Wednesday 12 October 2022

SAYA MASAK NASI GORENG CENDAWAN,ACHIK TANAM CENDAWAN

 Sekarang ni kalau masak nasi goreng,saya akan terkenang PKP Covid 19 masa tahun 2020.Masa awal-awal tu boleh kata setiap hari saya masa nasi goreng sebab nak jimat bekalan makanan yang ada.Paling kerap nasi goreng sardin la.Kalau siang atau malamnya masak sambal sardin..esoknya wajib nasi goreng sardin.Puncanya semua pakat makan sambal tapi sardin tergolek takda sapa makan.Tapi sekarang kalau masak sardin dah pakat makan ikannya.Rupanya dulu tu pakat tak makan sebab saya guna "sardine".Isinya kehitanan dan terlalu lembut.Sekarang saya selalu guna "mecerel" barulah pakat makan sebab isinya betul-betul ada tekstur "ikan"... Makanya kalau masak sardin sekarang akan habis.Kalau nak masak nasi goreng sardin,kena buka tin baru....

Dah jaranglah masak nasi goreng sardin....hihihi


Semalam petang saya masak Nasi Goreng Cendawan bersama Telur Rebus untuk dinner kami dua beranak.Saya add on hot teašŸ¤­


Saya guna beras perang.
Dua jenis cendawan..
Cendawan.
Cendawan shitake segar dan cendawan enoki.
Cendawan enoki tu beli minggu lepas bila Cella kata dia nak sangat masak butter lemon macam yang Anju masak katanya.Walau dah kata ramai dah buat macam kata  tak sedap ja..dia nak jugak buat.Kita pun beli la 3 paket cendawan enoki.Dok tersimpan dalam peti ais.Entah bila orangnya nak balik.Kita pun ambil sebungkus.Tambah dalam nasi goreng.Tapi saya kerat-kerat cendawan enoki tu kepada tiga bahagia.Cendawan shitake juga saya hiris.Tapi cendawan enoki ni kalau makan suka lekat celah gigi kan.Liat...hihihi


NASI GORENG CENDAWAN
2 cawan beras perang.- tanak nasi
10 cendawan shitake segar(hiris)
1 pack cendawan enoki
( kerat 3)
bawang putih,minyak,garam & daun sup/daun bawang


1.Panaskan minyak.Tumis bawang putih cincang.

2. Masukkan cendawan dan kiub ayam 

3.Masukkan nasi dan gaul rata hingga berwap.

4. Perisakan dengan garam dan sesuaikan rasa 

5. Tabur daun sup/daun bawang


Nasi Goreng Cendawan ni menjadi nostalgia ketika saya sambung belajar secara part time @ UiTM Puncak Perdana sekitar 2006 hingga 2008.Ketika tu juga tengah hangat kes pembunuhan Altantuya kat hutan Puncak Alam tu.Kawasan Puncak Perdana masa tu masih sunyi dan jalan gelap.Setiap hari Isnin hingga Jumaat mengejar masa ke kelas yang bermula 5.00 petang hingga 9 malam.Kelas bercampur dengan student fulltime..memang agak mencabar terutama untuk siapkan assigment berkumpulan dan kena pula sekumpulan dengan student full time.Depa tinggal kat kolej kediaman boleh ke library bila-bila masa,manakala kita terikat dengan kerja.Lecturer pula ada yang faham ada yang sebaliknya.Ada lecturer yang cakap itu bukan urusan mereka..huhuhu
Tapi betul la bukan urusan mereka..Pepandai la manage masa sendiri,siapa suruh belajar kan...hihihi..
 Cella baru 4 tahun saya tinggalkan dirumah pengasuh manakala Adah dan abangnya,balik dari sekolah agama mereka akan berkurung dalam rumah hingga saya sampai ke rumah sekitar pukul 10 ++ malam.Balik dari sekolah rendah mereka akan call (guna telefon rumah) maklumkan dah sampai dan makan makanan yang saya masak awal pagi.Sebelum ke sekolah agama dan sebaik sampai rumah lepas sekolah agama pun mereka akan call maklumkan dah sampai rumah.Sejam sekali saya akan call rumah untuk pastikan mereka ada di rumah dengan selamat. Begitulah rutin Isnin hingga Jumaat...lima hari seminggu termasuk bulan puasa.Masak sesiap lauk dan minuman masa sahur... simpan dalam peti ais.Masuk beras sesiap dalam rice cooker dan depa dua beradik tu tinggal basuh beras dan on rice cooker.Reti pulak depa masa tu...hihihi
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.Anak-anak terpaksa memahami walau baru berumur 4,10&11 tahun.Pengasuh juga sangat bertimbang rasa dan prihatin.Lagipun masa tu tak la risau sangat macam sekarang yang  dengar macam-Kesedapan Nasi Goreng Cendawan kat situ masih saya teringat hingga sekarang.Masa belajar tu ada dua  kali juga weekend saya bawa anak-anak untuk tunjukkan tempat saya belajar agar mereka faham dan tahu bahawa saya bukan meninggalkan mereka untuk bersenang -senang ,sebaliknya saya juga berkorban bersama mereka untuk membaiki kehidupan masa depan bersama mereka.Pernah sekali saya bawa mak 

Saya masak Nasi Goreng Cendawan..Sambil makan,belek handphone.
Nampak Achik post pasal cendawan ni.


