Friday 31 January 2020

MEE SUAH SUP


Mee Suah Sup vs Sambal Kicap Cili Padi

 Mee Suah Sup.. Menu dinner malam tadi

 Now kan malam makan sempoi2 jer
Mak aku cakap sekara g senang nak masak menu sempoi sebab semua ada time dinner
Now punya rule, weekday adalah hari semua kena dinner sama-sama....
Weekend  boleh sukahati sapa nak makan sama ke xnak ke sebabb weekend masing-masing plan sendiri

 Kalau sebelum ni weekend la baru boleh makan sama-sama. Itupun kadang x sama sebab kadang weekend pun abang kerja sampai malam
Now, sebelum maghrib semua dah ada kat rumah
Mak aku cakap senang skit nak masak menu sempoi or menu panas sebab semua makan sama-sama sebelum maghrib
Setiap kali dinner memang feel macam iftar bulan puasa lak..

 Semalam nyer semalam, mak aku masak  kue teow sup
Malam tadi nyer mak aku masak Mee Suah Sup..
Mak aku cakap sebab pagi semua dah baaa bekal heavy.. PULUT LEMAK SAMBAL BILIS... kat sini
So.. malam kena makan yang sempoi lak
Sebab kesian kat perut.. exspecially abang
Hahaha...

 MEE SUAH SUP
2 Paket mee suah (1 paket=2 pcs)
1/2 cawan bilis goreng garing
1 kiub ikan bilis ( jika tiada bilia goreng)
20 biji fishball ( xde stok)
6 cawan air
2 sudu minyak
1 sudu lada sulah
1/2 batang carrot
3 pokok sawi
3 bawang putih - ketuk & cincang

1. Panaskan minyak & tumis baaang putih cincang
2. Masukkan ikan bilis goreng & 6 cawan air. Air kena banyak sebab nanti mee menyerap kuah.
3. Bila mendidih kecilkan api & biar mendidih perlahan anggaran 15 minit supaya semua rasa ikan bilis larut dalam kuah.
4. Masukan carrot & batang sawi & fishball
5. Bila sayur sudah lembut baru masukkan daun sawi & mee suah.
6. Kacau sekajap sahaja. Nampak sahaja mee lerai terus matikan api. Mee suah memang kena masak sekejapan sahaja
(jangan masak lama sebab mee akan kembang jadi bubur & muak)
7. Hidang dengan sambal kicap cili potong

Sambal Kicap
10 cili padi hijaug hiris
1 sudu teh chilly flakes
1 sudu gula
1 sudu cuka makan
4 sudu kicap lemak manis

* campur semua bahan sambal kicap & kacau rata


Kena makan panas-panas  sebab mew suah cepat kembang..
Tengok mak aku masak sup tu awal..
Tapi xde masuk sayur...
Hanya kuah sup bilis goreng..
Pastu tutup api..
Bila semua dah balik baru mak aku suruh panaskan ssmula sup hingga mrndidih d masukan sayur bagai semua tu.

Masa makan memang hujan lebat giler
Abang balik kerja memang basah lencun.
Hujan sejak tengah malam membawa ke sepanjang hari Rabu tu memang x nampak matahari langsung..
Sampai ke malam masa tengah makan ni pun masih hujan..
Dah lama sangat x hujan..
Sekali turun... Haaa malam membawa ke malam

Thursday 30 January 2020

PULUT LEMAK SAMBAL BILIS


Pulut Lemak Sambal Bilis
Memang betul ini ialah Pulut Lemak Sambal Bilis
Memang bukan Nasi Lemak
Tapi Pulut Lemak


Bekal juga adalah Pulut Lemak
Bekal hari Rabu
Sarapan hari Rabupun sama

Bekal kakak
Dalam tupperware
Sambal asing
Sebab kakak selalu makan lambat

Bekal abang
Macam biasa dalam bekas pakai buang
Cuma alas daun pisang untuk bau daun pisang
Mak aku cakap x ssmpat nak bungkus dalam daun pisang




Ni mak aku nyer bekal
Bungkus daun pisang dalamnya


Ready bekal mak aku, bekal abang & bekal. kakak

PULUT SAMBAL ..mak aku
1kg  beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar  gula
2 helai pandan
daun pisang- layurkan 


Sambal:
2 cawan ikan bilis 
1 cawan + 1 bawang besar blend
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka
1/4 cawan minyak

1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, lulut akan lembik d cepat muak bila dimakan 

Samabal:
1. Panaskan minyak dalam kuali & goreng ikan bilis.
2. Tanpa mengangkat bilis yg swdang digoreng, terus tumis cili yang dah blend dengan bawang besar.
3. Bila dah garing & berminyak,masukkan asam keping,garam & sedikit gula melaka.
4. Kacau sesekali sampai kering d sesuaikan rasa
5. Sendukkan sedikit pulut & letak atas sekeping daun pisang.Letak sikit sambal & bungkus macam nasi lemak

