Wednesday 15 January 2020

PASTA FUSILLI GORENG


Pasta Fusilli Goreng
Semalam nyer Sarapan & Bekal mak aku,abang & kakak
Bekal hari Isnin
Sarapan untuk aku

Pasta Fusilli ni versi colourfull
Yang ada warna kuning, orange & hijau
Mak aku cakap yang orange tu carrot
Yang hijau tu spinach &
Yang plain tu plain la
😁😁😁

Bekal  mak aku
Abang
& kakak

Kata mak aku 1 pack pasta ni macam sikit jer..
Bila tengok pack dia rupanya hanya 325gm jer
Patut la rasa ringan jer
Kalau pasta lain biasanya 500gm
Tapi kalau pasta2 San Remo yg dari Italy tu dia bukan tuli 500gm
Dia tulis 500ge
Hahahha tak tahu lah dalam bahasa Italy kot huruf e tu bunyinya m
Kikikikiki


PASTA FUSILLI GORENG
1 pack pasta fusilli warna warni
2 keping dada ayam- hiris
1/4 broccoli
1/2 capsicum merah
1 sudu teh lada hitam (tumbuk kasar)
1 sudu teh garam
1 ketul kiub ayam adabi
1/2 bawang holland - cincang
3 bawang putih - cincang
3 sudu minyak

1. Gaul isi ayam dengan sikit garam. Jerang air untuk rebus pasta
2. Pansakan minyak & tumis isi ayam hingga kering airnya
3. Masukkan bawang putih & bawang holland cincang hingga harum.
4.Masukkan garam, kiub ayan & Tambah broccoli & capsicum hiris
5. Sementara itu rebus pasta hingga lembut &  masukkan kedalam bahan tumis.
6. Gaul hingga rata & nampak berwap
7. Taburkan lada hitam tumbuk & sesuailan rasa

Ngam2 untuk 4 orang makan...
Mak aku, abang & kakak bawa bekal
Aku makan untuk brunch
Sah2lah kuali aku yang kena basuhkan...
Sebab aku orang terakhir yang akan cedok dari kuali
"Buah Durian Tampuk Emas, 
Siapa kemudian, dialah kemas..."

Yer lahhh...

No comments:

Post a Comment