Thursday 29 February 2024

PULUT KACAU GULA APONG UNTUK MAK

 Betul la balik Kedah minggu lepas memang penuh itinerary..Bukan jalan sangat tapi dok rumah pun penuh aktiviti..Paling wajib,balik sat macam mana pun kena juga pi mengai...tak boleh tidak..jadi ketagih...hihihi..Kedai jual umpan cengkerik memang laku keras..jantan betina semua pakat ketagih mengai..

Sebenarnya bila mengai tu jiwa tenang dan boleh kurangkan stress.Mana taknya,mata kita disajikan pemandangan hijau flora dan fauna serta unsur air tempat mengai tu mendamaikan.



Sesambil nak nantikan teduh petang untuk mengai,kita kacau wajik..
Mak saya sebut pulut manis
Mak saya dan orang kampung yang sezaman mak memang panggil wajik ni sebagai pulut manis.Kalau generasi lagi lama dari mak depa panggil nasi manis.Kami pun dulu mengenali wajik sebagai pulut manis atau pulut kacau.Lately ni ja sejak zaman medsos ni ja baru kami pakat sebut wajik...


Buat wajik gula apong atas permintaan mak.Mak dok sebut gula apong yang beli kat Sarawak beberapa bulan lepas masih ada.Pulut pun ada.Kata mak kalau buat pulut manis gula apong mesti sedap.Tapi saya memang perasan dah bertahun mak dah tak ghairah nak masak masak sangat.Banyak makan nasi bungkus dan makanan yang Achik masak.Tapi,kalau saya balik mak akan bersungut la nak makan itu ini dengam harapan saya akan masak.Saya perasan ja yang mak memang suka masakan saya..Hihihi...
Bukan perasan tapi memang perasan不

Mungkin itulah antara kelebihan yang saya ada pun..Masak kena dengan tekak mak..Maklumlah,mak dah biasa makan masakan saya sejak umur saya 8 tahun.Walaupun dok jauh tapi kalau balik memang mak hint nak makan masakan saya.
Kali ni dah dia hint nak makan pulut manis...kita buat la jugak sikit..
Buat ½kg pulut ja


PULUT MANIS GULA APONG
½ kg pulut- rendam sekurang- kurangnya 2 jam
½ kg gula apong
( saya  guna 300gm gula apong + 200 gula merah)
1 cawan santan pekat( pati santan)
sikit garam & daun pandan

1. Kukus pulut hingga masak & biar sejuk.

2. Masak santan,semua gula,garam dan pandan hingga mendidih.

3. Perlahankan api dan biar mendidih perlahan hingga likat bertali.

4. Masukkan pulut dan terus kacau hingga sebati.Campuran gula akan mencair,teruskan kacau hingga kembali pekat dan kental.

5. Sejukkan dalam loyang atau bekas yang sesuai.


Mak suruh guna gula apong sepenuhnya tapi saya pula derhaka.Takut wajik pucat,saya tambah sikit gula merah..hihihi
Santan kena betul betul pekat baru wajik sedap manis berlemak.


Haruman pandan menyerlah.Pandan musim panas lebih harum berbanding pandan musim hujan..


Pokok pandan mak banyak dah kering dipangkalnya..Susah nak amik sebab semak dengan daun pandan kering.Kita pun tunjuk la hero...cari pisau dan bersihkan..Uii berpeluh basah baju dan gatal gatal kena rumput rampai tu sampai kena mandi...Ish,baru berangan nak beekebun bila pencen nanti..macamana ni...baru bersihkan pandan serumpun pun dah kepenatan..不



Cerah sikit selepas dibuang daun daun kering..Kalau ikut saya nak pangkas ja biar botak supaya nanti tumbuh anak anak pandan baru.Tapi mak larang Kata ma





Ok..tiba masa masukkan pulut

Kena rajin kacau dan api kena perlahan sebab penggunaan banyak gula akan menyebabkan mudah hangus.
Memang kena selalu kacau kerana lepas masuk pulut,air gula tu akan mencair.Kena kacau hingga kembali pekat..likat dan kental baru dikira masak.Kena rajin kacau..Namapun Lulut Kacau kan...hihihi



Dah kental bolehlah buang daun pandan dan masukkan dalam bekas sesuai.
Dulu kalau kita nak makan wajik,mak yang buatkan..sekarang mak nak makan wajik minta anak buatkan..Begitulah putaran hidup.