Pulut Lemak Kukus


Aku nyer..
Huhuhuhu...
Tak berbungkus
Tak berbekal
Pepandai la self service
Huhuhuhu


Sambal pun pepandai la ceduk dari kuali
Pepandai la makan
Huwaaaaaaa


Cam biasa mak aku akan update tengah makan bekal
Bila mak aku update, aku pun barubteringat nak makan juga
Heeee.... Sambil bayangkan tengah makan bekal kat sekolah dengan kawan2..
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa😭

KUE TEOW SUP SEDAP


Kue Teow Sup
Menu dinner malam tadi


Kue Teow Sup vs Sambal Cili & Sambal kicap

Paling best Sambal Kicap tu
Berapi tapi sedap sampai berpeluh


KUE TOEW SUP SEDAP
1-2  bungkus kue teow
1/4 kg daging
1 batang carrot- hiris
3 pokok sawi- asingkan daun &  pelepahnya
1 cawan bunga kobis potong
1 pokok daun bawang + daun sup
1 sudu lada hitam tumbuk /lada sulah
1 sudu garam
1/2 bawang holland
5 bawang putih
2 sudu mimyak

1. Rebus daging seketul besar hingga empuk
2. Hiris daging yang sudah empuk& simpan air rebusan untuk sup
3. Panaskan minyak & tumis bawang holland & bawang putih cincang
4. Masukkan air rebusan daging+ air anggaran 5 cawan
5. Bila mendidih tambah garam,lada sulah ,daging,carrot & pelepah sawi yang sudah diketuk & dihiris
6. Bila sayur lembut masukkan kue tow yang sudah dibasuh & daun sup serta daun bawang
7. Hidang bersama sambal cili & sambal kicap

**




SAMBAL CILI :
 20 cili merah vietnam
 1/2 bawang Holland
 3 bawang putih
 2 sudu cuka
 3 sudu gula
 1 sudu teh garam


- Rebus, cili, bawang holland # bawang putih.
 - Blend semua bahan rebus bersama air rebusan
 Tambah garam, gula, cuka & sesuaikan rasa



SAMBAL CILI KICAP
20 cili padi hijau
1 sudu chilly flakes
1 sudu gula perang
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar cuka
4 sudu besar kicap manis

1. Potong cili & gaul semua bahan & siap



Sorang sekuali Kue Teow Sup
Makan ngan sambal cili & sambal kicap
Kakak sampai minta nak tambah lagi
Tapi dah habisssssss...!!!!
Mak aku cakap anggap jer makan kat kedai...xde tambah pun kan..
Hahahahaha.....

Wednesday 29 January 2020

MACARONI BAKAR - BEKAL HARI SELASA


Macaroni Bakar
Breakfast & bekal semalam hari Selasa
Hari Isnin xde bekal sebab semua cuti CNY

Ni cam biasa dalam pukul 10 mak aku akan sent pic by whatsApp bagtau tengah makan bekal


Mak aku nyer bekal Macaroni bakar versi mini size
Abang nyer bekal pun sama versi mini size
Tapi pic bekal abang aku x sempat snap sebab biasanya mak aku dah masukkan makanan siap2 dalam bekas bekal
Tapi semalam mak  aku suruh aku sambung bakar sebab mak aku dah lambat
Nampak mak aku cungkil beberapa ketul macaroni bakar ni dari patty tin & masuk dalam bekas bekal mak aku
Mak aku kata abang nyer jangan masuk bekas lagi sebab masih panas takut berpeluh bekal tu..
Mak aku cakap nanti abang nk gerak nanti baru isi bekal
Kakak pun sama
Mak aku pesan aku isikan bekal kakak nanti

MACARONI BAKAR... mak aku
1 pack mini macaroni - rebus lembut
10 batang sosej- hiris bulat
1 bawang holland- hiris halus
2 bawang putih - cincang
1 sudu serbuk kari
1 sudu chilly flakes
1 sudu teh garam
1 cekak daun sup - cincang
2 sudu minyak
6 biji telur + 1/2 cawan susu cair +1 sudu teh lada hitam tumbuk halus


1. Panaskan minyak & goreng sosej hingga harum.
2. Tambah bawang holand & baaang putih.
3. Masuk pula serbuk kari & masak hingga naik beberapa minit
4. Campur macaroni, garam & chilly flakes
5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup
6. Sapu loyang@petty tin muffin dengan marjerin & isikan dengan  macaroni goreng tadi
7. Pukul telur + lada hitam tumbuk  d tuang kedalam bekas macaroni.
8. Bakar api atas & bawah hingga nampak garing.
9. Hidang bersama cili sos


Mac dah siap goreng

Telur + susu + black pepper

Marjerin untuk gris loyang

Sapu marjerin pada setiap lubang
Voleh guna paper cup muffin  untuk lebih menarik


Isikan macaroni


Tuang bancuhan telur

Jika guna cheese..
Tabur cheese @ letak beberapa cebis cheese slice
Bakar hingga telur beku & permukaan nampak garing

Biar sejuk baru cungkil


Ni yanng mak aku soh aku sam ung bakar
Mak aku soh masuk jer dalam loyang besar d curahkan telur

 Lepas bakar aku boleh tertidur
Sedar2 kakak kejut nak gi kerja dah
Eh,aku belum isi bekal kakak
Kelam kabut aku gi dapur
Rupanya kakak dah potong & dah isi  bekal dah pun..

