Tuesday, 27 February 2024

SARAPAN @ WARUNG TEPI SAWAH ,PERLIS

 Masih cerita balik Kedah minggu lepas.Menjadi "wajib" bagi mak saya kalau dah nak dekat puasa dia akan ajak  Achik pi Padang Besar,Perlis untuk beli stok pulut nak puasa & nak raya..Terlanjur ada kat Kedah..Saya dan Cella join sekalk mak & Achik..Hanya kami berempat...Pakcik & Aqil tak ikut.

Mak,Achik,saya dan Cella.Cella jadi supir.Kami gerak seawal 7.30 pagi dari Penda g melalui hiway PLUS.Achik bagi cadangan untuk sarapan @ Warung Tepi Sawah di Kangar.Tengok waze,lebih kurang 1 jam jugak ladari Pendang.



Sarapan yang memenuhi citarasa dan harga yang sangat sangat berbaloi..


Depan nampak biasa biasa macam lengang kerana kemeriahan sebenarnya ada di belakang..Macam backyard rumah rumah mat saleh kan depa lebih meriah belakang rumah.
Nama warung tapi macam restoran Bangunan 2 tingkat dengan konsep terbuka..Atasnya juga luas tidak berdinding agar dapat nelihat view sawah padi.

Deretan kenderaan pelanggan sepanjang jalan.Mulanya kami ingatkan nak kena parkir jauh dan kena manapak la sabab deretan kenderaan diparkir teoi jalan tu memang panjang.Rupanya ada ja parkir berbayar dalam pagar belah kiri tu.Kalau tak salah saya RM3/ entry.Baiklah bayar daripada nak kena menapak..

View dari tapak parkir...Bukit batu kapur....sawah padi & Warung Tepi Sawah... 


Konsep dia layan diri.Pilih menu- menu yang dah siap diletakkan dalam bekas,bayar dan pi la makan kat mana mana meja kosong.
Kalau ramai orang opkos la kena beratur..

Tapi sebab kami berempat..So,Achik & mak pilih makanan & saya dan Cella cari meja kosong.Kami memilih tingkat atas..kena naik tangga kayu...nostalgia.

Cuma kalau pilih tempat makan kat atas,kena la angkut sendiri makanan dan minuman tu naik atas.

Ramai pelanggan ...
Tapi serius service dia sangat cepat dan mesra pelanggan.



Ada stesen stesen  untuk setiap menunya.Agaknya itu yang membuatkan servicenya cepat.
Ada menu yang dah siap disusun kemas atas meja tingggal kita pilih sahaja contohnya capati gulai ikan,pulut mangga,pulut ikan masin,pulut ayam,set ketupat palas dan beberapa lagi yang saya tak ingat.Ada menu yang kita kena pesan macam roti bakar,nasi lemak berlauk dan beberapa jenis lagi.Namun semuanya pantas kerana ada stesen masing masing.Bagus la pengurusannya..



Menu pilihan kami berempat..
Mak & Achik makan Nasi Lemak Pandan.
Untuk saya Achik amik Capati Gulai Ikan dan Pulut Ayam..
hehehe..perut belon ke apa..
Untuk Cella Achik amik Pulut Mangga 
Minuman tu saya dan Cella pi order.Mak nak teh O ais.Achik nak nescafe ais.Saya dan Cella pilih Teh Ais buih melimpah tu.Teringat Teh Ais Madu kat Nasi Dagang Atas Tol la pulak...hihihi



Cella pi tambah pulak nak Roti Telur Goyang..RM6

Pulut Ayam & Pulut Mangga pun kalau tak salah RM6/portion

Nasi Lemak ikut jenis lauk.

Set Ketupat Palas la saya rasa sangat murah RM6/set.Mengandungi beberapa biji ketupat & rendang/kari.