Kerana nak masukkan dalam bekas bekas plastik ni...saya biar la sejuk sikit baru isikan dalam bekas tu.Nak isi panas panas takut tercair pulak bekas tu..
Dapat la 4 bekas ni..Isikan ¾ penuh saja.Kalau isi penuh dan padat mungkin dapat 3 bekas sahaja kot..Habis la 1 bekas tu mak ulang ulang makan sikit sikit.1 bekas bagi kat Achik..1 bekas mak bawa ke kebun.1 lagi masih ada masa saya nak balik KL...Kalau cukup sukatan gulanya ..in shaa Allah tak berkulat dan tahan seminggu pun pada suhu bilik..Cuma kalau lama sangat akan bau tengik kesan penggunaan santan segar.Bau tengik minyak tu mak saya sebut bau "peghat"


Wednesday 28 February 2024

MAKAN MEE UDANG @ KUALA KUAR(KOLA KUAQ) DIGUYUR HUJAN..!

 Cerita minggu lepas @ Kedah

Ini kisah makan mee udang sehari sebelum balik KL hari Khamis minggu lepas 



Kami bergerak lepas Asar dalam 5.30 petang..Perjalanan kami dari Pendang ke Kuala Kuaq diiringi hujan setelah lebih sebulan tak hujan. Kami melalui PLUS arah utara & exit Alor Setar Selatan...menuju ke Kuala Kedah



Melintas Jambatan Tok Pasai.Selepas Jambatan Tok Pasai kalau ikut waze dia suruh belok kiri tapi kata mak,jalan belah kiri akan melalui lorong berbatu yang tak elok.Maka Cella pun patuh arahan neneknya.Derhaka pada Waze,kami belok kanan.Lepas tu elok ja Waze pula guide ikut kanan tu 

Sepanjang jalan kita disajikan pemandangan sawah padi yang menguning.Musim angin timur ni memang musim padi masak dan taburan hujan sangat minima..Kelihatan anak anak bermain wau dan layang layang.


6.30 petang ...Setelah 1 jam perjalanan....dalam 5 minit lagi kita akan  sampai.Mesin menuai padi berlatar matahari dah jauh di ufuk barat.



Dah sampai.....
Cari port parkir


Ada juga dijual Brain- Brain不


Ni la Warung Mee Udang Kola Kuaq tu..




Ni dapur masak...
Tempat duduk seberang jalan menghadap laut..
Ambil tempat duduk & buat pesanan.
Ada:
Mee Udang
Kue Teow Udang
Meegi Udang
Nasi Goreng Udang
Udang Crispy
Sotong Celup Tepung
Ada satu dua menu lagi saya tak ingat
Maklumlah kepala fokus nak makan mee udang ja kan...
hihihihi



Konsepnya,duduk mana mana meja kosong.Nanti pelayan akan datang amik order makanan dan minuman.
Apa yang sampai terus bayar.
Contoh macam kami...
Minuman sampai dulu...bayar dulu minuman...Achik bayar五RM15
Kemudian mee pulak sampai..bayar la mee..
Kami pesan 4 special untuk makan dan 1 mee udang special untuk bungkus..
RM15 x 5 =RM75
( pun Achik bayar)仆仆


** Tempat dah cantik...makanan sedap..udang besar dan fesh...
Tapi rasanya pihak pengurusan kena boh alas meja la bagi nampak kemas dan bersih sikit..Tak comey la meja tu kan..五



Masin pulak mulut Achik..
Achik kata...ni kalau hujan mau ada "aroma" persekitaran ni..



