Tuesday 23 August 2022

KUIH LAPIS BUNGA SAKURA

 

Kuih Lapis Bunga Sakura.Dah lama berangan nak buat kuih lapis bunga sakura ni tapi tiada acuan bunga sakura ni.


Bila dah ada acuannya.kerajinan pula ke laut dalam.Namun perkara baik atau sebaliknyakalau dizikirkan selalu disebut-sebut ianya menjadi sebuah doa.Maka jomlah kita sama-sama didik hati menyebut perkara-perkara yang baik sahaja walaupun kita hanya insan biasa yang sangat tidak sempurna.Mungkin asbab dok menyebut nak buat kuih lapis bunga sakura ni maka menjadi lah agaknya sebuah doa tu...


Terhasil lah Kuih Lapis Bunga Sakura yang saya rasakan sangat comel dan sayang nak makan
 ( ya ka sayang nak makan) hihihihi...


Oleh kerana ini percubaan pertama,maka ia lebih kepada try & error sebelum dapat tune baik dari segi adunan,ketebalan dan juga pemilihan warna.
Untuk kali pertama ini saya hanya bermain dengan warna plain,hijau pandan dan merah rose sahaja.Mungkin lain kali nak main dengan warna purple dan baby blue pula .Sejak kecil saya ni peminat merah tapi entah bila tiba-tiba bila dah tua saya dapati saya smeankin cenderung dengan warna purple pula.



Hanya 6pcs silicon mold ni yang dibeli dari shopee oleh anak bertuah tu untuk saya....Jenuh nak tunggu sejuk dan nak keluarkan kuih sebab tiada acuan lain dah nak rotate..hihihi
Lepas ni kena order lagi la acuan ni. Kalau ada dalan 2 dozen ka baru syok sikit nak buat..Kelebihan acuan silicon ni dia mudah nak urus tapi kalau acuan yang material plastik dia lagi tinggi dan kukuh.


1st trial...
Saya isi tidak begitu penuh acuan.Hasilnya kuih nampak nipis dan tidak begitu stabil.

Resipi saya hanya guna resipi KUIH LAPIS CANTIK DAN KENYAL ....di sini

KUIH LAPIS BUNGA SAKURA


1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
3 ¼ cawan santan
¾ cawan gula
½ sudu teh garam
Pewarna makanan yang digemari.

1. Blend tepung gandum,tepung ubi,garam,gula dan santan hingga sebati.


2. Bahagikan adunan kepada 2.Satu bahagian biar putih dan 1 bahagian lagi untuk apa-apa warna yang digemari.

( Bahagian untuk berwarna tu boleh cedok sikit-sikit isi dalam bekas lain baru campur warna supaya boleh buat banyak warna)


3. Panaskan kukusan hingga air mendidih 


4. Sapu minyak pada acuan dan panaskan acuan kosong yang disapu minyak selama 2-3 minit.


5. Tuang sedikit aduan putih.Jangan tuang penuh tapi hanya  sekadar menutup hujung bunga sahaja.Kukus 3 minit.


6. Tuang pula adunan bewarna hingga menutup tengahnya .Kukus lagi 3 minit.


7. Ulang melapis dan mengukus berselang seli warna hingga acuan penuh.


8. Lapisan terakhir kukus lebih lama iaitu anggaran 5 minit.


9. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan.



Tips:

** Lebih baik beli acuan agak banyak supaya sementara menanti kuih sejuk dah boleh guna acuan lain.


*** Setiap lapisan hanya lebih kurang sesudu sahaja adunan.Lagi kecil acuan,lagi sikit kita guna adunan untuk melapis 


**** Kukus setiap lapis hingga benar-benar masak sebelum tuang adunan seterusnya supaya bila kuih dah masak dan sejuk boleh dibuka selapis demi selapis.Jika adunan tidak masak sempurna nanti kuih kurang cantik dan sukar nak buka selapis demi selapis.


Ni  saya guna lapisan hijau dan putih.Belajar dari pengalaman yang warna putih merah tadi dapat lah baiki..
Kena isi adunan hingga betul-betul penuh baru kuih cantik dan tebal.

Bunga Sakura senonim dengan Negara Matahari Terbit,Jepun.Tapi kat Malaysia pun ada bunga sakura versi Malaysia la.
Namun bila disebut bunga sakura saya lebih teringatkan salah sebuah lagu nyanyian Kumpulan Mega ..

SEKUNTUM BUNGA SAKURA... DI GURUN SAHARA

Mega

Engkaulah sekuntum bunga sakura
Mekarmu di tempat indah dan dingin
Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
Oh panas dan kering tiada apa nak ku bangga

Kau pastikan layu disampingku
Oh Sakura
Pulanglah sayang ke tempat asalmu
Di sini kuragukan
Kejelitaanmu kan jadi debu

Jangan kau sandarkan cinta padaku
Oh Sakura

Jangan kau fikirkan kerana cinta
Gurun Sahara akan menjadi hutan rimba

Pulanglah sahaja wahai gadisku
Oh Sakura

Sumber: LyricFind

 



Inilah hasilnya kuih lapis bunga sakura..
Jom kita pakat buat untuk hidangan meluarga dan juga untuk tetamu.Kalau bak bawa ke majlis pun tak la segan walau hanya kuih lapis kan...hihihi.
Kalau kita masak dan orang suka makan,kepuasan terasa kan.Kalau masak orang tak jeling dan pandang sepi ja...rasa nak merajuk ..kan...🤭



Jemput mengudap bersama secangkir teh O panas..


14 comments:

  1. Alaaaa.....nape cantik sangat ni...nak bagi kiter terjebak jugak lettew kan....dapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian resepi

    ReplyDelete
  3. Sampai termenyanyilah pulak makan kuih lapis bunga sakura yang kenyal-kenyal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sib baik tak hujan..
      Semoga dimudahkan urusan sepanjang urusan 5 hari ni🤭

      Delete
  4. Cantik sangat! Saya yang tengok ni pun rasa sayang nak makan.
    Eh, tak kan dipandang saja kan. Lain kali Mama Cella buat lebih-lebih ye, kita nak tumpang makan!

    ReplyDelete
  5. Cantikkkk.. suka kuih lapis lagi² yg boleh dibuka selapis demi selapis. Ehhh..geram pulak kite nengok cantik sgt. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom Jaja...kita pakat terjebak...seronok tau kalau menjadi

      Delete
  6. Cantiknya Mak Cella...first time tengok kuih lapis Sakura ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try buat lepas ni SueGinola..
      Tak susah nak buat cuma kena order mold dia ja sebab jarang jumpa

      Delete
  7. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete