Sunday 26 January 2020

AYAM GORENG SAMBAL GEPREK

Cuti CNY...
Mmmm x gi mana-mana pun...
Yang x gi memana tu aku la
Abang keluar jer semalam gi Rawang..
Kuar minum ngan kawan la
Kakak pun sama..
Kuar sana kuar sini..
Aku jer.... pishang..
Nak kata makan tido x juga
Sebab mana ada makan sangat
Mana ada tido sangat

Ni lunch semalam
Mak aku kata ni Ayam Goreng Sambal Geprek
Hahahaha.... Macam Indon nama dia
Mak aku kata memang  masakan Indon pun
Kan ada tauhu
Ada tempe tu

Aku tengok sama jer macam Nasi Ayam Penyet...
Heeeee....


Memang sama pun..
Ada ayam goreng
Ada tauhu Goreng
Ada tempe goreng
Ada ulam
& ada sambal ayam pwnyet tu


Tapi dah mak aku cakap ru Sambal Geprek
Mmm....


Geprek pun geprek lah...
Walaupun lidah aku tetap kata sambal ayam penyet
Sebab sama jer macam NASI AYAM PENYET.. kat sini
Sambal tu juga macam sama jer dengan sambal yang mak aku selalu masak macam SAMBAL SET BAWAL. GORENG... kat sini
Sejak dulu tengok mak aku sslalu jer buat sambal ni
Kadang cicah ayam goreng
Kadang cicah ikan goreng
Sedap..
Dolu2 kalau mak aku buat sambal ni mwsti licin makan


Ayam Goreng

Tempe Goreng

Tauhu Goreng

Ni bahan buat sambal geprek tu
Haaaa.... Confirm sama jer macam mak aku swlalu buat sambal ayam penyet @ sambal cicah ikan goreng sebelum ni
Cuma mak aku cakap yang ni versi lavi pedas berapi

SAMBAL GEPREK
30 cili padi hijau
15 cili merah vietnam
2 sudu minyak
1 ketul belacan besar ibu jari
1 biji bawang holland - belah 8
5 bawang putih
1 biji tomato masak- belah 4
1 sudu garam
1 sudu gula perang
2 sudu cuka/pes asam jawa pekat
(guna cuka akan lebih tahan lama)

1. Bersihkan semua bahan.
2. Patah-patahkan cili padi supaya bila goreng tidak meletup-letup.
3.Panaskan minyak & goreng semua cili,bawang holland d bawang putih
4. Kemudiam baru digoreng tomato kerana tomato berair & mudah merecik.
5. Akhir sekali baru goreng belacan kerana belacan mudah hancur
6. Masukk semua bahan ke dalam blender & blend tanpa air kerana tomato akan berair & sudah memadai
7. Campur garam, gula d asam jawa/cuka
8.Boleh terus hidang. (Jika untuk tahan beberapa hari, perlu tumis dalam minyak gorengan tadi hingga naik minyak) Biar sejuk baru masukkan dalam botol untuk kegunaan beberapa hari.

Sambal yang siap diblend tanpa air..
Boleh terus hidang


Sambal yang ditumis untuk tahan lebih lama

Jangan lupa tanak nasi
Ini mak aku buat nasi kukus dalam cawan.
Sorang secawan

Makannnnnn......

2 comments:

  1. Oooo camtu rupanya resepi buat sambal geprek tu. Pasni boleh la cuba 😁

    ReplyDelete