Monday, 24 October 2022

HADIRI WALIMATUL URUS NISAH - 22.10.

 Khamis malam Jumaat Adah balik.Tapi pagi Jumaat dia keluar semula.Katanya sebab dia jadi pengapit kawan baiknya kahwin.Depa tidur kat hotel sebab pagi Sabtu pukul 6.00 pagi,MUA akan datang nak make up pengantin untuk majlis akad nikah pukul 9.00 pagi..Pengapit kena ada sekali.



Tarikh panas katanya...22.10.22
Saya juga dijemput oleh keluarga pengantin.Yang kahwin ni Nisah..kawan Adah sejak sekolah.Depa 4 orang iaitu Ayu,Nisah,Mai dan Adah memang tak berpecah hingga sekarang..

Bulan Julai hari tu KAHWIN AYU...Doakan juga jodoh Adah pula menyusul...仆仆仆

In shaa Allah bulan depan Mai pula bertunang...



Kompleks Ostia Kajang..Saya pergi bersama Cella....hihihihi..

Baru malamnya hantar dia balik.Demam pun takdan nak betul-betul baik...Siang mak dah ajak teman pi kenduri..Dah mak segan nak pi sorang..hihihi


Pukul 11.45…kami dah sampai Biznaz Amza Hall..Majlia mula pukul 11.
Saya memang suka pi awal-awal sebab kalau pi lambat leceh nak cari tempat duduk.Silap-silap sorang kena dok meja lain..sorang lagi kena dok meja lain..Tak seronok la kalau macam tu kan..hihihi


Masyaa Allah cantiknya hall dia..penuh bunga-bungaan seluruh hall dari siling hingga ke lantai..Kalau ikut hati nak perhati ja jamu mata..Tapi segan la..kang orang kata jakun pulak五


Meja cantik-cantik belaka..Risau takut salah duduk meja VIP五不
Nasib baik mak pengantin sangat humble..sambut dari pintu masuk..
ditemannya hingga ambil nasi dan hantar ke meja..Berkali-kali memeluk saya sambil ucap terima kasih kerana sudi datang...& izinkan Adah jadi pengapit.


Pinggan saya....五


Pinggan anak dara...hihihi


Ruang dessert pula kat bahagian lobby...
Selesai makan nasi kami dijemput mak pengantin untuk ke ruang dessert..
Ada ice cream,bubur,kuih muih,pop corn dan teh tarik.

Pengantin tiba hampir pukul 1.00 ..
Kami dua beranak dah gerak balik dah..
Ni pic by Adah.
Tapi Adah dah pesan,kalau guna tepek kat blog tolong cover muka depa...Hihihi..ok saya ikut..

Cantik betul pelaminannya.....


Acara potong kek..

Guddies....Suruh Cella bawa balik asrama satu..Saya ambil bawa balik rumah satu..
Ketika pengantin bersanding ...kami dalam perjalanan pulang,

16 comments:

  1. wahhhhhh cantiknya hall & busana! makanan mesti lagi sedappp hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah...
      Yang penting makanan sedap...sebab kita tetamu kan...datang makan五不

      Delete
  2. Samalah kita, makan nasi minyak juga di hujung minggu hihi....
    Semoga sentiasa berbahagia hendaknya kedua mempelai 仆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dijemput untuk mengeratkan lagi silaturrahim

      Delete
  3. hujung minggu boleh gantung kuali sekejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...gantung tengahari jam.
      Malam kelentang kelentung jugak五

      Delete
  4. Dah lama tak pergi majlis orang kahwin. Bagus juga idea asingkan ruang dessert kat lobi. Taklah orang berlama2 di meja sampai tetamu lain tak ada tempat makan. Alaaa.. kenapa tutup muka pengantin, mesti orang besar2 ni sampai kena rahsiakan wajah.. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Saya pun setuju idea tu..maklumlah kita pun pernah tawaf memcari tempat duduk kan五

      Delete
  5. Cantiknya pelamin, macam dalam taman bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...banyak betul bungaan di ruang makan tu...Tapi malu nak snap pic五

      Delete
  6. iyer...cantik sungguh dewan & hall nya..penuh bunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...cantik kan...
      Sapa saja yang tak suka bunga kan..

      Delete
  7. InshaAllah lepas ni Adah pula menyusul. Meriah tema pengantin tema bunga bungaan. Selamat pengantin baru buat pengantin. Semoga berbahagia sampai syurga. Aamiin...

    ReplyDelete
  8. kalau ammi suka gi lewat...tak suka betul gi waktu puncak..

    ReplyDelete
  9. Selamat pengantin baharu buat kedua mempelai.
    Mudah-mudahan dipermudahkan urusan jodoh pertemuan Adah. Amin.

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pengantin..semiga kekal bahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete