Thursday, 11 August 2022

TAPAI UBI GORENG CELUP TEPUNG

 

Tapai Ubi Goreng Celup Tepung...
Ingat dah habis cerita MAHA...
Eh, ada lagi五
Ni ha ...tapai ubi goreng

Menggoreng tapai ubi celup tepung ni kalau tak kena gaya mudah kehitaman sebab kandungan gula yang tinggi dalam tapai tu..
Tips dia minyak jangan terlalu panas & better tepung celup tu biar cayaq ceroi..Celup tapai dalam tepong cayaq ceroi tu dan goreng.Bila nampak bawah dah garing,balik-balikkan dan curahkan better cair tadi sesudu dua atas permukaan goreng.Biar sekejap bagi better tu melekat atas gorengan dan balik-balikkan lagi hingga garing.Kalau nak salutan tebal buat beberapa kali curahan better cair tu.In sha Allah menjadi..


Tapai Ubi...Saya buat sebekas ni saja..

Ada baki 4 bekas lagi.Beli 3 bekas ni kat MAHA
 ( bahagian Castle Of Fruit tu)
Sebekas RM3.50
Saya membayangkan rasa  tapainya seperti yang saya inginkan.Namun bila dijamah ...oh,macam over fermented...dah mula rasa gas..
Makanya saya jadikan tapai goreng celup tepung macam pisang goreng tu.
Alhamdulillah habis.Seketul Cella makan dan bakinya Cella....punya mak habiskan不

Sebabnya saya juga gorengkan megi


Makanya pastilah orang muda memilih megi..Orang lama(bukan tua五) memilih tapai goreng..hihihi
Saya  baru sahaja berjinak dengan tapai ubi.Masuk umur 40-an baru reti makan tapai ubi.Selama ni saya hanya suka tapai pulut kerana dulu mak rajin buat tapai pulut.Tapai ubi memang mak tak pernah buat dan saya tak pernah kenal tapai ubi hinggalah dok KL baru kenal tapai ubi.Tapi pertama kali makan dan beberapa kali makan tapai ubi, pada saya sangat tak sedap dan  memang tak boleh telan.Sehinggalah saya bertemu tapai ubi yang sedap @ Pasar Tani Bandar Permaisuri.
(setiap pagi Sabtu @ belakang Stadium Bola Sepak KL).
Rupanya tapai ubi juga ada sedap yang tersendiri.Selama ini saya dok jumpa tapai ubi yang tak sedap.Setelah itu dah banyak jumpa tapai ubi dan beli..tapi belum lagi ketemu tapai ubi sesedap kat pasar tani tu.Manalah tau kot ada yang taste macam saya..tapai ubi yang saya maksudkan tu dijual di gerai sayuran kampung + sayuran lain juga dan menggunakan ubi kayu kuning.

Walau bagaimanapun,tekak saya belum boleh menerima tapai nasi.Pernah beberapa kali cuba tapai nasi @ Sarawak tapi tekak belum menerima.Tak tahu la mungkin ceritanya sama macam tapai ubi iaitu saya belum jumpa yang sedap atau memang kerana kat belah kampung saya tapai nasi ni dikaitkan dengan "nam dot" iaitu air tapai yang memabukkan dalam kalangan masyarakat Siam.Itu cerita mak saya dulu-dulu la.Sekarang tak tau ada lagi ka dak..

Ish tetiba teringat kesedapan tapai ubi kuning kat pasar tani tu..
Macam nak pi cari la pulak Sabtu ni tapi dah plan nak menyampret Sabtu ni..
Kita wait & see lah...

16 comments:

  1. Betul. Saya pun lebih suka tapai pulut. Tapai ubi masih belum masuk dalam list "makanan feveret". Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      Tak mustahil satu hari nanti jadi suka..Buktinya..saya la tu

      Delete
  2. Saya makan tapai ubi dari kecik. Selalu tengok emak buat tapai, dan tolong buat tapai. Kalau bulan puasa emak suka goreng tapai ubi tapi salutan tepungnya cantik warna kuning keemasan. Mungkin tapai ubi baru masak, tidaklah berair dan bergas.Kadang-kadang emak buat rocoh tapai, bubuh ais batu, tambah air, sirap gula dan biji selasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah emak akak pun pernah buat tapai goreng tu. Biasanya guna tapai ubi yang masih mengkal. Bila dah kahwin, mak mertua pula ajar makan rocoh. Sekarang buat bila suami nak makan.

      Delete
    2. Ha... betul, tapai yang masih mengkal.

      Delete
    3. Wah...mesti dah expert buat tapai ubi ni...
      Cikgu,nanti posting la pasal buat rocoh tu..Saya Google belum ada rocoh

      Delete
  3. Dana memang suka tapai ubi, suka makan gitu je bila kawin dengan orang terengganu depa goreng dengan tepung. Pernah cuba tapi tak boleh terima lak rasanya tu hahahah suka lagi yg biasa gitu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...guna tapai yang mengkal yer .Mesti lagi sedap kan.
      Ini yang saya goreng ni tapainya dah over fermented五

      Delete
  4. SS lebih suka tapai pulut berbanding tapai ubi. tapi entry ni, menarik kejadian tapai ubi gorengnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu tak makan tapai ubi..manusia berubah-ubah..tapi tapai pulut tetap suka sampai sekarang五

      Delete
  5. Wait & see noo Mak Cella :D
    Sy pun bila dok KL ni baru reti makan tapai ubi. Di tmpt kita biasanya tapai pulut la kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...
      Saya rasa macam tak pernah jumpa kot tapai ubi kat tempat kita..
      Lebih familiar tapai pulut kan

      Delete
  6. Mesti yang Mak Cella makan tu, orang tu tak pandai buat tapainya. Sy pu n kadang ghisau nak beli sebab pernah jumpa yg tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la .
      Sebab ada ja yang sedap macam kat pasar tani tu kan...

      Delete
  7. Jaman dulu2 emak wak selalu buat tapai ubi sebab banyak tanam ubi.
    Wak suka minum air dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh,tapai ubi juga berair macam tapai pulut yer?
      Nampaknya betul la tapai ubi yang saya beli kurang menjadi sebab tidak berair.
      Tapi kalau tapai pulut,saya juga suka minum airnya.Kalau banyak,letak dalam gelas + ais..nyaman

      Delete