Monday, 31 October 2022

MAKAN @ RASA FOOD ARENA ALAMANDA: DULU MAK MARAH KALAU KAMI MAKAN DALAM KUALI...SEKARANG MAK PUN MAKAN DALAM KUALI..不


Semalam Ahad....bawa mak lunch kat Alamanda.
Rasa Foodcourt tu kali terakhir mak datang dulu kat lavel P3 sama lavel dengan MdC & MPH tu.
Kali ni datang foodcourt tu dah pindah ke level P4 dah..atas sekali..
Dulu Achik selalu bawa mak makan kat sini.
Ni dah dua hari mak dok sebut nak makan kat Alamanda tu ..so,semalam cuti kan..boleh la bawa.

Mak order kat Little Wok
Makan nasi dalam kuali la mak..hahahaha
Dulu mak marah kalau kami makan dalam kuali..
Hari ni mak langgar pantang sendiri..五

Kata mak....takpa la dah lama dok pantang.Tua-tua makan dalam kuali tak pa...hahaha


Mak order spicy chicken rice ....dengan air barli ais


Saya pilih yong taufu sup
Saya suka yong taufu sup berbanding cicah sos tu..

Tengok peria dan terung sumbat isi ikan ni teringat buku SRT dulu-dulu... kalau tak silap dalam buku SRT tu dipanggil Sup Sayuran  Bersarak..


Lepas makan ronda-ronda sat dalam Alamanda tu

         video dari google
Suasana Rasa Arena Food Alamanda...
Sebenarnya saya rakam juga video dengan handphone saya tapi banyak sangat muka orang depan kami yang jelas dan saya tak pandai nak blur kan..Jadi saya guna video dari google..

Kalau kat sini makan waffle & Roti John Chees memang recomended..sedap.


Sunday, 30 October 2022

BAWA MAK MAKAN MEE SIZLING @ R&R AWAN BESAR

 Lepas sarapan @ MEDAN SELERA BANDAR TUN RAZAK semalam....bawa mak ronda-ronda KL jap...Lalu depan Dataran Merdeka...tapi jalan tutup tak boleh la nak lepak tepi Dataran Merdeka tu..


pic google

Bawa mak lalu depan Pudu Sentral( dulu Pudu Raya) sebab mak nak mengimbau kenangan zaman datang KL naik turun bas kat Puduraya..Tak dapat nak snap pic sebab drive..

Dulu zaman mak masih muda...sekitar tahun 90-an hingga 2016 mak masih kuat datang KL naik bas.Tunggu mak kat Pudu Raya hinggalah bila Pudu Raya diubahsuai jadi Pudu Sentral...mak naik bas turun pula kat Hentian Duta.Kemudian pindah lagi ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS)Kali terakhir mak datang naik bas 2016 @ TBS la...Lepaa tu mak Achik dah tak benarkan lagi mak naik bas...takut jatuh atau apa-apa sorang-sorang.Kalau nak datang KL pun mak akan datang dengan keluarga Achik.

Bawa lalu Pudu Sentral...Central Market dan pusing-pusing sekitar..banyak dah tempat mak dah tak cam.Kalau dulu mak boleh cerita sebiji-sebiji kawasan sekitar tu.



Petang lepas Zohor ajak mak pi makan...Mak kata nak makan nasi juga...Saya tak tau nak bawa pi mana...Bawa ja la kat KESAS hiway tu singgah R&R Awan Besar..

Parking depan Restoran A.Hassan ni.Ada lauk ayam kampung,ulaman bagai...Tapi dah tawaf dari hujung sampai hujung...mak tak mau makan situ..


Akhirnya singgah kat satu kios Sizzling...

Mak nak makan Mee Sizzling Ayam Cendawan ni... bersama barli ais.

Dulu kat R&R Awan Besar ni juga antara tempat saya selalu bawa anak-anak makan sate Hj Samuri dan sesekali bawa depa makan McD ..Tempat Restoran A.Hasan tu la dulu Restoran McD....
Sekitar 2015 dulu R&R Awan Besar ni pernah terbakar hangus dan lama juga la tutup..
Alhamdulillah,sekarang makin ceria...cantik dan selesa..

