Sunday 9 October 2022

MUFFIN PISANG. BY CELLA


Muffin Pisang..air tangan Cella.Bukan yang hari ni...Tapi ni sebelum dia balik Kedah hari tu.Dia buat nak bagi kawan dan juga nak bawa balik untuk neneknya...
Dia kata guna resipi youtube...tapi saya tak pasti sumbernya..
Cuma ada dia share pic kat saya.

Saya tepekkan resipi dari oldpost ikut resipi yang pernah saya buat..

MUFFIN PISANG

2 cawan pisang lenyek
3 cawan tepung self raising
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
2 biji telur
1/2 cawan coklat chip (jika suka)
1/2 cawan almond flakes(jika suka)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen pisang
15-20  paper cup tebal

1. Pisang lenyak dicampur garam dan soda bikarbonat. Biar 5 minit.
2. Masukkan telur dan gula perang. Kacau hingga gula larut.
3. Tambah minyak jagung & esen pisang.
4. Kaup & balikkkan tepung sikit demi sikit hingga adunan agak pekat macam cekodok pisang. Tambah coklat chip jika suka
5.Sudukan ke dalam paper cup & taburkan almond flakes. Sementara tu panaskan oven 180°
6. Bakar selama 20-25 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi yang keluar tu bersih tiada kesan adunan melekit, tandanya kuih sudah masak. 



Macam tak sama dengan resipi saya sebab tengok pic ni dia ada guna susu..Saya tak guna susu pun.



Pastu dia buat dapat banyak pulak tu..Atau mungkin dia gandakan resipi sebab nak bagi kawan dan nak bawa balik Kedah katanya. Saya tak tengok dia buat sebab kerja.Balik tengok dah siap dia masak..


Tengok pic pun boleh kenal siapa snap kan...🤭
Kalau nampak terang jelas tu depa orang muda la snap tu.

Kalau pic kelabu asap tu memang saya..Saya memang tak reti nak snap gambar bagi lawo...
atau mungkin kerana phone cap 🐓..
Hihihi


Cella pink  berpisah tiada..


Ada juga cup biru.


Sebba dia buat banyak...saya suruh bawa ja balik Kedah lebih..boleh kasi Aqil sekali.Tak tau la dia bagi ka dak..



Beberapa hari lepas tu dia update....pic dari dalam rumah.Katanya muffin dia bawa balik dah selesai.Ada ramai kanak-kanak anak jenjiran datang berbual dengan neneknya kat luar tu..Nenek jamu muffin tu kat depa...Alhamdulillah habis..!
Budak-budak situ memang suka menegur neneknya,maklumlah hanya mak saya yang paling berusia kat situ.Yang lain semua muda-muda lagi.
Cella pula memang bukan jenis suka kanak-kanak.Mungkin sebab anak bongsu,dia tak pandai layan kanak-kanak.
Tapi kalau dengan orang tua nenek-nenek...dia boleh bersembang sampai maghrib.
Katanya layan orang tua lebih senang kerana hanya perlu banyak mendengar..dan iya kan saja apa yang dikata...
Pulakkkk....
Hihihihi
Patut la dia boleh dok ngan nenek dia..

8 comments:

  1. Rezeki anak-anak jiran dapat makan muffin.
    Lembut warna pink & biru cup muffin tu. Cantik.
    Saya suka makan muffin yang baru keluar oven hihihiii.... jaga-jaga jangan sampai mulut melocot! Terbau-bau aroma muffin pisang yang sedang dibakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Muffin antara kudapan yang mudah nak sediakan sebab campur saja semua kan..hihihi
      aroma pisang memang semerbak tambahan dengan sedikit campuran esen pisang

      Delete
  2. Replies
    1. TTK tu kadang rajin..tapi selalunya tak rajin..🤣

      Delete
  3. Ni mesti menurun perangai emak yg rajin baking. Mak Ngah, TTK ambil course apa kat UPM?

    ReplyDelete
  4. Wahh pandai cella buat muffin pisang. Cantik kejadian muffin pisang cella. Rezeki nenek dan anak anak jiran dapat merasa. Ohh macam tu eh. Betul tu jugak kata cella, mudah berbual dengan orang tua ni. Ye kan je. melayan :)

    ReplyDelete
  5. Wah.. cella pun da pandai baking.. skjp je masa berlalu.. 🤗

    ReplyDelete
  6. Pandainya cella...ikut mak dia la ni kan..SA x pandai buat muffin...x reti nak sukat walau ada resepi..

    ReplyDelete