Mee Udang Special
Semangkuk besar mee berkuah
4 ekor udang XL
RM15
Kalau Mee Udang Biasa RM10

* Katanya harga udang ikut pasaran semasa.Tapi depa takkan ubah harga..Harga masih sama,cuma jumlah udang yang akan DIKURANGKAN.

Bagus konsep ni..Takla nanti kalau pi hari ni harga lain..
pi esok harga lain....Kita pun takkan nak tanya dulu harga semasa udang kan...五



Mak punya ABC RM5



Cella order Laicikang sejuk RM5



Semua makanan dah sampai


3 Mee Udang Special
1 Maggi Udang Special(mak tak makan mee kuning..kueteow pulak habis.Nasib baik ada pilihan megi)
1 ABC
1 Laicikang
1 Teh O Ais Limau
1 Nescafe Ais
** Mee yang bungkus depa suruh amik kat dapur masa nak balik nanti.



Ceritanya ...


Tengah suap mee baru beberapa sudu....tak semena mena hujan selebat lebatnya mencurah bagai air dituang dari tempayan.
Laicikang Cella menjadi sasaran utama...penuh dengan air hujan yang mencurah dari atap yang bocor.





Nasib baik udang tu kami baru saja isikan dalam piring piring untuk diratah..Sempat la letak tempat lain dari terkena air hujan.Udang saja yang selamat.Atap tu berlubang sikit sahaja.Rasanya lubang bekas paku.Tapi sebab jumlah lubangnya banyak...maka,pelangganain pun sama talk dapat nak pindah kerana meja semua penuh.Angin disertai tempias. 

Semua pun panik kerana tak jangka hujan akan turun dimusim kemarau ini.Dah dekat 2 bulan tak hujan katamya.Sekali,Allah turunkan....selebat lebatnya membasahi bumi gersang.Air bertakung macam musim hujan pulak..
Seperti kata perpatah..
" Panas Setahun Dihapuskan Oleh Hujan Sehari"





Hujan reda sahaja,kami pun angkat kaki.Udang dalam liring tadi auruh pekerjanya bungkus.Terus ambil mee yang dibungkus untuk Aqil dan lari masuk kereta 




Mee Udang bungkus...Penuh udangmya sampai tak nampak mee.
Kuah asing.Nak makan tinggal panaskan kuah dan masukkan meenya.


Udang kami berempat yang tak sempat nak makan tu saya kukuskan semula hingga berasap..Banyak udangmya .Lupa nak timbang tapi rasanya cecah sekilo tu..


Nasi Kandaq Udang...in the house
Kebetulan  ada masak kari ikan,sambal sotong dan masak kicap ayam..Cella makan nasi kuah campur + udang tu pastu acah acah makan nasi kandaq udang.Tengoklah betapa besarnya udang tu dalam pinggan.




Ada lagi berbaki 4 ekor udang.Saya kopek kulitnya ambil isi sahaja dan masak Nasi Goreng Udang..Licin dikerjakan Cella

Begitulah kisahnya ....



SINGGAH CENDOL PULUT HJ JOHARI,JITRA

Tak sempat nak BW..hanya sempat post entri.Inipun dah tulis sesiap sebwlum lupa & set date & time untuk publish..nanti saya zirah sahabat sahabat maya yer..


Balik dari Padang Besar...

Singgah sini untuk basahkan tekak dan isi perut yang dah mula kembali lapar.


Cendol Pulut Haji Johari @ Napoh,Jitra.( ada dua nama hampir sama tau....ni yang namanya Hj Johari) arah utara ye!
Antara cendol famous sejak dulu....
Pernah baca dan dengar cerita  perjalanan Cendol Pulut Hj Johari  ni pasti tahu cerita sedihnya...
Lebih kurang cerita Kartunis Ujang la katanya...
Warung ni sebenarnya tepi hiway PLUS tu saja arah ke Perlis/utara.Kalau dari Alor Setar ke Perlis kita akan jumpa warung ni memang tepi jalan belah kiri.Tapi sebab  kami dari arah Perlis,so kena u-tern sikit depan tu dan bila nak balik ke Alor Setar...u-tern semula.Tak jauh pun sebab sini banyak u-tern..Rasanya hiway PLUS belah Jitra ni la paling banyak u-tern...jarang nak jumpa tempat lain kan.五


Mula pesan cendol 4
Cucur udang ( hot selling) 2 set
Lepas tu teroder lagi 2 laksa dan mak pula nak makan nasi campur 
Hihihi..
Tapi entah mana hilang pic laksa dan nasi campur tu..hihihi
Selain menu ni ada banyak lagi menu lain...Cara order kat sini...isi form yang ada dalam bekas atas setiap meja makan.Tulis no meja
.Bawa kertas tu ke kaunter.Buat bayaran dan tunggu makanan dihantar ke meja.Service cepat.Rasa sedap..
Saja nak simpan juga sini untuk rujukan nanti..


KE PADANG BESAR 2024

Dalam masa sehari ada 4 tempat kami singgah..Bermula WARUNG TEPI SAWAH...Kemudian singgah EMPANGAN TIMAH TASOH



Kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar iaitu destinasi utama.Ke Padang Besar untuk kali pertama bagi sesi 2024不


Sekatan dan pemeriksaan keselamatan memang ada di mana maka..maklumlah dah dekat sempadan Thailand kan..
Dua tiga kali anggota tu bertanya Cella dari mana,Cella tergagap gagap nak jawab...Kejap dari Kesah....kejap dari Pendang( Pendang tu tak sama ngan Kedah ke?五) tapi slang KL lupa nak ubah不memang boleh mencurigakan..Lasty depa minta IC & lesen....
Tengok no IC..alamat IC & lesen...memang KL ..depa tanya student UNIMEP ka..hihihi


Kerana percayakan waze,kami berpusing pusing dekat stesen kontena keretapi melalui tasik ni beberapa kali


Cantik betul bunga bunga seroja yang berkembangan..
Bukan teratai ye..tapi seroja..
Nampak seakan sama kan..tapi ada beza.Bunga teratai daunnya lebih lebar dan bunganya lebih besar tapi warna lebih pucat serta bunganya terapung atas permukaan air.Sedangkan bunga seroja bunganya lebih pekat warnanya dan tangkai bunganya tinggi menjulang atas atas air. Kalau perhatikan kat tengah tengah bunganya pun ada beza.Bunga teratai ada macam tampuk yang akan berisi biji teratai bulat bulat tu,sebaliknya tengah bunga seroja ada inti jejari / stemen.Nak tau lebih lanjut..turun la tasik tu petik bunga dan belek la不 
Teringat pula filem klasikan dulu dulu " Patung Cendana"



Alhamdulillah...sampai...
mak & Achik jadi waze bernyawa...hihihi


Alhamdulillah,lebih 10 minit berlegar legar cari parkir,dapat tak jauh dari pintu kompleks...
Niat awal gerak pukul 7.30 pagi untuk dapatkan parkir depan kedai.Tapi dah menyinggah merata..Tepat pukul 12 tengahari kami parkir Kompleks Padang Besar ni..


Jalan jalan cuci mata saja
Tapi kebanyakan jalan jalan cari makan dan jamu mata ja sekarang ni.Tak macam dulu kalau datang PB akan borong narita,periuk,baju bagai.Sekarang lebih berbaloi beli online.Datang sini sekadar nak jenjalan dan beli yang bertujuan sahaja.Macam mak,haruslah datang sini nak beli pulut.Biarlah pulut kat kedai bersepah tapi tang nak buat ketupat mak nak juga pulut siam.Kata mak pulut siam lebih lembut..kenyal dan berkilat serta wangi dia lain dari pulut kat kedai waima pulut susu sekali pun...
Hatta masa PKP pun ..Achik terpaksa order pulut dari Siam jugak untuk mak buat ketupat.



