Saturday 8 October 2022

KERABU PUCUK BEKKA

 

Kerabu Pucuk Bekka...
Orang Kelantan sebut pucuk "beko"
Orang utara pula kebanyakan sebut pucuk "beka"( bacanya beyka)
Tapi orang kampung saya sebut "bekka"...ada sabdu nya...hihihi


Ni pucuk bekka pemberian  Kak Izzah semalam.Tak berapa muda pucuknya tapi saya suka pucuk yang macam ni.Kalau muda sangat dia banyak batang dari daun.Tapi yang saya buat kerabu tu masa Kak Izzah bagi sebelum ni.Pic pucuk bekka yang sebelum tu dh terdelete.Pucuk bekka yang ni saya masak sayur.Nanti saya kongsikan esok lusa.
Hari ni nak share kerabu pucuk bekka dulu.Ada yang kenal pucuk bekka?Rasanya PH kenal kot..Tapi tak tau la kot depa panggil nama lain.

pic google- kredit FB D'Limau Nipis

Pic atas ni dari google lebih jelas nak tengok pucuknya.Saya pinjam dari FB page D'Limau Nipis Bangi..Kat situ ada ulam pucuk bekka ni la...baru tau..
So,kalau sesapa teringin nak makna ulam ni boleh try pi Restoran D'Limau Nipis ni...Pernah dua kali tapi dah lama dulu.. makan kat restoran tu memang lauk pauknya kampung the best..Paling win minuman signature dia apa nama dah lupa macam ice blended limau nipis..ya ampun menyegarkan...
( iklan percuma sebab pinjam pic depa🤭)

pic google jugak..

Untuk makluman ni buah bekka...Buah dia pun sedap bakar buat ulam dan lagi kick kalau buat kerabu..Banyak kali juga saya share dalam oldpost.Antaranya 
dan juga ..

Kali ni dah ada pucuk bekka...Kita cerita kerabu pucuk bekka la pulak


Ni  pucuk bekka yang say dah rebus...Pucuk bekka ni pahit-pahit manja.Tidak sepahit pucuk betik tapi ada little bitter nya...hihihi
Kalau nak kurang rasa pahit manja tu rebus pucuk bekka dengan air + garam.Tapi saya suka pahitnya sebab sikit sangat pahit tu.Kalau tiada langsung pahit rasa dah macam pucuk ubi...hihihi


Bahan untuk kerabu pucuk bekka seperti dalam gambar.Saya biasa buat kerabu versi + isi ikan rebus tapi kali ni saya buat versi orang kampung saya..guna kerisik dan serbuk beras.
Biasa versi ni juga untuk kerabu rebung,kerabu nangka muda,kerabu pelam muda atau kerabu-kerabu jenis sayuran dan buahan.Kalau kerabu yang guna perut lembu bagai tu akan ditambah serai,lengkuas yang ditumbuk halus untuk hilangkan bau hamis dedaging.

KERABU PUCUK BEKKA
-1 cekak pucuk bekka-rebus
-1 sudu sambal belacan
- 2 biji bawang merah hiris
-1 sudu kerisik
-¼ cawan santan pekat
-1 sudu serbuk beras goreng(opsyenal)
-½ limau nipis
-garam dan secubit gula

1. Rebus pucuk bekka dan toskan.hiris sederhana tebal.

2. Masukkan semua bahan kerabu dalam bekas dan gaul rata.Perasakan dengan garam,secubit gula dan perahan limau nipis ikut kesesuaian selera.


Ni pinggan lunch saya masa saya masak kerabu bekka tu....jangan kecam akan kepenuhan pinggan tu...hihihi
Hari ni saya masak pucuk bekka lagi tapi lain resipi sebab nak sesuaikan dengan lauk sambal petai tempoyak tu..


9 comments:

  1. Saya selalu tengok gambar dan baca tentang kerabu pucuk bekka ni tapi setakat ini belum pernah jumpa depan mata. Meriahnya dunia masakan di negara kita, macam-macam ada. Betullah, kata Cik Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua orang/tempat tahu pasal pucuk dan buah bekka ni boleh makan.Kalau tengok buah dia pelik kan dan pucuknya pun kalau masih mentah bau dia seakan bau pucuk mengkudu membuatkan orang yang belum pernah makan tak teringin nak cuba..
      Betul pasal dapur tanpa sempadan..Makin diteroka..makin meluas tiada penghujung.

      Delete
  2. Macam tak pernah makan pucuk kayu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kat tempat Wak pokok ni hanya tumbuh meliar orang tak perasan.Kalau tengok kebun dan dusun wak tu...kalau ditanam subur pokok ni....hihhi

      Delete
  3. Orang selatan macam tak tahu je ni. Pertama kali dengar. Kalau ada depan mata nak juga mencuba rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada ja pokok ni kat selatan pun tapi mungkin juga belah sana orang tak pernah makan pucuk ni agaknya.Kalau cium baunya bau maung(macam bau pucuk mengkudu,) mungkin ada yang tak berani makan takut beracun.
      Kami mungkin kerana melihat orang dulu-dulu makan...tu berani makan

      Delete
  4. Uish.. xprnh dgr langsung psl pokok ni.. umi cella ni tau je.. 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..pokok kampung tumbuh liar...tapi sekarang dah ramai tanam supaya senang bila nak makan

      Delete