Saturday 8 October 2022

MAK KIRIM PETAI,SAYA MASAK SAMBAL TEMPOYAK

Tiap kali nampak petai..saya teringat Cikgu Amie sebab Cikgu Amie selalu cerita kat Lahad Datu,petainya dijual cara timbang..kan cikgu?

Kita kat semenanjung biasa beli dijual kiraan papan/keping.Biasa musim petai jenuh..dapat lah sepapn singgit.Kalau musim biasa-biasa 3 papan rm5.Musim petai kurang 2 papan rm10 pun orang beli..Mungkin teringin sangat atau ada la permintaan daripada mak buyung agaknya..Kalau sesaja nk beli..tahan ja dulu keinginan tunggu harga turun sikit..kan..


Mata petai terjegey...Jegey tu bahasa daerah kami maksudnya jegil terbeliak la..hihihi


Dapat 1 tippuware isinya..


Petai kiriman mak dari Kedah.Ada 8 papan.Mak kirim kat Cella malam semalam masa Cella nak balik KL.Sebabnya anak bujang tu la call nenek dia tanya nenek masak apa?

Kata neneknya sejak Cella balik dok sana sebulan setengah...Hampir setiap hari masak sambal udang+petai...

Anak bujang sesaja la cakap dah lama tak makan petai...Apa lagi kelam kabut la nenek dia cari petai..kirim.Bertuah punya cucu..


Maka hari ni masak la petai ni & nak upload pic kat Family Group WahatsApp..hantar laporan kat nenek dia ...dah masak petai tu

hihihi....


Menunggu pecah minyak...merah sambal tempoyak petai saya...

Sebab saya guna cili padi Bangladesh ni..

SAMBAL TEMPOYAK PETAI CILI PADI MERAH

8 papan petai- ambil bijinya saja
1 cawan bilis bersih
½ cawan tempoyak
1 serai-ketuk
Minyak,garam,gula

Bahan Blend:
2 genggam cili padi merah
1 genggam bilis bersih
1 labu bawang besar
1 ketul kunyit segar

1. Panaskan minyak dan goreng bilis hingga garing 

2. Tanpa angkat bilis,terus curah bahan blend dalamnya.

3. Tambah tempoyak,garam,gula dan masak hingga mendidih.

4. Tambah petai dan masak hingga naik minyak..sesuaikan rasa.

Masak hingga naik minyak...


1 bekas ni saya nak frozenkan.....untuk lauk kecemasan bila takdan nak masak tapi nak jugak makan nasi🤭


Ni bawah tudung  saji simpan kat anak bujang tu balik kerja nanti..Dia kerja hari ni..Saya buat bekal rolls wrap ja kat dia tadi..


Ni untuk lunch saya...
Ada lagi lauk lain saya masak bersama sayur rare..Nanti saya buat entri lain untuk cerita sebab sayur ni tak semua orang kenal ..Kalau rajin malam ni saya karang ceritanya..

12 comments:

  1. Meriahnya petai kak...SA hari ni masak simple je...x kuasa nak masak beria..kami bertiga je ni ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petai free sebab mak yang kirim..tu yang meriah🤭
      Simple selalunya akan membuat makan bertambah🤣

      Delete
  2. Adui, tahan betul eh dia makan cili bangla tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah dimasak..tak la melahar sangat pedasnya..kalau makan yang mentah...saya tak sanggup..hihihi

      Delete
  3. Dapat nasi putih panas-panas sepinggan, cukuplah untuk saya gaul dengan sambal petai. Ya ampuunn! Very-very sedap! Bismillah. Sahaja aku makan nasi dengan sambal petai!

    ReplyDelete
  4. Entah kenapa sampai dah jadi warga emas sekarang ni, wak masih belum pernah makan petai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah makruh ni wak🤭
      kalau tak pernah maa
      makan bagus..
      Kami yang dah terjebak ni memang payah nak tinggalkan .mahal pun beli🤭

      Delete
  5. Cantik petainya pun. Sedap makan ni rangup rangup. Beli petai kalau teringin makan :) Jauh petai berjalan. Guna cili tu memang pedas betul, bukan main main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee...cili ni kalau mentah pedas melahar...tapi bila dimasak kurang pedasnya

      Delete
  6. Fav VM ni petai, jumaat lepas abg singgah rumah hantar petai, dia ingat tu fav adik dia hahahaha

    ReplyDelete