Monday 27 January 2020

MEE SUP ALA CHAMPA

Hari Jumaat orang Cina x kira yang bukan islam @ yang Islam kebanyakan mereka akan berkumpul semua family untuk makan besar..
Boleh ke sambut CNY?
Dulu masa sekolah pernag tanya ustazah
Ustazah kata selagi x libatkan perayaan agama bukan Islam boleh tetapi jangan sampai berlebih-lebih..
Lagipun usazah kata CNY tu sambutan tahun baharu dan bukan perayaan agama
Tapi ko jangan lebih2 plak
Maal Hijrah pun ko lupa
Sekali masa CNY ko boleh beria-ia..
Deep..!
Tapi sekarang ramai jer Cina Islam & merwka masih sambut sebab nak raikan family yang belum Islam & lagi-lagi plak yang ada mak ayah yang belum Islam
Mmmm... apapun ni yang aku faham la
Untuk datail aku x berani nak cakap sebab aku pun belajar x habis

Cuma nak cakap yang masa rang sibuk makan besar..
Kami pun tengah makan malam
Masa azan maghrib hari Jumaat
Kami sefamily tengah makan Mee Champa ni

Mak aku cakap ni namanya Mee Champa
Belajar sejarah nusantara kan..
Champa tu nama lama bagi Kemboja
Seperti juga Burma nama lama bagi Myanmar
Sama la macam Siam tu nama lama bagi Thailand
Temasik nama lama bagi Singapore
Tanah Melayu nama lama bagi  Malaysia
So, Mee Champa ni Mee Kemboja la
Kalau Mee Siam tu Mee Thailand la
Ye ke..?
Hahahaha


Mak aku yang masak Mee Champa ni
Mula aku ingatkan Bihun Sup or Bihun Soto
Tapi bila tengok sambal cili tu macam bakso..
Tapi mak aku cakap ni Mee Champa
Ops mak aku cakap Mee Ala Champa
Naper lak ala champa?
Mak aku cakap sebab patutnya guna mee khas  iaitu Mee Champa la
Tapi dah xde mee tu just guna bihun

MEE ALA CHAMPA
Bahan Sup
1 kg tulang +daging lembu
1 bawang Holland
5 bawang putih
5 hiris lengkuas
1 batang kulit kayu manis
5 cengkih
1 ekor sotong kering
3 pokok akar pokok ketumbar
Garam & sedikit gula perang

1. Sediakan Sup
- Basuh & rebus tulang & daging bersama sotong kering hingga mendidih d buang buih-buih sup
- Bakar bawang Holland, baawang putih & hiris & masukkan kedalam sup.
- Masukkan akar ketumbar, dan semua rempah-rempah.
-  Biar mendidih perlahan selama 1-11/2 jam supaya daging empuk & kuah lebih sedap


Bahan Lain:
1 paket bihun - celur lembut

- daun ketumbar hiris
- taugeh mentah
- limau nipis
- chilly flakes
- Daging hiris ( dari sup)
- Kicap manis

Bahan Sambal:
20 cili merah vietnam
1/2 bawang Holland
3 bawang putih
2 sudu cuka
3 sudu gula
1 sudu teh garam

- Rebus, cili, bawang holland # bawang putih.
- Blend semua bahan rebus bersama air rebusan
- Tambah garam, gula, cuka & sesuaikan rasa

Minyak Bawang Putih:
1 labu bawang putih
1/2 cawan minyak
- Bawang putih dipotong dadu halus & digoreng dalam minyak hingga kuning
- Sebelum betul-betul garing matikan api kerana nanti minyak yang masih pans akan menggaringkan bawang putih.
-Biar sejuk minyak & bawangnya & masukkan dalam botol
(Selain makan dengan mee sup ni, minyak bawang putih ni  bersama bawangnya sedap dicurahkan ke atas sayur kailan goreng & sayur broccoli rebus.




Masak Sup lebih awal supaya lebih sedap

Bihun Celur


Daging Rebus

Sambal Cili


Minyak Bawang Putih

Daun Ketumbar


Kobis hiris sebab tiada taugeh

Lemon hiria pengganti limau nipis
Tapi limau nipis lebih harum


Panaskan sup sebelum hidang

Isikan bihun kedalam bekas
Jangan tiru aksi ini mengisi bihun dalam kuali
Nanti nenek marah🤣


Dah siap letak semua bahan
Mmm... Macam Bihun Sup Siam pun ada..
Pernah makan Bihun Sup Siam kat Kedah
Achik bawa makan kat gerai bawah pokok ceri..
Tapi Bihun Sup Siam ada sayur kangkung

Dah gaul semua bahan..
Mmm... Panas, pedas, sedap...berpeluh
Brrrrr..Alhamdulillah

7 comments:

  1. sedapnya Mee Champa, aunty selalu makan di kedai makan kemboja, kalau di JB ni ada kat Tiram nama tempat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Johor pun ada orang ramai Kemboja jugak ker aunty..
      Kalau kat kampung nenek memang ramainya orang Kemboja menyewa rumah orang kampung & kerja ambil upah menoreh dari kebun orang kampung nenek.. Kalau balik kampung nenek selalu kat jalan jumpa orang Kemboja

      Delete
  2. Dulu sblm petang Vietnam org kemboja dah cabut dulu..sebab dia tahu komunis menular just.
    Mereka tekun Dan rajin berjaja Jual barang dari rumah ke rumah

    ReplyDelete
  3. Bestnya mee champa..nak cuba buat la nanti

    ReplyDelete
  4. Sotong kering tu mcm mn ye...ke yg mcm jual kedai ikan masin tu..yg ada gula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong kering yg macam kat kedai ikan masin..🤭🦑🦑

      Delete
  5. Sape tawu diorang pkai mi brand ape?

    ReplyDelete