Memang plan nak beli masa nak balik tapi sayangnya ..kelupaan...hihihi

Harga minuaman standard.Teh Ais Buih tu RM4...Memang pekat lemak manisssss..Patutnya saya & Cella kongsi ja segelas.1 lagi patutnya order air mineral buat bilas mulut..hihihi


Padahal Achik dah order banyak dah makanan kan...



Ikut jugalah tekak dia...Supir kan...kita jaga la perut dia...hihihi



Sudahnya Pulut Mangga tu bawa balik.Pulut Ayam tu minta pelayan tu bungkus.
Konsep kat kebanyakan tempat makan di KL ni depa sediakan food container(tippuware) kat kaunter.Kalau  makan tak habis dan nak bungkus, kena bungkus sendiri.Ambil tippuware tu kat kaunter dan bungkus sendiri.1 pc tippuware tu di charge RM1-RM3 bergantung saiz.

Tapi kat sini walau ramai orang tapi dia layan dengan manis muka ambil pulut ayam tu pi bungkus.Padahal kami hanya minta bekas,kami boleh bungkus sendiri.

Ala,takda pula video view dari tempat makan atas ni..Cella ada ja amik video tapi saya cari tak jumpa 


Turun ke bawah...memang meriah di belakang tu..
Banyak port & photobooth untuk yang suka bergambar .


Port paling laku...beratur nak bergambar.
Cella dari WPKL...
Anda dari mana?


TTK menahan panas...jenuh jeggey mata nak lawan panas matahari..Kat belakang ramai dok rakam video..Yang berpayung tu menarik..depa semua pakai pakaian tradisional bawa payung kertas/ payung cina..menarik



Ramai yang dok amik gambar dan video..Sesuaila lighting musim panas.Langit biru terang tanpa awan...tanah sawah kering merekah sesuai la nak explore


Tapi panas wei...amik gambar semua takleh nak celik mata...silauuu
Kami nak meneruskan perjalanan ke Padang Besar pulak..
Jom....


12 comments:

  1. Wah...seronoknya jenjalan berempat...lama dah x pi Perlis ni...dah ada macam- macam tarikan dah...

    ReplyDelete
  2. sedap semua makanan tu kak oi... tapi nampak panas terik betul kat sana ye kak... sampai merekah sawah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh...belah utara swdang alami gelombang haba sekrang ni

      Delete
  3. Dah nak masuk 4 bulan di Perlis, saya masih belum sempat JJCM ke sini. Parking di Perlis ni agaknya memang mahal, masa pergi nat pun kena caj RM3 😅

    Lain kali kalau ada banyak masa, pergi Padang Besar boleh singgah rumah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya masa kata nak ke Padang Besar tu memang ingat kat Ujie...rasa nak ja call...teringin nak nak bertamu ke rumah Ujie kat Kutub Utara ni ..tapi belum rezeki...in shaa Allah nak juga pi

      Delete
  4. Teh buih tu kita boleh sedut sampai buih2 tepi2 tu tak? Takut orang gelak pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....saya pun dok terfikir jugak...nak makan ke tak buih tu tapi takut orang gelak🤣

      Delete
  5. punyalah panas sampai kering merekah tanah sawah..
    makanan kalau kena dengan tekak & poket mmg ngamlah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tengah musim panas membahang kat utara....Makanan dan harga sini pada saya sangat berbaloi

      Delete
  6. Warung tepi sawah ni la yang kitorang pi aritu..tapi tak masuk sebab orang terlalu ramai..berbaris sampai ke tepi jalan. Memang tak la wan nak masuk. Dengan budak kecik ni lagi. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nampak ramai.Saya pun mulanya macam taknak ja tapi Achik dah pernah pergi,so Achik kataasuk ja...
      Walau nampak ramai tapi kat dalam da,belakang dan atasnya memang luas.Service pun bagus laju..
      Mungkin Wan boleh cari tempat dudukkat belah belakang mengadap.sawah.Sofea.mesti suka dapat main buai bagai kat situ..Boleh la Jajaj & Ahnaff pi order makanan..Lain kali mungkin boleh try lagi Jaja...recomended

      Delete