Window shoping...
Boleh percaya ke?不



Saya tertarik buah salak siam..Dah beberapa kali dah beli BUAH SALAK SIAM..Saya beli jugak 1 pack tu Ram10/ +- 1kg..Yang dalam pack tu buah kecik kecik dan 
 buah yang lerai dari tangkai.


Cella excited dengan Burger Thailand yang viral tu..RM20/3pcs..Diborongnya RM60/9 biji.( Kalau nak beli pastikan  ada logo  halal  Thailand ye)



Dibeli pula susu ni RM20...Botol kecik 3/RM10.Botol besar sikit 3/RM20



Achik nak belanja Cella pulut pelam Thai ori..tapi Pulut Pelam yang beli  kat Warung Tepi Sawah pun belum makan五


Sekarang ni trend maskot kat mana mana kan...Dulu selalunya kat Indonesia ja banyak trend bergambar dengan maskot kan..



Achik pun layanlah anak buah sorang ni walaupun dah besar panjang...hihihi



Sedondon pulak dengan maskot tu不不不不

Jom kita keseberang sana pula...Tengok makanan basah belah sana...


Banyak dijual merata rata la khepp Thai ni


Tertarik dengan buah gemia siam ni( Kundang) Saya beli la sekilo RM25...
Rupanya mak pun beli juga sekilo.Jadi 2kg la beli buah gemia ni.
Kami berpecah sebab mak kalau shoping dia suka jalan sorang sorang..Mak kalau shoping tpat yang dia biasa  dia memang suka jalan sorang sorang.Dah siap beli dia akan call tanya' ampa kat mana?"..hihihi
Pulut 12kg untuk stok puasa dan raya juga dah beli..
Hampir 2 jam tawaf kat sini...


Jom balik ke pangkal jalan...
Sekarang ni kan...saya perasan anak anak muda memang menjadikan lagu lagu zaman remaja kita dulu sebagai lagu siulan mereka..Sepanjang jalan Cella dok pasanglah lagu nyanyia Francisca Peter dan lagu lagu zaman rock kapak tahun 90-an...
Eh,depa lahir tahun bila ek?五



Selamat tinggal Perlis Indera Kayangan....
Eh,dah tak boleh guna Indera Kayangan kan sejak 2015...
Bagi yang belum tau...sila google...hihihi

SINGGAH EMPANGAN TIMAH TASOH

 Selesai sarapan

Selesai sarapan @ WARUNG TEPI SAWAH..kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar.



Sebelum tu,mak nak singgah Batu Pahat..

Bukan Batu Pahat Johor tapi Batu Pahat Perlis..hehehe
Kata mak,mak pernah datang sini zaman muda muda dulu & teringin nak tengok waktu sekarang.Tapi kami sekadar singgah sebentar cyma.Tak turun kereta pun.Ada Taman Ular sini,tapi mak tak mau turun.Cella pula penggeli denagan ular.Akhirnya kami teruskan perjalanan ke Padang Besar..


Dalam masa sama,anak jantan tu update,dia dah sampai Kota Bharu..pi kenduri rakan sekerja


Kita tayang sarapan warung tepi sawah,dia pun tayang ais krim pulut. 
Kiranya rumah kat KL kosong..
Saya dah Cella kat Perlis..anak jantan tu kat Kelantan & Adah masih di Tawau..Bertebaran di seluruh Malaysia...hihihi



Mula kami dah salah masuk.Nampak signbord Empangan Timah Tasoh ja terus masuk.Rupanya tu,bahagian pengurusannya kot.Untuk reakkreasi kena ke depan lagi dalam 4km.



Welcome..Ada bayaran masuk RM5

Disambur dinasour..Achik & Cella salfok dengan lidah dinasour yang bergerak gerak...( benci betul dengar suara gelak saya tu.. huhuhu) Paling tak suka dengar suara sendiri dalam video sebab pelik...Tapi tak reti nak edit buang suara tu.


