Monday 30 January 2023

LADIES IN PINK @ IDEAS HOTEL


Geng ofis..Pn Isma,Pn Ella,Dilla,Jue,Esah plan nak weekend healing.Depa juga ajak Mimi,Rose,Kak Reen & ex bos  iaitu Puan Rokiah.
Maklumlah awal-awal  tahun ni kan memang kerja berganda.So,kunun nak 
Ideas Hotel sekali lagi menjadi pilihan.Jika sebelum ni saya bersama group KP untuk Afternoon deligh .Kali ni Dilla pilih hitea pula.Syok skit masa lebih panjang nak santai-santai sambil gossip..bukan ngumpat..hihihi
Dilla tetapkan hanya ladies & tema pink.Pergi sendiri-sendiri & jumpa kat lobby hotel.

Kalau ikutkan hitea bermula pukul 12 tghari..Tapi menurut staf,hari ni terlalu ramai pelanggan walk in + dengan beberapa event yang dah booking.Jadi mereka minta lewatkan ke 12.30 untuk masuk.Tidak menjadi masalah kerana masa yang panjang untuk makan iaitu sehingga pukul 4 petang kan!
Kami menunggu @ lobby.

Dalam 12.10 dah nampak Pn Rokiah..

Tema: Ladies in pink


Norfadzilah a.k.a Dilla..orang kuat ofis untuk apa-apa aktiviti.Dia la kepala "Kutu" dan dia juga master mind kalau nak rancang apa-apa.Sorang lagi Zura iaitu bendahari untuk tabung infak jariah.Tapi Zura tak dapat join hari ni.Setiap bulan,hari pertama gaji,Dilla akan ingatkan setiap orang untuk bank in @ cash kepada Zura minimum rm20 sebagai tabung infak surau,masjid @ apa2 yang sesuai dengan keadaan ketika itu.
Sebelah Dilla tu Pn Rokiah mantan bos kami.Saya kenal Puan Rokiah sejak 1998 ketika saya baru lagi bekerja.Masa tu beliau berusia 38 tahun tapi dah jadi bos...Garanggg ya ampun..!!
Kemudian beliau bertukar ke tempat lain dan beberapa tahun kemudian saya juga berpindah ke tempat kerja yang sakarang ni.Takdirnya,2016 kami kembali bersebumbung dan sekali lagi saya berboskan Pn Rokiah.
Namun karekternya sudah berubah 180°..
Dari seorang yang garang,beliau saya lihat sangat keibuan dan cool menangani segala masalah dan karenah anak buah.Beliau sangat rapat dan rapat dengan saya sehinggalah beliau bersara 2019.
Bos kesayangan saya tu..!
Hihihi...

Kami di reserve kan meja kat ruang yang berlatar belakangkan rel LRT...


Jom masuk ambil tempat
Menunggu 12.30 untuk ambil makanan.Setiap orang kena sediakan 1 hadiah bernilai RM30 @ ++
( nanti kita share next entri)

Sebenarnya masa mula masuk tu sesambil jalan nak menuju ke meja...saya dah mula rakam sebahagian menu bermula daripada starter hingga seafood on ice.
Depan seafood tu aneka jeruk tempatan seperti jeruk betik..jeruk mangga dan jeruk beberapa jenis lagi.


Ni seafood on ice & pasta station.Kali pertama datang untuk afternoon delight dulu saya rasa pasta dia paling sedap..
Kali ni dah tak terambil pasta sebab mata dah rambang dek menu lain..hihihi..
Masa afternoon delight takda seafood on ice ni.Dessert juga tidak lah terlalu banyak  seperti mene weekend hi tea ni.Itupun kalau nak kira dah sangat berbaloi harga afternoon delight yang hanya RM35 nett.
Ni hi tea weekend RM68



Main course dia pun sedap..nasi minyak dan nasi putih berserta aneka pilihan lauk pauk Melayu.

Yang saya nampak,butter chicken,daging,sambal ikan,ayam dan beberapa jenis lagi yang saya dah lupa.


Ini starter...Patutnya mula di sini la kan...appetizer dulu...hihihi
Ada aneka kerabu,pickle dan salad serta western appetizer..
Yang zoom mangkuk kecik tu kerabu sotong.Cocktail udang dia pun sedap.
Paling saya suka kerabu daging,salad betik dan salad lain.Leka saya menceduk jeruk green olive,capers,gherkin pickle beserta aneka gravy.Maklumlah,kat rumah jarang sesangat nak beli atau sediakan bebenda ni semua kan...jeruk petai ada la🤭
Eh..lupa nak bagitau..kat sini pun ada aneka ulam termasuk petai dan aneka sambal cicahnya.



