Wednesday, 28 February 2024

SINGGAH EMPANGAN TIMAH TASOH

 Selesai sarapan

Selesai sarapan @ WARUNG TEPI SAWAH..kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar.



Sebelum tu,mak nak singgah Batu Pahat..

Bukan Batu Pahat Johor tapi Batu Pahat Perlis..hehehe
Kata mak,mak pernah datang sini zaman muda muda dulu & teringin nak tengok waktu sekarang.Tapi kami sekadar singgah sebentar cyma.Tak turun kereta pun.Ada Taman Ular sini,tapi mak tak mau turun.Cella pula penggeli denagan ular.Akhirnya kami teruskan perjalanan ke Padang Besar..


Dalam masa sama,anak jantan tu update,dia dah sampai Kota Bharu..pi kenduri rakan sekerja


Kita tayang sarapan warung tepi sawah,dia pun tayang ais krim pulut. 
Kiranya rumah kat KL kosong..
Saya dah Cella kat Perlis..anak jantan tu kat Kelantan & Adah masih di Tawau..Bertebaran di seluruh Malaysia...hihihi



Mula kami dah salah masuk.Nampak signbord Empangan Timah Tasoh ja terus masuk.Rupanya tu,bahagian pengurusannya kot.Untuk reakkreasi kena ke depan lagi dalam 4km.



Welcome..Ada bayaran masuk RM5

Disambur dinasour..Achik & Cella salfok dengan lidah dinasour yang bergerak gerak...( benci betul dengar suara gelak saya tu.. huhuhu) Paling tak suka dengar suara sendiri dalam video sebab pelik...Tapi tak reti nak edit buang suara tu.


Antara yang menrik perhatian pastilah bunga tulip ni.Walaupun bunga tiruan tetapi menyerikan pandangan.

Pernah datang Timah Tasoh ni kali pertama rasanya tahun 1998 menaiki Proton Saga Putih,kereta pertama yang banyak kenangannya.Cella pun belum wujud🤭
Masa tu hanya ada gerai gerai kecil dan lori kecil berjualan makanan..Sekarang dah jauh berubah..



Achik belanja naik tram..Nak jenjalan memang tak kuasa la dengan cuaca panas & nak berkejar masa nak ke Padang Besar lagi kan....hihihi
Tiket tram ni tak ingat la pulak berapa sebab Achik yang belanja..
Selain tram,boleh sewa basikal...sewa skuter(semua skuter dia warna pink..cantik),sewa kayak dan juga ada perkhidmatan bot menjelajah empangan Timah Tasoh ni..
Tapi kami hanya naik tram ni mengelilingi kawasan terdekat sahaja.



Pusing pusing naik tram sebab nak jalan kaki rasa sayang takut lemak cair🤣


Disebabkan hanya kami ja naik tram....

Boleh la duduk satu gerabak sorang..Kira tiket VIP la🤣
Cella gerabak belakang..Mak gerabak depan..Saya @ Achik pilih gerabak tengah..



Tram ini kami yang punya...!!
hihihi...hanya kami 4 beranak naik tram.Ramai pengunjung lain menyewa skuter( kalau tak salah RM20 untuk 20 minit.


Banyak replika haiwan dan kenderaan mini sepanjang perjalanan tu.Agaknya kalau malam lagi meriah bila lampu lampu pada replika tu menyala.



Banyak ja port untuk bergambar.Ni kalau orang muda yang suka bergambar memang sesuai la..



Dah habis satu pusingan kecil..
Ada penampakan  skuter skuter pink yang cakap tu...comel comel boleh sewa untuk meronda.Achik ajak sewa skuter tapi saya tak berani.Dah berzaman tak ride motor jadi gayat dah sekarang ni.Padahal 30 tahun lalu motorlah menjadi kenderaan pergi kerja ulang alik  lebih 150km setiap hari.Dengan lesen takda merempitlah lepas subuh membelah kabus pagi...huhuhu



🎼Laju...laju...buaiku laju...🎵
Aku nak kawin dengan anak raja..🎼🎶
🤭🤣🤣
Cella marah saya nyanyi sambil naik buai ni
Bukan sebab takut mak dapat kawin dengan anak raja ..tapi dia maluuuu orang lain tengok 🤣🤣🤣
Alaaaa...bagi la peluang makcik pun  nak verangan jap nak oiii..!🤣

Ok..ok..tak berlama di sini walaupun banyak persekitaran belum sempat diteroka.Kalau ikut hati nak berlama menikmati kenyamanan tiupan angin timur sambil mengahadap tasik Timah Tasoh ni..tapi kita ada agenda lain lagi ni..
Jom kita teruskan ke Padang Besar.


6 comments:

  1. hahaha ... kita tengok video gelak tu. kita pun tergelak sekali sbb bunyi gelak macam enjin kereta takmau start hahaha.

    ampunnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip....gelak dosa..
      Tapi kalau tak gelak lagi dosa🤣🤣🤣

      Delete
  2. seronoknya menikmati keindahan alam...

    ReplyDelete
  3. timah tasoh ni banyak part . nanti kalau singgah perlis boleh ke santuari ikan tawar , tak jauh dari tasoh ni jugak , boleh naik bot pusing satu tasoh ,

    ReplyDelete