Antara yang menrik perhatian pastilah bunga tulip ni.Walaupun bunga tiruan tetapi menyerikan pandangan.

Pernah datang Timah Tasoh ni kali pertama rasanya tahun 1998 menaiki Proton Saga Putih,kereta pertama yang banyak kenangannya.Cella pun belum wujud五
Masa tu hanya ada gerai gerai kecil dan lori kecil berjualan makanan..Sekarang dah jauh berubah..



Achik belanja naik tram..Nak jenjalan memang tak kuasa la dengan cuaca panas & nak berkejar masa nak ke Padang Besar lagi kan....hihihi
Tiket tram ni tak ingat la pulak berapa sebab Achik yang belanja..
Selain tram,boleh sewa basikal...sewa skuter(semua skuter dia warna pink..cantik),sewa kayak dan juga ada perkhidmatan bot menjelajah empangan Timah Tasoh ni..
Tapi kami hanya naik tram ni mengelilingi kawasan terdekat sahaja.



Pusing pusing naik tram sebab nak jalan kaki rasa sayang takut lemak cair不


Disebabkan hanya kami ja naik tram....

Boleh la duduk satu gerabak sorang..Kira tiket VIP la不
Cella gerabak belakang..Mak gerabak depan..Saya @ Achik pilih gerabak tengah..



Tram ini kami yang punya...!!
hihihi...hanya kami 4 beranak naik tram.Ramai pengunjung lain menyewa skuter( kalau tak salah RM20 untuk 20 minit.


Banyak replika haiwan dan kenderaan mini sepanjang perjalanan tu.Agaknya kalau malam lagi meriah bila lampu lampu pada replika tu menyala.



Banyak ja port untuk bergambar.Ni kalau orang muda yang suka bergambar memang sesuai la..



Dah habis satu pusingan kecil..
Ada penampakan  skuter skuter pink yang cakap tu...comel comel boleh sewa untuk meronda.Achik ajak sewa skuter tapi saya tak berani.Dah berzaman tak ride motor jadi gayat dah sekarang ni.Padahal 30 tahun lalu motorlah menjadi kenderaan pergi kerja ulang alik  lebih 150km setiap hari.Dengan lesen takda merempitlah lepas subuh membelah kabus pagi...huhuhu



Laju...laju...buaiku laju...
Aku nak kawin dengan anak raja..滕
五不不
Cella marah saya nyanyi sambil naik buai ni
Bukan sebab takut mak dapat kawin dengan anak raja ..tapi dia maluuuu orang lain tengok 不不不
Alaaaa...bagi la peluang makcik pun  nak verangan jap nak oiii..!不

Ok..ok..tak berlama di sini walaupun banyak persekitaran belum sempat diteroka.Kalau ikut hati nak berlama menikmati kenyamanan tiupan angin timur sambil mengahadap tasik Timah Tasoh ni..tapi kita ada agenda lain lagi ni..
Jom kita teruskan ke Padang Besar.


Tuesday 27 February 2024

SARAPAN @ WARUNG TEPI SAWAH ,PERLIS

 Masih cerita balik Kedah minggu lepas.Menjadi "wajib" bagi mak saya kalau dah nak dekat puasa dia akan ajak  Achik pi Padang Besar,Perlis untuk beli stok pulut nak puasa & nak raya..Terlanjur ada kat Kedah..Saya dan Cella join sekalk mak & Achik..Hanya kami berempat...Pakcik & Aqil tak ikut.

Mak,Achik,saya dan Cella.Cella jadi supir.Kami gerak seawal 7.30 pagi dari Penda g melalui hiway PLUS.Achik bagi cadangan untuk sarapan @ Warung Tepi Sawah di Kangar.Tengok waze,lebih kurang 1 jam jugak ladari Pendang.



Sarapan yang memenuhi citarasa dan harga yang sangat sangat berbaloi..


