Tuesday 2 August 2022

SARAPAN PULUT PAGI PES KACANG MERAH

Pagi tadi kat perumahan saya angin kuat dan langit nampak gelap.Sampai tempat kerja rupanya sana dah hujan pun.Hujan-hujan perut cepat lapar.Terus jerang air nak buat kopi O.


Sekali Shifa call kata dia ada beli pulut pagi.Nanti dia bawa naik atas..


Dia beli 4 bungkus.Sebungkus dia dah makan..Ada lagi tiga.Ada juga sebekas kuih akok dan sebungkus nasi kapik sambal nyor Kelantan style..

Sebenarnya dalam pukul 7.30 tu hujan berhenti sekejap..Oleh kerana hari ni tak bawa bekal...saya minta Ruby keluar beli roti canai sebab dia naik motor,senang sikit bak keluar.

Dalam kehujanan Ruby & Yati meredah balik dari beli roti canai.Rupanya sebaik depa sampai gerai roti canai,hujan turun semula.Saya tanya kenapalah hangpa tak terus saja makan roti canai dan minum teh tarik kat sana hingga hujan teduh.Kata depa gerai roti canai full house dengan pelanggan lelaki yang terperangkap dalam hujan terutama yang pi kerja naik motor.Tu sebab depa dua tu redah balik juga dalam hujan.Tak tau pula Shifa dah bawa pulut pagi.Kalau tau tak payah beli roti canai dah.Sudahnya roti canai 8 keping tak habis..Sebab pakat teringin pulut pagi Kelantan ni



Sedap betul pekena pulut pagi vs kopi 0 dalam cuaca hujan pagi tadi.


Pandangan bahagian atas ..Bukan pulut kuning tau..Tu la pulut pagi yang Shifa bawa tadi.Tu warna coklat muda warna pulut yang dimasak bersama gula nisan Kelantan.Saya suka ja kalau dah namanya pulut.Dah lama tak masak pulut pagi Kelantan ni.

Rasanya dulu rajin juga saya masak pulut pagi..Cari dalam oldpost...

jumpa posting 2013

PULUT PAGI ......kat sini

Eh...bila selak oldpost lagi...

Laaa..2022 ni pun dah pernah masak PULUT PAGI KOPI O...kat sini

Nampak sangat suka makan...hihihi


Tapi specialnya pulut pagi sarapan pagi tadi ialah adanya pes kacang merah bersama pulut dan kelapa tu.Sekali imbas macam pulut inti pulak.

Yang putih tu bukan pulut tapi kelapa tau..Yang gelap tu la pes kacang merah dan yang coklat cair tu pulutnya...kompius sikit kan...hihihi

Selalu jumpa pulut pagi dicampur kacang mata hitam atau kacang merah rebus..Yang ni guna pes kacang merah macam inti pau tu tapi bukanlah semanis inti oau tu..Sedap sebab terasa macam pes homemade.Kacang merah terasa lemak-lemak dan kurang manis.
1st time saya makan pulut pagi ada pes kacang merah ni..
Kata Shifa ...pulut pagi ni juga memang ori datang dari Kelantan by bus.Hari tu makan Nasi Dagang Kak Chik katanya ori dari Kelantan by flight...kali ni makan makanan yang naik bas pulak..hihihi
Alhamdulillah...syukur atas nikmat dan rezeki yang Allah kirimkan untuk kita semua..🤲🤲

12 comments:

  1. baru 1st time nampak pulut pesen gini..

    rumah ammi pun angin bukan main kencang pagi tadi...masa anak-anak nak keluar ke sekolah ngam2 hujan turun, terpaksalah abahnya hantar naik kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti anak-anak seronok....
      Hujan rahmat,dapatlah babah hantar ke sekolah..hihihi

      Delete
  2. First time nampak pulut pagi yang camtu. Biasanya nampak yang ade inti kelapa tu. Tp sebagai anak jawa asli, pulut cicah sambal bilis jugak yg jadi feveret. Hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Wong Jowo suka pulut sambal ye..
      Kita pun suka pulut dengam sambal @ pulut kelapa ikan masin vs kopi 0

      Delete
  3. Pulut pagi ni, petang2 mesti tak ada jual dah kan 😜

    ReplyDelete
  4. Comelnya pulut pagi pes kacang merah, siap ada kelapa lagi dihujung tanduk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kreatif orang berniaga sekarang...benda biasa boleh nampak luar biasa bila dibungkus comel

      Delete