Saya melewati station beef & chicken roasted ni..Memula nampak chef tu hiris saya ingatkan kambing.Rupanya beef yang dipanggang ketulan peha agaknya kit sebab saya nampak macam lambshank 🤭
Sedap..juicy dan cair dimulut.Cuma pada tekak saya...black pepper sauce dia agak kurang perisa.
Ok..dh..jom duduk..makan dulu.nanti bangun lagi...hihihi..
Ops...nak bagutau...pinggan dia yang warna biru tu memang besar dan berat banget..Adakah ni strategi supaya pelanggan tak la tamak sangat nak lambak makanan  dalam pinggan sebab pinggan pun dah berat..🤣


Pinggan saya ..🤭


Pinggan jiran depan saya..Esah bawa babynya sekali sebab tu dia tak ambil makanan pedas.


Tapi babynya baik ja melekap kat mak dia..Takda la dia nak berlarian sana sini.


Pinggan saya...


Pizza dia jenis kerak nipis dan ada beberapa jenis topping.Yang hitam tu topping bayam.Saya ambil juga cinnimon roll dia.Paling sedap tu tekak saya roti ( roti @ bun?) oats agaknya.Sedap sangat dengan tekstur keras kenyal sebab saya memang penggemar roti jenis sourdough.Kena pula dilepa dengan butter yang harum tu.Masyaa Allah leka mengunyah sambil berbual.


Sesambil tu,cicah juga dengan sup kambing mabeles ni..

Rasanya tak ramai perasan kewujudan sup kambing ni kerana letaknya di  pasta station.Sayapun mulanya nak ambil mushroom soup bersama garlic bread.Tapi mushroom soupnya habis.Alang-alang dah ambil mangkuk,saya ingat nak cedok pengat pisang atau bubur .Tapi terpandang sup kambing.Tukar fikiran la..


Jom kita cari dessert pula.

Pic by Pn Rokiah..
Camera depa gambar cantik hp mahal...hihihi

Aneka slices cake dan kuih muih.

Saya memang suka tengok kek kek comel.

Puding sagu gula melaka pun ada.
Bread pudding vanilla sauce..bubur dan pengat pun ada.

Ice cream & ABC corner..
beserta eksesorinya.
Kami ramai boleh la kumpul-kumpul pic dari aneka sudut dan share  dalam group..hihihi


Tengok Pn Rokiah mengolah ABC dengan citarasanya turut mengiurkan selera tapi saya pujuk hati sebab kalau nanti perut jadi sebu...hihihi

Puding roti ditambah ais krim hasil kreativiti mix & match ni  pun mengancam


Ni Jue punya kreativiti mencampurkan AB...hihihi tinggal AB sebab C  tu kan campur.

Sebagai pengakhiran ...kita hangatkan secangkir kopi.Saya memilih milk latte..Esah pilih Americano..Jue nak  espresso.Satu lagi tu apa ke namanya..yang viral sekarang pasal cawan kecik tu...kami kongsi bersama sorang seteguk..hihihi

Sebelum tu kami bertukar-tukar hadiah..
Panjang sangat nak tepek sini...Nanti saya share harga untuk b/fast,lunch,arternoon deligh,hi tea & dinner.Juga kami bertuah dapat jumpa dan beramah mesra dengan chef serta owner hotel ni..

To be continued...

Friday 27 January 2023

LUNCH @ AYAM GEPREK DAPUR SARI DEWI- CITARASA ASLI INDONESIA

Cuti CNY baru ni walaupun agak panjang sebab berkembar weekend tapi tak balik kampung pun.Mula ingat nak balik tapi ngenang nak hadap jem penat rasa.Lagipun bila dicongak bulan Feb nanti Cella dah cuti sem..baik balik bulan Feb nanti ja lah.Boleh dia ikut balik sekali.Kata mak,kenduri pun banyak kat kampung. Mungkin sebab cuti sekolah + dengan bulan Mac dah puasa.


So..cuti CNY kali ni berlegar sekitar Lembah Klang sahaja..


Hari Isnin 23 Januari pi lunch dengan Cella @ Ayam Geprek Dapur Sari Dewi.
Pick up Cella @ kolej kediaman dia.Dia yang cadangkan nak makan kat sini sebab dekat dengan UPM..lepas makan nak hantar dia semula nak sambung assignment katanya 

Dalam restoran ni nampak kemas dan tersusun.