Depan nampak biasa biasa macam lengang kerana kemeriahan sebenarnya ada di belakang..Macam backyard rumah rumah mat saleh kan depa lebih meriah belakang rumah.
Nama warung tapi macam restoran Bangunan 2 tingkat dengan konsep terbuka..Atasnya juga luas tidak berdinding agar dapat nelihat view sawah padi.

Deretan kenderaan pelanggan sepanjang jalan.Mulanya kami ingatkan nak kena parkir jauh dan kena manapak la sabab deretan kenderaan diparkir teoi jalan tu memang panjang.Rupanya ada ja parkir berbayar dalam pagar belah kiri tu.Kalau tak salah saya RM3/ entry.Baiklah bayar daripada nak kena menapak..

View dari tapak parkir...Bukit batu kapur....sawah padi & Warung Tepi Sawah... 


Konsep dia layan diri.Pilih menu- menu yang dah siap diletakkan dalam bekas,bayar dan pi la makan kat mana mana meja kosong.
Kalau ramai orang opkos la kena beratur..

Tapi sebab kami berempat..So,Achik & mak pilih makanan & saya dan Cella cari meja kosong.Kami memilih tingkat atas..kena naik tangga kayu...nostalgia.

Cuma kalau pilih tempat makan kat atas,kena la angkut sendiri makanan dan minuman tu naik atas.

Ramai pelanggan ...
Tapi serius service dia sangat cepat dan mesra pelanggan.



Ada stesen stesen  untuk setiap menunya.Agaknya itu yang membuatkan servicenya cepat.
Ada menu yang dah siap disusun kemas atas meja tingggal kita pilih sahaja contohnya capati gulai ikan,pulut mangga,pulut ikan masin,pulut ayam,set ketupat palas dan beberapa lagi yang saya tak ingat.Ada menu yang kita kena pesan macam roti bakar,nasi lemak berlauk dan beberapa jenis lagi.Namun semuanya pantas kerana ada stesen masing masing.Bagus la pengurusannya..



Menu pilihan kami berempat..
Mak & Achik makan Nasi Lemak Pandan.
Untuk saya Achik amik Capati Gulai Ikan dan Pulut Ayam..
hehehe..perut belon ke apa..
Untuk Cella Achik amik Pulut Mangga 
Minuman tu saya dan Cella pi order.Mak nak teh O ais.Achik nak nescafe ais.Saya dan Cella pilih Teh Ais buih melimpah tu.Teringat Teh Ais Madu kat Nasi Dagang Atas Tol la pulak...hihihi



Cella pi tambah pulak nak Roti Telur Goyang..RM6

Pulut Ayam & Pulut Mangga pun kalau tak salah RM6/portion

Nasi Lemak ikut jenis lauk.

Set Ketupat Palas la saya rasa sangat murah RM6/set.Mengandungi beberapa biji ketupat & rendang/kari.

Memang plan nak beli masa nak balik tapi sayangnya ..kelupaan...hihihi

Harga minuaman standard.Teh Ais Buih tu RM4...Memang pekat lemak manisssss..Patutnya saya & Cella kongsi ja segelas.1 lagi patutnya order air mineral buat bilas mulut..hihihi


Padahal Achik dah order banyak dah makanan kan...



Ikut jugalah tekak dia...Supir kan...kita jaga la perut dia...hihihi



Sudahnya Pulut Mangga tu bawa balik.Pulut Ayam tu minta pelayan tu bungkus.
Konsep kat kebanyakan tempat makan di KL ni depa sediakan food container(tippuware) kat kaunter.Kalau  makan tak habis dan nak bungkus, kena bungkus sendiri.Ambil tippuware tu kat kaunter dan bungkus sendiri.1 pc tippuware tu di charge RM1-RM3 bergantung saiz.

Tapi kat sini walau ramai orang tapi dia layan dengan manis muka ambil pulut ayam tu pi bungkus.Padahal kami hanya minta bekas,kami boleh bungkus sendiri.