Banyaknya cendawan..projek Achik dan rakan-rakannya 

Saya suruh Achik masak lemak cili api cendawan tu..



Sebab saya pernah buat ..Rasa sedap..Tapi ni bukan hari ni tapi  dari old post la..

CENDAWAN MASAK.LEMAK CILI API
1 pack - 200 gm cendawan putih
1 kotak santan
1/2 cawan air
1 asam keping kecil
1 sudu teh garam

Bahan Tumbuk
5 cili padi
1/2 bawang besar
sikit ikan bilis
1 kunyit - saiz kecil

1. Masak bahan tumbuk dengan 1/2 cawan air hingga mendidih.
2. Masukkan asam,garam dan 1/2 santan
3. Bila mendidih masukkan cendawan dan kacau hingga cendawan lembut
4. Tambah baki santan dan kacau biar mendidih api perlahan
5. Sesuaikan rasa


17 comments:

  1. Kah kah kah... baca caption cendawan lepas hujan tu, sah2 la, memang kimia sungguh. Nak nak pulak, sy tuari ada gak cerita pasal NG Cendawan yg sgt suka sy pesan di medan selera masa zaman belajar, tapi yg tu dorg guna cendawan tiram (macam gambar cendawan lps hujan tu).
    Enoki tu, kena goreng tepung kot, baru tak melekat celah gigi, rasa nak terbekik mengunyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...baca blog SK terus sebut cendawan...
      Eh,kimia apakah ini..hihihi
      Tu la...bila masak tomyam ka,boh dalam megi ka...kadang separuh dah telan..separuh lagi sangkut kat gigi..adoii memang meleh ayaq mata..hihihi

      Delete
  2. dana pun pencinta cendawan, enoki memang gitu sebab tu jangan leraikan sangat kak, kalau masak tomyam ke sup biar dia bergumpal senang nak makan hehehhe. Dana biasa masak kari atau masak lemak cili api kalau cendawan tiram kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..jangan lerai yer petuanya..
      Wah,masak kari pin macam best...nk try la bebila dapat cendawan tiram

      Delete
  3. suka cendawan. masak apa pun..layannnnn...dap dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...cendawan sedap kan...apa sahaja cendawan saya rasa sedapšŸ¤­

      Delete
  4. wahwahwahhhhh Ana pun peminat cendawan! sedap ni! hehehe

    ReplyDelete
  5. Jaman kecik2 dulu selalunya jumpa cendawan kukur aje
    Yang tumbuh kat batang getah mati tu.
    Kadang2 kalau musim hujan jumpalah cendawan busut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      cendawan kukur tu dulu jenuh..la ni takda kayu getah dah nak tumbuh..
      Cendawan busut sedapnya..Teringin nak makan cendawan tandan sawit .

      Delete
  6. Kuat sungguh semangat Mama Cella. Saya pun pernah bekerja sambil sambung masters. Rasa macam hendak pecah kepala menyiapkan tesis.
    Time PKP saya pun asyik goreng nasi, goreng bihun, goreng nasi, goreng bihun saja UTK sarapan pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dikenang memang tak kuat..Tapi Allah yang membantu memudahkan urusan kita kan cikgu...Alhamdulillah..
      Kadang2 rindu suasana masa PKP kan..tapi tak mau la covid..hihihi

      Delete
  7. adeh walaupun cerita pasal nasi koreng cendawan, tp teringin nasi goreng sardin sbb perenggan awal cita sardin hahaha. okay balik p cari sardin >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....lagi senang nak masak nasi goreng sardin...
      Buat bekal pun sesuai

      Delete
  8. Meh la jalan ke Puncak Perdana lagiii..hihihi. Ahnaff n Sofea tunggu makngah šŸ¤­.
    Cendawan enoki tu sedap kalau goreng tepung. Masuk dlm tomyam pun sedap tapi tu la suka sangat lekat kat celah gigi šŸ¤£

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tempat jatuh lagi dikenang Jaja..
      In shaa Allah...jika ada kesempatan nak ke sana..rindu Karipap King Kong & buah berangan tepi jalan tu

      Delete
  9. SA baru makan sup cendawan...sedap..nanti nak beli cendawan yang kaler hitam tu la .x tau namanya .nak masak lemak cili api...goreng ikan masin ngan ikan kembung garing2...uiiii...x leh tahan la rasa dia...mesti sedap

    ReplyDelete