Thursday 23 January 2020

NASI GORENG KELADI



Nasi Goreng Keladi
Menu makan malam hari Isnin
Mak aku masak
Makan sama-sam waktu maghrib
Sejak 2020 ni setiap hari kena dinner sama-sama
Sebab semua  balik kerja awal
Dulu abang kerja shift..
Abang sejak dah masuk akdemi dah office hour...
Pukul 6 abang dah sampai rumah
Kakak pun pukul 6.30 dah sampia
Kadang kakak ngan abang sampai rumah pukul 7 malam
Selagi abang & kakak lum sampai ,aku x boleh nak dinner sendiri maca sebelum ni
Mak aku soh tunggu juga semua dah balik baru makan
Dah rasa macam bulan puasa pun ada
Sebab every day waktu azan memang tengah dinner @ baru sudah dinner
Tapi mak aku banyak masak simple2 untuk dinner
Selalunya nasi goreng,mee @ roti
Macam yang ni mak aku masak NAsi Goreng Keladi
1st aku makan Nasi Goreng Keladi ni masa  mak aku masak NASI GORENG KELADI ...kat sini...
Resipi pun just C&P dari post tu..
Cuma yang post tu nasi dia lagi gelap
Yag ni kurang kicap kot
Hahaha\


NASI GORENG KELADI
2 cawan beras = cawan nasi putih
1/2 ubi keladi = 1 cawan kiub keladi
2 batang sosej ayam
1 cawan cendawan
2 bawnag putih
1/2 bawang holland
1 sudu butter
1 sudu teh minyak bijan
1sudu teh garam
2 sudu kicap pekat
daun bawang

1. Tanak nasi.Letak keladi kiub dlam kukus dan kukus atas nasi hingga masak
2. Panaskan butter dan goreng sosej yang sudah dihiris.Masukkan bawang besar dan abwang putih
3. Masukkan cendawan  dan keladi kukus
4. Kacau rata dan masukkan nasi
5. Gaul rata dan renjiskan kicap pekat serta garam
6. Gaul rata dan renjiskan pula minyak bijan
7. Sesuaikan rasa dan tabur daun bawang

****Hari ni nyer masakan mak aku cakap double sukatan sebab masak banyak
Keladi yang siap dikukus
Sambil tanak nasi....bahagian bawah nasi
Bahagian atas mak aku kukus keladi
So,nasi masak,keladi pn masak


Sosej
Lagi sedap kalau guna smoke sosej macam ni
Aku suka bauh smoke


Cendawan Shimenji
Mak aku cakap kalau ikut resipi asal guna cendawan shitake
Tapi kalau xde stok shitake
Haaaaa...kalau fresh Shitake...
Mmmm bau dia macam petai
Hahahah


Daun bawang

BAhan NAsi Goreng Keladi sedang ditumis


1 kuali NAsi Goreng Keladi

2 comments:

  1. beras tu macam beras basmathi ja, panjang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup beras basmathi...
      Lorimathi xde... Hahahahs🤣

      Delete