Sebenarnya restoran ni terletak kat deretan rumah kedai.Ada dua pintu.Kami masuk pintu sebelah kanan.
Kata Cella semalamnya hari Ahad dia dah datang lunch kat sini sesambil mendobi.Katanya dobi kat kolejnya dryer rosak.So,dia mendobi kat Taman Seri Serdang ni..
Sesambil menunggu kain baju dimesin dia makan sini & sedap katanya.Tu dia ajak saya makan sini.Cella memancing saya dengan mengatakan ada soto Medan dan Soto Betawi juga...hihihi

Tak ramai orang.Mungkin sebab dah melepasi lunch hour atau juga mungkin sebab masih dalam cuti CNY hari ke-2.


Seminggu ni untung betul budak baju putih tu..Asyik ada mak dia pick up bawa pi makan..Tak mak,abang dia pula kena paw dengan dia ..hihihi

Jom kita tengok menu dulu
Cella  pilih Nasi Ayam Panggang Geprek Sambal Merah.Kawan dia pilih Nasi Ayam Geprek Sambal Ijo.Depa dua nak makan nasi sebab belum makan dari pagi.Lepas makan depa kata nak pi sambung kerja yang belum siap.
Saya dah sarapan nasi goreng dabai kat rumah.Cella cadangkan saya cuba Soto Medan.Katanya sedap bersantan  macam SOTO MADURA....
Saya pesan semangkuk Soto Medan.

Ok minuman dah sampai.
Teringat tagline Mas Joko iaitu tour guide  ketika saya mengunjungi Bukit Tinggi satu ketika dulu..
Katanya...

" Apa jua makannya...minumnya harus teh botol"



Tapi Teh Botol ni pesanan daripad Cella..
Air kosong dan sirap es tu pesanan kawannya dan saya pula pesan es jeruk.


Ayam dan sambalnya dihidangkan atas pinggan " cobek" yang selalu digunakan untuk 
"mengulep" sambal tu.

Nasinya pula dibatas kertas minyak tapi bawah nya di alas lagi dengan lekar lidi kelapa.
Tak menyempat nak snap pic satu persatu...depa dah baca doa nak makan..Lapar benar agaknya..hihihi


Saya pesan Soto Medan..
Kuahnya seakan lontong tapi berisikan mihun dan bergedil serta telur rebus

Uniknya disini...Soto Medan turut disertakan dengan nasi,keropok belinjau dan sambalnya beserta sepotong jeruk nipis.Soto berisi mihun pun dah kenyang...lagi mau makan nasi!
Memang tak termakan la nasi tu..tapi keropoknya licin...hihihi


Ni la yang digunakan sebagai ganti pinggan nasinya..
Kalau kat kampung saya dipanggil "Lekar" dibuat daripada anyaman lidi daun kelapa.Biasanya kalau di kampung saya lekar ni digunakan sebagai alas kuali atau periuk panas yang baru diangkat dari dapur.Emak saya pandai anyam lekar ni...Saya tak reti...hihihi

Yang kelakar tu....saya suruh Cella pi bayar..
Masa balik dari kaunter tu Cella tanya..

" Owning tudung saya tajam sangat ker?"

Dah kenapa tetiba tanya awning tudung?

Kata Cella Mbak tu tanya
 "Tetehnya asal dari Medan ya?Rupa kamu kayak sedara saya di sana!"

Hahahaha...kemi ketawa berjemaah....🤣🤣🤣🤣

Kata Cella ini semua mungkin kerana dulu masa kanak-kanak  selalu tengok sinetron kot..
Mungkin juga sebab selalu bersembang dengan dua orang classmatenya pelajar dari Indonesia...maka aura Indonesia dah meresap sekali..hihihi..

Kata Cella dia selalu jadi translator Malay-Indo- Malay dalam kelas sebab dia fasih berbahasa Indonesia.Tapi bahasa Indo standard la..kalau dialek Jawa,Madura bagai tu memang dia tak faham pun.Cuma masa zaman sekolah menengah form 5 tu hari-hari dia berangan nak sambung belajar kat universitas di seberang 
Angan-angan  bukan kaleng-kaleng...nak ke universitas Gadjah Mada..!
Sekarang pula asal bercerita..mesti berzikir ja agar terpilih kalau ada exchage student...Paling dia nak kalau ke Indonesia...Semoga Allah maqbulkan doanya...

Thursday 26 January 2023

BUAH KUNDANG SIAM DAH MUSIM

 Musim Kundang Siam dah mari...


