Wednesday 31 August 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-65


Salam Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ke-65 tahun.

Dok saja-saja cuti hari merdeka ni ..baca pi la


Malam tadi ke Majlis Sambutan Ambang Merdeka @ Dewan Al-Mukhlisin.Dapat jemputan daripada Masjid Al-Mukhlisin beberapa hari lepas.


Dok perati juga siapa la pengacara majlis ni..Macam ingat tak ingat.Sekali dengar En Asri cakap itu ialah Yang Jamil bersama salah sorang artis 90-an Kumpulan Utopia.Mmm..semua dah berubah fizikal dan umur termasuk yang menulis ni..hihihi


Pinggan jiran semeja..
Pinggan kita malu nak tunjuk...🤣

Nun di Kedah...mak & Aqil juga sedang menunggu Ambang Merdeka.Semua bersemangat tahun ni setelah 2 tahun sepi angkara Covid.


Ada kawan sekerja share bunga api kat Putrajaya malam tadi dia pi ngan famili.


Pagi ni seawal subuh plan nak ke Dataran Merdeka untuk sama-sama menyambut ulangtahun merdeka ni.Dari malam tadi sebelum tidur dah berniat nak pi naik LRT turun kat Stesen Bandaraya.Tak pun turun kat Stesen Masjid Jamek.Pastu jalan kaki celah-celah bangunan untuk ke Dataran Merdeka.Kalau turun awal..rasanya tak sesak sangat kot LRT.Kita hanya merancang...kannnn...hihihi


Ni ..kawan sekerja..Ekin post dalam group dia dan anak-anak pukul 6 pagi dah terpacak kat Dataran.Dapat la dok depan..


Pagi-pagi juga di Kedah sana...Aqil juga sedang menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah .
MERDEKA..!!!



Yang dok plan ni...hanya plan tapi tak pi pun...Lepas dah congak-congak..eh,masa nak pi memang la boleh susun pi awal..Nuuun masa nak balik nanti,sanggup ka nak berebut kat stesen dan dalam train sanggup ka nak berdiri lama-lama sebab sudah pasti la macam sardin manusianya ..

Akhirnya deside tengok perbarisan kat TV ja lah..

Mmm....sembang ja berdegar mengalahkan Mat Kilau ..Baru nak jalan kaki & berdiri dalam train ja pun dah tak sanggup!!!

Apapun Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

8 comments:

  1. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 tahun.
    Marilah pertahankan kemerdekaan tanah air kita dari segala bentuk penjajahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka juga untuk Cikgu Amie..
      In shaa Allah sama2 kita panjatkan doa agar negara tercinga ini dalam jagaan Allah s.w.t.

      Delete
  2. Takpa MC, tahun ni pasang niat dulu haha ...
    PH pun tengok kat TV ja perarakan pagi tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      Menonton TV pasti terimbau kenangan menonton TV pada setiap 31 Ogos ketika zaman kanak-kanak.Walau belum mengerti erti merdeka tapi semangat patriotik sudah tersemai

      Delete
  3. Selamat menyambut hari kemerdekaan, SA xde aktiviti ke arah sambutan merdeka cuma aktiviti anak buah bertunang je...hehehe...rajin nanti SA update ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ..seronok dapat makan kenduri bertunang..Saya suka makan kenduri..hihihi

      Delete