Lepas makan, mak nampak Keropok Belinjau...Terus mak tuju...Suka betul mak dengan keropok belinjau..Kat Kedah jarang jumpa.


Dekat 1 jam juga kat situ...jom balik..
Bawa mak pusing-pusing jap hilangkan bosan...Balik..malam saya buat cucur bilis +bawang Holland dan Nasi Goreng Petai saja untuk dinner...


SARAPAN @ MEDAN SELERA BANDAR TUN RAZAK

Ni cerita semalam...Sabtu

Bawa mak sarapan @ Medan Selera Bandar Tun Razak.Mak yang pilih nak gi sarapan kat situ.Nak mengimbau kenangan dulu-dulu mak suka makan kat situ..

Mak pilih nak makan lontong..


Saya pilih Bakso


Selera betul mak kalau dapat makan lontong.


Ni cerita pagi ni pulak..
Masih gi sarapan kat Medan Selera Bandar Tun Razak.Kali ni atas permintaan Cella nak gi sarapan kat situ.Pagi tadi pukul 6.40 pagi saya dah bergerak ke UPM ambil Cella bawa gi sarapan.

Medan Selera Bandar Tun Razak Jalan Jujur ...belakang pam minyak BP..
Dulu tahun tahun 90-an,sinilah antara tempat s lunch saya.Makan nasi separuh,ayam seketul dan sayur sikit...RM1.80..haaaa murah giler kan masa tu.Kuih masa tu 5pcs singgit ja.Telur gred C 10 biji 99 sen..
Kalau sarapan pula makan roti canai sekeping 40 sen..teh tarik segelas kecik juga 40 sen..
Sama harga tambang bas mini...

Tak lama lepas tu harga naik 10 sen..Roti canai 50 sen dan teh juga 50 sen..Bas mini pun naik juga jadi 50 sen.Tapi tu cerita lebih suku abad yang lalu...Zaman Tun M jadi PM dan Anwar Ibrahim jadi TPM 
Sekarang ni padan la dengan keadaan semasa ..PM pun dh berapa kali tukar dah..Dah lama sangat dah kan..
不不不不


Medan Selera ni dah bertukar bangunan baru bersebelahan sahaja dengan tapak lama..


Dulu tapak parking tu la bangunan Medan Selera.Sekarang bangunan Medan Selera tu la bekas tapak parking lama..Depa pusing pi mI pi mai tang tu..macam Keluarga 69.
Tak tau apa rasional depa roboh yang lama bina yang baru tapi sebiji sama dengan yang lama..
Bangunan kondo yang tinggi tu dulu padang bola tempat anak-

Yang tak berubahnya...nak cari parking memang bercinta hingga ke Jannah..不


Hari ni saya pula makan lontong.Mak & Cella makan roti canai.Tapi Cella ngelat tak snap pic roti canai.Saya pula tertinggal handphone dalam kereta..
Zaman sekarang ni kalau takda handphone memang pishangggg...!


Saturday, 29 October 2022

SAYA MALAS DAH NAK MASAK....MAK PUN LAGI SUKA MAKAN KAT LUAR..

Dah beberapa hari mak ada kat rumah..ikut balik KL masa saya balik Cuti Deepavali weeked baru ni..


Hari Rabu saja saya masak ayam goreng dan sambal tempe kat rumah..
Hanya laku separuh..五
Berakhir dengan buang juga akhirnya ..
Nampaknya mak dah tak berminat nak makan masakan saya...
Atau sebenarnya mak bosan makan sorang?

Hari Khamis....
Masa otw balik kerja...sebelum sampai kawasan rumah...call mak suruh turun dari kayangan五 tunggu dekat lif...Bawa mak makan kat luar...baru mak makan laju...
Saya masak sarapan pun mak makan sikit saja..
Ayam ..sayur kat rumah tak berusik..
Nampaknya saya kena cuti masak sekejap..