Buah nostalgia ni.


Semalam balik kerja nampak buah ni tergantung kat gerai buah tepi jalan.
Terus cari u tern....pusing balik pi singgah



Besar-besar...
Nampak segar lagi
Dulu harga pernah kayangan hingga mencecah RM60-RM70 sebelum PKP dulu..


Alhamdulillah kali ni harga boleh la makan..
Mampu milik dan mampu makan dah

Sekilo RM20

Grab juga sekilo

Alhamdulillah rangup dan manisssss kali..!


Tuesday 24 January 2023

SELAMAT ULANG TAHUN KE 21 UNTUK CELLA

 24 Januari 2002 bersamaaan hari Khamis tepat 11.30 pagi.Tarikh kelahirannya Tuan Tanah Kedaung tuan punya asal blog namakucella.


Lahirnya awal 2 minggu dari tarikh jangkaan.Itupun puas berdoa agar jangan la dia terkeluar awal pada minggu pertama Januari kerana minggu pertama itu pastinya sibuk menguruskan abangnya yang baru masuk darjah1.Kakaknya pula masuk tadika.Alhamdulillah,memang Allah dah tentukan lahirnya 24 Januari 2002.

Tahun ni takda kek..Dia minta kek ni...Sekali  kedai tutup.Call nak booking the next day pun depa kata habis.Kakak dia nak buat surprise belanja afternoon tea buffet pun tak menjadi..Call hotel tu nak book...memang fullhouse..CNY kan..


Sudahnya belanja sarapan McD..Tarikh 24 Januari jatuhnya hari Selasa.Abang & kakak kerja.Cella pun tengah study week...bz siapkan tugasan bersama rakan-rakan.


Petang...pick up dari UPM & bawa pi makan kat  Lake Field..


Ajak sekali kawan satu group dengan dia

Birthday girl punya order.Katanya lapar bebeno.


Katanya takpa la takda kek pun...Nanti petang dia nak gi IOI Mall dengan kawan-kawan..nanti dia beli la kek.
Dah tanya nak hadiah ka nak duit...
Mmmm...sah la dia dia nak $$$...hihihi

Lepas makan...terus balik kolej.Kawan-kawan dah tunggu nak siapkan group assignment katanya..

Semoga Allah limpahkan rezeki yang barokah untukmu hai anak..
Menjaga keselamatan dan manjauhkanmu dari kemungkaran.
Memberkati hidupmu di duni dan akhirat..

Monday 23 January 2023

IDEA BUNGKUS NASI LEMAK LIPATAN BENTUK KOTAK

 

Nasi Lemak Sambal Kerang..Tak letak timun dan kacang bagai.Hanya nasi,sambal kerang  dan telur.

Nasi Lemak Bungkus Kertas Bentuk Kotak.
Salah satu  idea menarik nak bungkus bekal.
Nampak kemas dan lain la sikit dari kebiasaan kan..
Lima bungkus bekal.Satu untuk anak bujang..satu untuk Adah dan lagi 3 untuk saya bawa ke tempat kerja.
Ni bukan la hari ni punya bekal.,sebab hari ni
Sambal tu saya masukkan dalam plastik dan bungkus bersama dalam kotak nasi.Ia bertujuan agar mudah  nak kendalikan dan kertas tidak berminyak serta comot.Nak makan baru buka dan tuang sambal.
Idea dan cara lipat kotak tu saya lihat DI SINI...
Memula tengok macam susah tapi percayalah ..dah cuba dua tiga kali...ok tidaklah susah sangat sebab tak banyak step pun.
Cuma kalau nak buat bekal anak banyak-banyak better lipat sesiap waktu malam atau waktu santai sesambil tengok TV tu 

Bagusnya idea ni kerana kita tak staple bentuk kotak tu.Hanya bahagian atas sahaja.Kalau nak lekat degan selotape pun lekat elok kot(saya blm pernah cuba)


Kertas boleh dibuka dengan mudah ketika nak makan.Selain isi nasi lemak,bungkus mihun pun sesuai ni.Eh,saya rasa kalau bungkus cekodok pun menarik ni...hihihi


JERUK BUAH DABAI

 Eh..masih ada cerita dabai yang belum habis..


Dabai isi kuning dan isi purple

Sedap dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja.

Mak saya pun sangat mengidamkan dabai ni..
Tapi kami tak balik CNY kali ni...


Maka saya jerukkan dabai ni agar tahan lama..
Saya jerukkkan dengan kicap masin + kicap manis..macam pernah buat