Saturday, 22 October 2022

MC DUA HARI

Agak  bz dua hari ni..Tak sempat nak menyinggah rumah/dapur rakan-rakan maya..Ni baru sempat update...

Khamis pagi Cella bgtau dia dah 3 hari demam.Katanya nanti balik kerja minta hantarkan Pusat Kesihatan Universiti(PKU).Dia tak larat nak gi sendiri kerana nak gi PKU tu walaupun dalam kawasan kampus tapi kena naik bas dua kali.Naik kat kolej kediaman kena tukar pula.Kena pergi juga  PKU .Selain untuk dapatkan ubat,kena juga ada MC atau sekurang-kurangnya dapatkan time slip sebab dia terpaksa absent kuliah pagi.

Pukul 12++ minta excuse nak keluar bawa anak ke klinik.Nasib baik big bos mood baik🤭


Ni dah 2.30 baru sampai ke Pusat Kesihatan Universiti atau singkatannya mereka sebut PKU.
Ceritanya sebab masa sampai asrama Cella bila tengok kat Google memang tutup lunch hour.Pukul 2.00 petang baru buka semula.Kena tunggu 1jam++.
Nak gi klinik swasta tak boleh kerana MC swasta tak diterima.Hanya boleh  PKU & MC klinik kerajaan sahaja.
Terus pecut ke Lakefiel sebab kat sana ada Klinik Kesihatan Kerajaan.Tengok kat Google klinik tu buka hingga 5 petang,memang tulis  "open" Bila sampai Lakefield...tengok-tengok tutup juga time lunch..huhu..Kena tunggu juga hingga pukul 2 petang.Terus gi cari kelapa muda,air penyejuk badan dan air  💯 plus.Ajak makan Cella taknak sebab tiada selera dan takut nanti nk jumpa doktor tak selesa kalau lepas makan..Pusing-pusing cari semua tu ...dah pukul 2.00 petang .
Cella pulak deside nak gi PKU sebab nak juga tahu macamana prosedure bagai..Lagipun takda la risau bab MC tak diterima lecturer.

Cella dok sebut PKU..saya ingatkan kebenda la...🤭
Rupanya Pusat Kesihatan Universiti..
Berpusing juga dalam kawasan kampus tu nak cari PKU ni.Ikut waze punya pasal ...sampai ke Hospital Serdang dibawanya🤭.Keluar ikut hiway nak ke Putrajaya..Masuk balik Lebuh Silikon..berpusing lagi dalam kawasan kampus...haa baru sampai.
Saya hanya tunggu dalam kereta.Cella masuk sorang dalam PKU.Lebih kurang ½ jam++....


Itupun dia ....
Sudah selesai urusannya..


Ubatan dan sehelai surat cuti sakit.Minta time slip ja...tapi doc bagi 2 hari MC & suruh berehat untuk pulihkan kembali kesihatan
Katanya kena berleter dengan nurse dan doc kerana dah tiga hari demam baru datang PKU.Sekarang ni kan macam-mac perkara boleh berlaku.

Tapi menurut doc...Cella ni lebih kepada terlalu penat dan tidak cukup rehat.Doc nasihati agar  jangan terlalu memaksa diri untuk terlalu aktif.

Cella pula bagi alasan dia masuk hampir semua aktiviti kerana nak kumpul merit agar dapat stay @ kolej kediaman sepanjang pengajian.Dulu kat UniSZA pun perkara yang paling tak nak ialah kalau kena tinggal luar kampus.Sekarang walaupun dah dekat rumah tapi pastinya tinggal dikolej kediaman adalah pilihan terbaik.Saya juga sangat berharap Cella dapat stay @ kolej kediaman sepanjang pengajian.Begitu juga Cella.Maka itu dia berusaha mengumpul merit sehingga tidak cukup rehat....Apapun semoga Allah mudahkan urusan Cella sepanjang pengajian dan Allah kurniakan kejayaan cemerlang..🤲🤲🤲


Muka orang demam merah dengan jerawat alahan facemask..hihi

Sambil teman dia makan..saya menikmati pemandangan dusun durian..Kat belakang sekali dalam video tu la PKU tadi.Acah-acah berkelah tepi dusun la..🤭
Sebenarnya lepas cari PKK kat Lakefield & masa otw nak ke PKU..sempat drive thru beli bubur McD sebelum Tol Sg Besi tu..