Saja snap kaunter ni masa bawa mak makan @ Warung Fazlyn..Saya nampak kaunter dia cantik..

Malam saya tapaw ja...Bubur Ayam dan Sup Ayam Pedas...Pun berselera mak makan...
Baru perasan lupa snap pic...hihihi


Jumaat semalam bawa mak makan kat Soru...Pagi sebelum gi kerja,masak sarapan untuk mak..
Eh,semalam saya masak apa ek...mmm..saya pun lupa...tapi memang  mak jamah sikit saja..Selebihnya mak makan la apa yang ada...bertemankan teh 0 panas sementara nak tunggu saya balik kerja.Kebetulan semalam saya balik lambat...Lagi la mak bosan..
Tanya mak nak makan apa...mak kata nak nasi ..takmau benda lain...
Tapi dah petang mana ada nasi campur...
Saya bawa ke Warung Ayam Penyet dekat LRT tu..Dah park kereta,dah sampai depan kedai...sekali mak tak mau...
Bawa mak masuk restoran Indo "Rumah Makan Bonda"....pun mak tengok lauk dari hujung sampai hujung ..sudahnya mak tak mau juga..Tak kena selera dia...
Tu yang bawa pi Soru...
Kot mak nak western ka..五

Akhirnya mak pilih Nasi Lemak Ayam Crispy.

Tekak saya masih pahit...Tak tau nak pilih apa..Akhirnya saya pilih Fish & Chips.

Malam tadi saya masak nasi putih..Buat Sup Sayur...telur dadar...Ikan masin goreng dengan petai...Kot la mak teringin bila ada ikan masin...Langsung mak takmau jamah...
Malam tadi bukan saya yang malas masak tapi mak yang dah tak minat masakan saya....
Hahaha....nampaknya saya kena akui  mak memang dah tak selera
masakan saya..

Elok lah juga ...
Tak payah saya fikir nak masak apa yang mak nak makan...

Hari ni cuti..
Pun saya tak masak...
Bawa ja mak makan kat luar ...Nanti kita sambung...

MASIN MULUT AFZAN KOMEN ACHIK AKAN HANTAR PERCEL

Hampir 2 hari tak update blog ni...bizi apa pun tak tau..五


Hari tu saya berbelah bagi

NAK BELI KAIN ELA UPAH JAHIT BAJU @ NAK BELI READYMADE?

Sekali AFZAN komen cakap nanti ada parcel dari Achik hantar baju..不

Masin pulak mulut Afzan五



Semalam terima dua pacel.
Satu alamat rumah dan satu lagi alamat tempat kerja...

Balik rumah...buka dua-dua percel tu...
Baju saya...kiriman Achik...
Dua pasang baq hang...
Sapa yang nak konvo ni?不

Yang lace pink tu bersama kain batik hitam gold ..guna alamat tempat kerja..
Sepasang lagi baju  warna dark chocolate bunga pink & mint Achik hantar guna alamat rumah...
Macih Achik...selalu kirimkan saya pakaian tak kira musim...Semoga Allah ganjarkan pakaian yang indah2 untuk Achik di Syurga kelak..仆仆仆
Now dah ada dua baju kiriman Achik...dilema pulak nak pakai yang mana???五五五


Thursday, 27 October 2022

SAMBAL BERLADO IKAN TONGKOL BERTELUR


Sambal Berlado  Ikan Tongkol Bertelur..
Eh,bunyi macam ikan tongkol tu pula punya telur...


Sepatutnya tulis Sambal Ikan Tongkol &  Telur Ayam..
Ke macamana...?
Kadang bila tulisnatau baca jadi mengong pula kepala ni五
Tapi nak habaq nya ni bukan masak hari ni tapi minggu lepas...hihihi

Asalny saya masak Sambal Ikan Tongkol..