Ala,takda pula video view dari tempat makan atas ni..Cella ada ja amik video tapi saya cari tak jumpa 


Turun ke bawah...memang meriah di belakang tu..
Banyak port & photobooth untuk yang suka bergambar .


Port paling laku...beratur nak bergambar.
Cella dari WPKL...
Anda dari mana?


TTK menahan panas...jenuh jeggey mata nak lawan panas matahari..Kat belakang ramai dok rakam video..Yang berpayung tu menarik..depa semua pakai pakaian tradisional bawa payung kertas/ payung cina..menarik



Ramai yang dok amik gambar dan video..Sesuaila lighting musim panas.Langit biru terang tanpa awan...tanah sawah kering merekah sesuai la nak explore


Tapi panas wei...amik gambar semua takleh nak celik mata...silauuu
Kami nak meneruskan perjalanan ke Padang Besar pulak..
Jom....


Sunday 25 February 2024

BUAT KUIH KOCI UNTUK EMAK

Balik Kedah baru ni,memang itinerary padat...hihihi

Dalam sehari sempat buat beberapa aktiviti.Sempat jugak la ke Perlis..Sempat makan luar beberapa kali.Dalam masa yang sama semoat masak beberapa menu permintaan mak.Antaranya Kuih Koci.

Sejak seminggu sebelum tu,mak ada call bagitau dia buat inti guna gula apong dari Sarawak.Sedap katanya sebab guna gula apong dan kelapa pula dapat kelapa dari kampung yang tak berapa tua.Memang sedap buat inti.Mak kata dia simpan inti dalma peti ais...Tunggu saya balik Kedah dia nak suruh buat Kuih Koci.



Merealisasikan hajat tekak mak nak makan Kuih Koci.Tidaklah susah sangat sebab intinya mak dah siap buat 


Sesambil saya masak Gulai Ikan Puyu tu la,saya uli adunan nak buat kuih kocinya...

Cella nak belajar juga gentel kuihnya.Tapi main main lebih..



Mak saya,biasa la...kalau nak gentel buah melaka ke apa ke..memang kena pastikan tangan kiri beralas dauj pisang atau piring.Kalau dia nampak gentel dua dua tangan tapi tangan kiri tak alas....dia tak akan makan.( tapi kalau dibelakang mak kadang saya bantai ja gentel tanpa alas...)五
Yang si nenek kalut nak ajar..Yang cucu malas nak dengar...Kita yang si anak ni jenuh nak balance kan dua generasi tu... generasi lama yang oenuh pantang larang dan generasi Y....hahaha


Orang muda....Tidak menyabar...
Nak masak kuih tradisional ni kena banyak sabar. 



Orang yang nak belajar kena sabar..Tapi yang mengajar  lagi kena sabar..不
Kalau kat KL ni jarang nak dapat peluang masuk dapur bersama..Dapur sekangkang kera.
Ni kat Kedah ruang luas sikit..lapang la sikit.Buka pintu luas..luas biar angin timur masuk...hihihi..



Bungkus 3 biji tak dapat tune untuk jadi montok..Sebaliknya jadi lonjong macam lepat.Akhirnya saya bungkus macam kuih koci dolu dolu  bentuk kon..



Dapatlah bentuk kuih ya bentuk piramid macam ni.Cara bungkus bentuk piramid tu boleh tengok 



Kuih yang sudah masak.


Isi dalamnya...Bungkus be tuk piramid lebih mudah nak makan .


Lemak manis dan sedikit masin yang seimbang.Intinya tidak terlalu gelap kerana nak guna gula apong sepenuhnya.Sedap sangat intinya manis manja dan tidak berhampas kerana kelapanya belum terlalu tua.



Pinjam gambar gambar yang berlatar sawah bendang tu  dari Cella.Kemain  dia dok snap kuih koci ni kat belakang dapur untuk konten katanya...Untuk IG  dia la agaknya...
Saya takda IG..hihihi

Kuih Koci Untuk Emak


Jemput....