Masih dalam kawasn parking PKU tu,bila Cella kata nak makan bubur kerana kena makan ubat..saya alihkan kereta mengadap ke arah dusun durian..Kalau musim durian,mau saya pi dekat lagi ni...hihihi
Nama asalnya kan Universiti Pertanian Malaysia sebelum ditukar kepada Universiti Putera Malaysia,namun pertanian dan rasanya penternakan masih major di sini.
Kata Cella..masa minggu orientasi.. senior dah pesan ..kalau nampak mangga ka,belimbing,jambu,buah rambutan bagai tepi jalan dalam kawasan kampus ni..petik sajalah..jangan memalu..Masa lalu satu tempat tadi nampak ramau studen tengah gigih bertani di tengah lapangan..rasa nak ja saya turun join 🤭



Cella makan bubur..Beli bubur tu set Happymeal ja..Demam-demam pun tetap nak beli happymeal tu untuk dapatkan mainan...


Dapat ni jaaa...Topi tu dah habis..Kalau zaman Adah & abangnya masih kanak-kanak dulu harga set happymeal baru RM3.80 kalau tak salah saya la..Tapi kira set happymeal ni bertahan lama la sungguh...hingga ramai peminatnya dah dewasa dan ada yang dah tua pun🤣


Sampai asramanya tepat-tepat azan Asar...Saya paksa ajak balik rumah sebab kalau ikut dia dok fikir nak gi kelas petang walaupun dah lewat 1 jam..Katanya MC tu MC la..tapi dia nak gi juga kelas petang sebab subject yang sama dan pagi tadi dah ketinggalan..
Kata Cella semalam la demamnya paling kuat hingga menggigil tapi sebab semalam ada pameran kokurikulum dan dia dah bertungkus lumus sejak berminggu takkan pula final dia tak ada...
Ni malam dia kat nak kena staybkat dewan pula sampai 12 malam..
Aduhai la Cella..
Takda..takda...saya tak kasi pergi dan paksa ajak dia balik rumah berehat kat rumah malam ni sampai esok.Nanti esok petang (Jumaat) saya hantar balik.

Eh...penuh plastik biru tu bukan baju nak dobi..Tapi tu la barang pameran kokurikulum dia.Maknya la tukang cari merata..

Jom balik ...rehatkan fizikal dan mental kejap..



15 comments:

  1. alahai adinda kusayang cella moga cepat sihat ye..
    dia mmg dari dulu kan kak duk baca cerita dia masa skolah rendah lagi memang aktif semua aktiviti jadi leader..
    moga dpermudahkan urusan cella beroleh kejayaan cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kawan dia pun cakap dia tak cukup rehat sebab semua dia nak kerjar..pastu dia ni gila kuasa🤣

      Delete
  2. Kesiannya Cella. Terlalu penat sampai demam. Memang lebih mudah duduk kolej kediaman, kan. Senang nak berurusan. Semoga cepat sembuh, Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...walau dekat lebih baik la dok dalam...Terima kasih doanya SK

      Delete
  3. Semoga cepat sihat cella. Gigih dia nak pergi kelas jugak tu. Rehat dulu ye cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dia dok merungut...kerana mc dua hari kerja semakin menimbun🤭

      Delete
  4. Teringat anak kita buat master diupm. Dari pahang siap sewa rumah kat upm setahun jemput antar. Dah ade lesen kete belikan kete masuk duduk kolej. Kita pun balik semula pahang. Gitu la pengorbanan seorang ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyaa Allah...hebat perngorbanan seorang ibu..Saya belum mampu hingga tahap itu

      Delete
  5. Cepat sembuh ye Cella. memang penat tu, tak cukup rehat. Bawa-bawalah berehat ye.
    Cerita pasal bubur, ni sedang tunggu Fairuz belikan Firdaus bubur. Budak kecik tu demam, tak ada selera makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bercuti ke rumah Fairuz ke Cikgu...
      Seronok la Fairus mommy datang..
      Alaaa...Daus demam ke..semoga cepat sembuh ye handsome boy🥰

      Delete
  6. Alahai la Cella, jangan sampai terjejas kesihatan dah la ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...ingat nak bebel kat dia..tapi dia kata nurse tu membebel kat dia dah...kita tak jadi la bebel🤭🤣

      Delete
  7. Mg cpt sht cella.. aamiin..
    Tingt dulu ank2 kak lin pun sibuk kejar merit.. syukur, xprnh la kena keluar kolej kediaman sampai hbs study.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Alhamdulillah..
      Kak Lin doakan juga untuk Cella agar dapat stay kolej kediaman hingga selesai pengajiannya

      Delete
    2. Amiinn...
      Alhamdulillah..
      Kak Lin doakan juga untuk Cella agar dapat stay kolej kediaman hingga selesai pengajiannya

      Delete