Tapi mengenangkan anak bujang tu tak makan ikan tongkol...saya add on telur rebus...
Tu yang jadi ikan tongkol bertelur五


SAMBAL IKAN TONGKOL BERTELUR

5 keping ikan tongkol 

4 biji telur rebus.

1 bawang besar- hiris.

5 daun limau purut.

1 asam keping2.

2 serai-ketuk


Minyak,garam,gula melaka


Bahan Blend:

1 cawan cili padi merah(cili Bangladesh)

1 bawang besar.

5 bawang putih.

1 ketul kunyit


1. Rebus ikan tongkol bersama garam dan asam keping hingga masak.Rebua juga telur.

2. Goreng ikan tongkol rebus hingga garing.Telur rebus  juga boleh digoreng jika ingin garing berkulit bahagian luarnya.

3. Panaskan minyak dan tumis serai serta bahan blend hingga naik minyak.Perisakan dengan garam,gula melaka dan asam keping.Tambah sikit air jika perlu.

4. Masukkan ikan,telur,daun limau purut dan masak hingga naik minyak semula.

5. Masukkan bawang besar hiris bulat dan gaul rata hingga bawang layu.

Sesuaikan rasa


Ikan di laut...Telur di reban..Dalam sambal bertemu jua..

Jimat bekas...
2 in 1..
Jangan ikut sangat perangai ni....nampak naw pemalasnya五


Esoknya..sambal berlado dan  sebahagian ikan tongkol disiat jadi rencah Nasi Goreng Tuna..
Celah mana datang tuna..
Tongkol tu la tuna五


DEEPAVALI-SEMPAT BALIK KEDAH SAT : SAMPAI DEMAM-DEMAM

Selasa tak berupdate kan..Rabu dah taip lupa publish....hihihi

Sejak bulan lepas berbelah bahagi samada Cuti Deepavali nak balik Kedah ke atau taknak balik..

Konon deside takmau balik.Final,Ahad pagi sebelum subuh....dah masuk sempadan Negeri Perak..hihihi


Sejak dari Sungai Perak memang tekan minyak ja nak kasi sampai cepat.Badan dah panas membahang tapi kaki dan tangan sejuk membeku..


Menjelang tengahari dah masuk dalam rumah @ Kedah.Mak takda,nasib baik kunci ada.Terus cari bantal..selimut tebal dan huhuhuhu...sejuk menggigil.Makan ubat pun takmau kebah..Hingga esoknya masih tak kebah..Kepala berdenyut..air hidung jernih  menitis..meleleh tanpa sedar..mata membengkak.Nak pi klinik ..cuti Deepavali ...kan


Tak boleh jadi,minta mak belikan kelapa muda..Pi farmasi beli ubat baru..


Alhamdulillah,rasa beransur baik sebelum bertolak pula balik KL..


Sebab balik sekejapan sahaja...Sempat la masak dan makan sekali sahaja kat rumah mak.Sekali.lagi makan kat rumah Achik.Achik masak Sup Tulang  bagai nak kasi berpeluh..Tapi bila tekak pahit...nak snap pic pun lupa...hihihi..hanya pic yang saya masak ja ada..


Betik Muda Tumis Pedas..
Demam-demam,masak tetap on.Mak takda,saya capai 2 biji betik muda kat pokok belakang dapur.Jadilah...

BETIK TUMIS PEDAS

1 biji betik muda/mengkal-kupas kulit dan sagat kasar.

Minyak,garam,secubit gula


Bahan Tumbuk:
7 cili padi Bangladesh
5 bawang merah
3 bawang putih
Sejemput bilis bersih
1 ketul kecik kunyit

1. Betik disagat kasar@ cincang halus

2. Panaskan minyakt dan tumis bahan tumbuk hingga naik minyak

3. Masukkan betik & kacau seminit dua. Jangan masak lama supaya masih kekal rangup. 

4. Sesuaikan rasa



Ikan Masin Goreng Bawang & Cili Putih Sabah.
Ikan masin tu selongkar peti ais mak,banyak stok ikan masin..
Cili Putih Sabah...petik saja kat kebun kecil mak di belakang dapur.Buah lebat tidak termakan mak sorang



Ulam Rebus-rebus..
Juga saya hanya petik serba sedikit kat kebun kecil mak belakang .
Banyak ulaman menghijau sebab musim hujan.
Tapi saya hanya petik 4 jenis sahaja.

