Wednesday 28 February 2024

KE PADANG BESAR 2024

Dalam masa sehari ada 4 tempat kami singgah..Bermula WARUNG TEPI SAWAH...Kemudian singgah EMPANGAN TIMAH TASOH



Kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar iaitu destinasi utama.Ke Padang Besar untuk kali pertama bagi sesi 2024🤣


Sekatan dan pemeriksaan keselamatan memang ada di mana maka..maklumlah dah dekat sempadan Thailand kan..
Dua tiga kali anggota tu bertanya Cella dari mana,Cella tergagap gagap nak jawab...Kejap dari Kesah....kejap dari Pendang( Pendang tu tak sama ngan Kedah ke?🤭🚗) tapi slang KL lupa nak ubah🤣memang boleh mencurigakan..Lasty depa minta IC & lesen....
Tengok no IC..alamat IC & lesen...memang KL ..depa tanya student UNIMEP ka..hihihi


Kerana percayakan waze,kami berpusing pusing dekat stesen kontena keretapi melalui tasik ni beberapa kali


Cantik betul bunga bunga seroja yang berkembangan..
Bukan teratai ye..tapi seroja..
Nampak seakan sama kan..tapi ada beza.Bunga teratai daunnya lebih lebar dan bunganya lebih besar tapi warna lebih pucat serta bunganya terapung atas permukaan air.Sedangkan bunga seroja bunganya lebih pekat warnanya dan tangkai bunganya tinggi menjulang atas atas air. Kalau perhatikan kat tengah tengah bunganya pun ada beza.Bunga teratai ada macam tampuk yang akan berisi biji teratai bulat bulat tu,sebaliknya tengah bunga seroja ada inti jejari / stemen.Nak tau lebih lanjut..turun la tasik tu petik bunga dan belek la🤣 
Teringat pula filem klasikan dulu dulu " Patung Cendana"



Alhamdulillah...sampai...
mak & Achik jadi waze bernyawa...hihihi


Alhamdulillah,lebih 10 minit berlegar legar cari parkir,dapat tak jauh dari pintu kompleks...
Niat awal gerak pukul 7.30 pagi untuk dapatkan parkir depan kedai.Tapi dah menyinggah merata..Tepat pukul 12 tengahari kami parkir Kompleks Padang Besar ni..


Jalan jalan cuci mata saja
Tapi kebanyakan jalan jalan cari makan dan jamu mata ja sekarang ni.Tak macam dulu kalau datang PB akan borong narita,periuk,baju bagai.Sekarang lebih berbaloi beli online.Datang sini sekadar nak jenjalan dan beli yang bertujuan sahaja.Macam mak,haruslah datang sini nak beli pulut.Biarlah pulut kat kedai bersepah tapi tang nak buat ketupat mak nak juga pulut siam.Kata mak pulut siam lebih lembut..kenyal dan berkilat serta wangi dia lain dari pulut kat kedai waima pulut susu sekali pun...
Hatta masa PKP pun ..Achik terpaksa order pulut dari Siam jugak untuk mak buat ketupat.



Window shoping...
Boleh percaya ke?🤣



Saya tertarik buah salak siam..Dah beberapa kali dah beli BUAH SALAK SIAM..Saya beli jugak 1 pack tu Ram10/ +- 1kg..Yang dalam pack tu buah kecik kecik dan 
 buah yang lerai dari tangkai.


Cella excited dengan Burger Thailand yang viral tu..RM20/3pcs..Diborongnya RM60/9 biji.( Kalau nak beli pastikan  ada logo  halal  Thailand ye)



Dibeli pula susu ni RM20...Botol kecik 3/RM10.Botol besar sikit 3/RM20



Achik nak belanja Cella pulut pelam Thai ori..tapi Pulut Pelam yang beli  kat Warung Tepi Sawah pun belum makan🤭


Sekarang ni trend maskot kat mana mana kan...Dulu selalunya kat Indonesia ja banyak trend bergambar dengan maskot kan..



Achik pun layanlah anak buah sorang ni walaupun dah besar panjang...hihihi



Sedondon pulak dengan maskot tu🤣🤣🤣🤣

Jom kita keseberang sana pula...Tengok makanan basah belah sana...


Banyak dijual merata rata la khepp Thai ni


Tertarik dengan buah gemia siam ni( Kundang) Saya beli la sekilo RM25...
Rupanya mak pun beli juga sekilo.Jadi 2kg la beli buah gemia ni.
Kami berpecah sebab mak kalau shoping dia suka jalan sorang sorang..Mak kalau shoping tpat yang dia biasa  dia memang suka jalan sorang sorang.Dah siap beli dia akan call tanya' ampa kat mana?"..hihihi
Pulut 12kg untuk stok puasa dan raya juga dah beli..
Hampir 2 jam tawaf kat sini...


Jom balik ke pangkal jalan...
Sekarang ni kan...saya perasan anak anak muda memang menjadikan lagu lagu zaman remaja kita dulu sebagai lagu siulan mereka..Sepanjang jalan Cella dok pasanglah lagu nyanyia Francisca Peter dan lagu lagu zaman rock kapak tahun 90-an...
Eh,depa lahir tahun bila ek?🤭



Selamat tinggal Perlis Indera Kayangan....
Eh,dah tak boleh guna Indera Kayangan kan sejak 2015...
Bagi yang belum tau...sila google...hihihi

7 comments:

  1. bilalah ada rezeki nak ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...sebut dan doa sentiasa....in shaa Allah Allah sampaikan hajat tu Ammi😁

      Delete
  2. kami ke padang besar naik keretapi.. ldy suka daun kaduk yg makan dgn pelbagai jenis bhn tu.. ya Allah nikmat yg amat.. ade kt kedai byk2 kt situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pernah sekali pi naik ETS tapi salah timing....pi time cuti apa ntah ..kena berdiri dari Stesen Ko'bah hingga ke Padang Besar...adoii...🤣

      Delete
  3. perlis darul sunnnah , tapi majoriti banyak yang pakai perlis indera kayangan .. datang perlis musim sekarang ni memang panas terik , nak-nak lagi kawasan chuping tu Ya Allah panas tak boleh bawa bincang

    ReplyDelete
  4. Shopping sakan noh depa...
    Part lagu tu betoi, si Adik yg umoq 8 taun ni pun rajin dok tarik lagu Layu di Hujung Mekar 😂

    ReplyDelete