Lempeng Pisang untuk tea time @1st Januari 2020
Haaaa.... Semalam nyer minum petang
Lempeng Pisang ngan teh O panas
Haaaa... Jangan tak tahu
Lempeng tu aku yang masak tau
Tapi yang lenyek pisang, gaul ssmua maknaku laπ€£
Kan dah cakap aku masak jer..
Memang aku masak jer lah
Lepas mak aku dh mix semua
Aku yang masak & serve
Bila kita yang masak
Rasa sedap dia tu lain maciam tau
Heeeee... Puji sikit jer xkan x boley kan...
Tapi memang sedap la...
Licinnnn 10 keping lempeng ni
Aku rasa abang la makan paling banyak
Apa maknanya tu?
Maknanya sedap la kannn
πππ
LEMPENG PISANG KELAPA
3 biji pisang cavendish yang besar
(1 mangkuk pisang lenyek)
1 mangkuk tepung gandum
1 cawan kelapa putih
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula
Minyak
1. Lenyek pisang & tambah kelapa, garam d gula
2.Masukkan tepung sikit demi sikithingga dapat adunan yang sangat pekat. Kena pekat kental supaya dapat lempeng yang garing & rangup
3. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali & masukkan 1 senduk adunan
4. Ratakan hingg nipis supaya rangup garing.
5. Bila bawahnya garing, tuang 1 sudu minyak atas permukaan lempeng & baru terbalikkan
6.Masak kedua2 belah hongga garing
7.Buat hingga selesai
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. π
- namakucella
- Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.



Mak punya adunan Tu Yang penting... But setengah Mariah utk.cuba memasak..π
ReplyDeleteHeeee.....
DeleteKiter yg masak pun penting juga..π€£π€£ Kalau x garing x kick
Tergoda tengok π
ReplyDeleteMak kiter cakap orang Kedah panggil Pekngaπ€
Delete