1. Pucuk Ubi Rebus
2. Betik Muda Rebus
3. Pucuk Keledek Rebus
4. Pucuk Kaduk Rebus


Cicah ngan Cabai Picit..
- 10 cili padi hijau
- 5 cili padi merah
- 1 biji limau nipis-ambil jusnya
- ½ sudu kecik garam
- 1 sudu kecik belacan.
- ¼ cawan air 

1. Masuk semua bahan dalam mangkuk

2. Mulakan meleyek belacan hingga larut.

3. Patah-patahkan cili sambil dipicit-picit hingg semua cili habis.

*Sesuai sebagai cicahan  ulam rebus dan ikan bakar.


Monday, 24 October 2022

HADIRI WALIMATUL URUS NISAH - 22.10.

 Khamis malam Jumaat Adah balik.Tapi pagi Jumaat dia keluar semula.Katanya sebab dia jadi pengapit kawan baiknya kahwin.Depa tidur kat hotel sebab pagi Sabtu pukul 6.00 pagi,MUA akan datang nak make up pengantin untuk majlis akad nikah pukul 9.00 pagi..Pengapit kena ada sekali.



Tarikh panas katanya...22.10.22
Saya juga dijemput oleh keluarga pengantin.Yang kahwin ni Nisah..kawan Adah sejak sekolah.Depa 4 orang iaitu Ayu,Nisah,Mai dan Adah memang tak berpecah hingga sekarang..

Bulan Julai hari tu KAHWIN AYU...Doakan juga jodoh Adah pula menyusul...仆仆仆

In shaa Allah bulan depan Mai pula bertunang...



Kompleks Ostia Kajang..Saya pergi bersama Cella....hihihihi..

Baru malamnya hantar dia balik.Demam pun takdan nak betul-betul baik...Siang mak dah ajak teman pi kenduri..Dah mak segan nak pi sorang..hihihi


Pukul 11.45…kami dah sampai Biznaz Amza Hall..Majlia mula pukul 11.
Saya memang suka pi awal-awal sebab kalau pi lambat leceh nak cari tempat duduk.Silap-silap sorang kena dok meja lain..sorang lagi kena dok meja lain..Tak seronok la kalau macam tu kan..hihihi


Masyaa Allah cantiknya hall dia..penuh bunga-bungaan seluruh hall dari siling hingga ke lantai..Kalau ikut hati nak perhati ja jamu mata..Tapi segan la..kang orang kata jakun pulak五


Meja cantik-cantik belaka..Risau takut salah duduk meja VIP五不
Nasib baik mak pengantin sangat humble..sambut dari pintu masuk..
ditemannya hingga ambil nasi dan hantar ke meja..Berkali-kali memeluk saya sambil ucap terima kasih kerana sudi datang...& izinkan Adah jadi pengapit.


Pinggan saya....五


Pinggan anak dara...hihihi


Ruang dessert pula kat bahagian lobby...
Selesai makan nasi kami dijemput mak pengantin untuk ke ruang dessert..
Ada ice cream,bubur,kuih muih,pop corn dan teh tarik.

Pengantin tiba hampir pukul 1.00 ..
Kami dua beranak dah gerak balik dah..
Ni pic by Adah.
Tapi Adah dah pesan,kalau guna tepek kat blog tolong cover muka depa...Hihihi..ok saya ikut..

Cantik betul pelaminannya.....


Acara potong kek..

Guddies....Suruh Cella bawa balik asrama satu..Saya ambil bawa balik rumah satu..
Ketika pengantin bersanding ...kami dalam perjalanan pulang,