Tuesday 28 January 2020

PULUT PISANG


Pulut Pisang...

Naper...
Peliks??
Hahaha.... Aku pun sama
Selalu makan Pulut Durian kan
Ni mak aku masak & serve Pulut Pisang


Nak tau rasa dia?
Rasa dia macam Pulit Mangga
Tapi versi pisang la
Haaa camaner tu

Pulut tu rasa dia sticky  lemak & sedikit masin
Pisang tu rasa manis
So.. Campur semua rasa tu dalam molot
Haaa... Camtu la rasa dia
Kalau nak juga tahu kena la makan
Heeee.. Aku dah makan



Actually bila mak aku serve Pulut Pisang
Memang aku pelik
Walaupun mak aku dah pernah citer kat kampung nenek, Pulut Pisang ni makanan biasa
Tapi kata mak aku Pulut Pisang ni biasa la bagi orang- tua batch nenek & batch mak aku
Kata mak aku kalau dolu if ada  majlos kesyukuran kecil-kecilan akan dihidangkan Pulut Lemak makan ngan pisang
Mak aku kata mungkin sebab mostly kat kampung nenek is paddy farmer..
Hahaha pesawah la tew..
So, padi pulut ditanam sendiri & ada bekalan sepanjang tahun
Pisang pun mak aku kata hampir semua rumah ada pokok pisang sendiri..
Tapi mak aku cakap itu dolu la zaman mak aku kanak-kanak..
Jaman now kata mak aku x berapa dihidangkan sangat dah
Mmm... Patut la aku x tahu
Hahahaha

Mak aku cakap nenek memang selalu la masak Pulut versi Lemak makan ngan ikan pekasam.. Makan ngan cempedak masak, nangka, inti kelapa & etc
Cerita dari mak aku & juga dari nenek masa balik Kedah..
Nenek kata memang kat Kedah most popular is Pulut Lemak Putih
Kalau nak makan ngan kari dafing atau ayam atau rendang pun nenek kata dimakan dengan pulut lemak putih & bukan pulut kuning
Nenek kata sebab zaman nenek dolu-dolu Pulut Kuning dikaitkan dengan makanan untuk penunggu, untuk ubati orang saki dan untuk upacara puja-puja yang syirik tu..
Nenek kata sebab dolu-dolu ramai yang masih percaya mender-mender tahyul
So, nenek kata sampai sekarang pun kalau dihidangkan pulut kuning nenek akan rasa semacam..
& aku memang perasan nenek x pernah masak pulut kuning kecuali mak aku
Itupun kalau kat KL jer mak aku masak
pulut kuning
Kalau kat kampung mesti masak pulut lemak putih

Pulut Pisang ni rupanya sedap tau
Aku dah makan
Kakak ngan abang xnak
So.. Aku ngan mak aku la makan


Maknaku kata kalau makan ngan Pisang Emas lagi sedap sebab pisang emas lebih manis & firm isiny
Pisang cavendish ni kurang manis & agak berair..
Tapi aku makan rasa sedappppp jer..
Hahahaha...

PULUT PISANG
1/2 kg pulut
(rendam beberapa jam @ semalaman)
2 cawan santan segar + sikit garam & sikit gula
1 daun pandan
Buah pisang  masak ranum

1. Kukus pulut yang sudah direndam bersama daun pandan.
2. Bila pulut sudah jernih & masak,keluarkan pulut dari kukusan & masukkan dalam bekas yang agak besar.
3. Tuangkan santan bergaram dalam bekas pulut sambil dikacau dengan sudip hingga rata.
4. Pulut akan menyerap santan & akan jadi kering & berkilat..
5. Hidang bersama pisang masak ranum

** selain daripada dimakan besama pisang.
boleh juga dimakan bersama cempedak masak ranum..nangka masak  ...mangga masak...inti kelapa, kari @ rendang daging & ayam

Resipi ni just c&p dari post 

Selain Pulut Pisang & Pulit Cempedak
Mak aku juga pernah buat
PULIT PELAM...
PULUT MANGGA HIJAU KUNING...
Macam-macam jenis pulut la mak aku suka masak
Pulur Kacang, Ketupat Pulut & macam-macam lagi about pulut
Tapi belum sempat nak sort semua jenis masakan pulut sejak mula blog
Baru ada sebahagian dah sort dalam LIST MASAKAN PULUT...

Tapi 1 masalah bila makan pulut ialah mata cepat mengantuk
Hahahhaha