.45...dapat masej dari rider suruh turun ambil 


Kek Pandan Gula Melaka..
Cantik kotaknya..



Semerbak bau bila dibuka.Rasanya jiga sangat sedap kerana keknya bukan kek span.sebaliknya butter cake dan topping pun butter..haaaa,sendiri mau kira la kalorinya..🤭.
Tapi kalau dah sedap,siapa yang nak fikir kalori..Ala,bukan selalu...😁


Terima kasih Jue...
Semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang halal dan barokah untuk Jue.
Benarlah janji Allah bahawa memberi /bersedekah itu tidak akan mengurangkan,malahan akan membuat rezeki bertambah.
Apalah sangat bagi bubur asyura ja pun...
Dapat timbal balasnya...
Kek Pandan Gula Melaka..


4 comments:

  1. Alhamdulillah, tidak berkurangan balasannya. Kalau pun Jue tidak membalas, mungkin akan ada balasan yang lain dari Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Saya pun kalau dapat kek yang sedap begini mana nak lepas peluang. Mesti nak ngap puas-puas. Dah tak nampak dah segala datuk nenek kalori tu kihkihkih.

    ReplyDelete
  3. Bab nak diet mesti nak jaga makan tapi klau ada orang memberi kek yang sedap kita bedal je..hehe

    ReplyDelete